Sunday, May 16, 2010

Salam buat semua...

Weekend yang lepas, wekeend yang amat meletihkan, menyeronokkan dan berbagai-bagai.. Saya turut terlibat dengan Kursus Penyedian Coklat selama 2 hari yang dianjurkan oleh Berita Publishing, di bawah bimbingan Chef Amer. Memang seronok , dimulakan dengan teori dan demo, kemudian peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk praktikal. Walaupun penat, kerana class bermula dari 9 am- 5.30 pm, sukatannya begitu padat tetapi peserta begitu gembira dan teruja untuk membuat sendiri coklat. Kepuasan terpancar di wajah masing-masing apabila melihat hasil ciptaan masing-masing. Peserta kali ini semuanya amat sporting.

Nantilah kalau ada gambar saya akan masukkan kemudian. Habis kursus hari Sabtu tu, dijemput suami terus ke rumah mentua. Anak-anak semua di sana sejak awal lagi. Sebenarnya ibu mentua, Shila (adik ipar) dan suami akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada hari Isninnya untuk menunaikan umrah. Selepas maghrib berjemaah, kami beramai-ramai membaca Yasin serta doa selamat..terasa barakahnya sesekali berkumpul begitu anak beranak beribadat bersama...

Hari Isnin, jadual flightnya pukul 3 pm, diwajibkan berada di airpot pada pukul 12 pm. Memandangkan anak-anak yang tengah exam dan jadual suami yang harus berada di rumah untuk urusan anak-anak (transit & pengangkutan), kami tidak dapat turut serta menghantar hingga ke airport. Jadi, paginya selepas menguruskan anak-anak ke sekolah, kami terus ke rumah mentua. Dalam pukul 10.40 sebelum bertolak, sempat semuanya bermaaf-maafan. Sayu pulak masa tu bila ibu mentuaku..semasa berpelukan untuk mengucapkan selamat tinggal tu berbisik " Mak minta maaf...mak banyak dosa..." Syahdulah pulak rasanya masa tu...ish ish ish..yang tak sanggup tu, suamiku dan abang iparku turut menitiskan airmata...






Terpancar kegembiraan yang sukar ditafsirkan di wajah masing-masing.


Danish yang sibuk nak ikut gi airport terpaksa dipujuk.."Nanti Opah balik, kita jemput ramai-ramai ye sayang..."

Semoga mereka selamat pergi dan balik, dipermudahkan segala urusan dan dapat menjalani ibadah dengan aman di sana...Amin...

No comments:

Post a Comment