Ini kisah anakku yang ketiga. Nur Iman Batrisyia (Shasha). Baru berumur 10 tahun, tapi hampir sama besar dgn kakaknya Iman yang berumur 12 tahun. Best fren dia kat rumah, Imanlah siapa lagi..tapi tu time baiklah.Tapi kalau tgk diorang bergaduh...kus semangat, bukan perang mulut lagi..
6hb Mac 2000 adalah tarikh istimewa buat kami sekeluarga kerana tarikh tersebut Shasha dilahirkan. Masih kuingat lagi, masa tu 2 minggu awal daripada waktu yang dijangka..aku telah mengalami contraction. Suamiku agak cemas, lalu mengajak ke hospital dengan segera. semasa nurse yang bertugas memeriksa, pintu rahimku baru terbuka 2 cm. 1/2 jam selepas itu doktor Habibah mengarahkan nurse yang bertugas menyediakan 'fast breakfast" buat menambah tenaga, manalah tahu, kalau-kalau cepat bersalin pula. Tetapi malangnya, baru nak menyuap sekeping roti bakar, sakit yang tidak boleh nak dibayangkan sekarang ni, datang semula. Menurut Dr Habibah, pintu rahim dah buka 6 cm, bila-bila masa aje lagi. Tuhan aje yang tahu betapa sakit dan takutnya ketika itu. tidak lama kemudian lahirlah seorang bayi comel ke muka bumi ini..hilang segala sakit ketika itu...alhamdulillah, Tuhan permudahkan urusan semasa melahirkan itu. Suamiku sentiasa berada di sisi.
Masa baby, Shasha ni suka hisap ibu jari. Kata orang tua-tua baby camni, baik budaknya..dan dia banyak belajar dari pemerhatian. Dia pandai bercakap masa setahun sebulan gitu, tanpa ada
patah-patah perkataan yang keluar dari mulutnya sebelum itu. Tiba-tiba aje bila kusebut satu, dia menyahut dua. Aku kata 3, dia kata 4. Hmm.. peliklah jugak..
Masa umur dah gini, yang kuperasan dia ada mood yang tersendiri. Kalau time rajin, x payah suruh habis 1 rumah dikemasnya. Tp klu time x berapa rajin, suruhlah apapun...semua x jalan...tu yang susahnya..
Tapi yang pasti dia ada 1 keistimewaan...dia terkenal dengan gelaran 'tukang planning' di rumah kami. Habis semua nak kena ikut perancangan dia tu..InsyaAllah, suatu hari nanti mama & ayah doakan agar dia menjadi seorang 'ketua yg adil & bijak". Bak kata suamiku...leadershipnya tu dah terserlah sejakkecil lagi..Amin!!
No comments:
Post a Comment