Sunday, May 30, 2010


Salam buat semua..

Hujung minggu yang baru berlalu tentunya amat dinanti-nantikan oleh semua. Yalah, Jumaat kan ke public holiday, ramai yang mengambil kesempatan balik kampung atau melancong. Jumaat tu aku menghabiskan masa di rumah bersama suami & anak-anak. Breakfast dengan beehoon goreng special (he he he) . Lunch pula disediakan oleh Che' Shamsul dengan menu Ayam masak gulai lemak cili api & kentang, ikan bilis & kentang goreng berlada. Tidak ketinggalan ikan tenggiri masin digoreng dengan bawang dan lada. Hush...sedap tu...

Sebelah malamnya, dah lama tak bersantai...duduk tengok CD dengan kawan karib kat rumah tu, tengok cerita cina kungfu sampai 2/3 movie. Anak-anak tak larat nak tengok, jadi diorang semua masuk tidur awal.. Aksi Sarah Di KLIA


Keesokannya, sebelah pagi tu macam biasalah..mengemas, baju-baju yang perlu dilipat punyalah banyak. Selepas Iman balik dari kelas tambahan, kitorang pun keluar. Hajatnya nak mencari bahan untuk membuat coklat dan mencari seluar Danial barang sehelai dua. Yalah seluar yang ada tu pun semakin kecil, dengan peningkatan umurnya tu.

Iman & Shasha di KLIA, sedang melihat info/facilities yang disediakan

Last-last, x sempat beli pun, kedai pertama tu tak cukup kelengkapannya, yang ke2 tu tutup pulak dah..tapi tak apa, semangat ni masih membara nak buat coklat, next week kena cari jugaklah..Ke area Chow Kit cari beg sekolah Iman & Sasha yang perlu diganti. Hmm...sebab barang kat situ murah & cantik, dah terlebih beli benda yang tak dirancang pulak,,.Lepas tu terus ke Sogo. Sale rupanya, punyalah murah..sempat membeli 3 helai seluar jeans Bang Long & 2 helai seluar Danish..murah sangat, berbaloi rasanya dengan duit yang dikeluarkan..rezeki budak2 kut..Nota buat Aida : jadi ke plan kita nak shopping together-gather ni..stok macam nak cari sikit-sikit je lagi nie...(konon!).





Ahad, seawal 8 am dah breakfast nasi lemak yang dibeli oleh suamiku dengan harga RM5.00 untuk 7 bungkus...Bukan apa, sebenarnya kalau suamiku ke gerai kawannya tu, mesti diorang tak nak ambil duit. Jadi suamiku pernah berkata "Hari ni aku beli, kalu korang tak ambil duit, seganlah aku nak datang sini." Jadi hari tu, kawannya tu, meminta RM2.00 sambil berkata " Kang aku tak minta duit, hang marah" Suamiku memberi RM5, kiranya first time le bayar tu...Tapi memang sedap Nasi Lemak Kak Zah tu..

Shasha & Sarah, cantikkan gambar b/ground tu...

Kawan baik gi bertazkirah, aku dok buat ulangkaji ngan anak-anak (last minute tu..) sebab esoknya tu diorang semua exam. Dalam kul 11.30, kami bertolak ke KLIA untuk menjemput ibu mentua & Shila & Hubby yang pulang dari mengerjakan umrah, di jangka tiba dalam kul 1 pm. Danish tak sabar nak tengok kapalterbang ke Opahnya? Sampai, check kat board tu rupanya sampai dalam 1.42 pm. Wah Lagi 42 min nak tunggu ni. Naza & keluarga (Adik ipar) juga tiba untuk menyambut ibu kesayangan kami tu.

Akhirnya, flight dari Jeddah tu tiba jua, pada pukul 2.02 pm. Tapi yang peliknya, diorang ni x muncul-muncul lak..ish-ish ish...nasib baik lah Danish x meragam. Orang pun dah semakin kurang, ramai jemaah yang dah keluar, tapi diorang ni tak tiba-tiba...Bunga coklat yang dipegang oleh Iman pun dah semakin renyuk plastiknya...

Wajah-wajah yang keletihan...

Iman tetap maintain walaupun keletihan

Shasha

Danish...sebelum...

& Selepas...nasib baik tak meragam

Akhirnya penantian tu berakhir jua...Dari jauh kelihatan ibu mentuaku serta adik iparku & suaminya dari jauh. Alhamdulillah, sihat mereka..Jam masa tu dah pukul 4.30 pm! Penat giler tu..3 1/2 jam menunggu...

Opah dah sampai..emak gembira bila ternampak anak-anak & cucu menunggu


Shila & hubby. Kat tengah tu gambar emak melangkah dengan penuh gaya...

Sampai di Pantai Dalam, dalam pukul 5.30 baru nak lunch (??). Sedap betul ayam masak pedas Naza, anak-anak makan bertambah (ke sebab lapar). Tapi agak terkilan sebab lupa nak makan bubur kacang Naza, bila dah ramai2 tu kecoh sangat..Lepas Maghrib, beransur le kami ke Sg Buloh...

No comments:

Post a Comment