Tuesday, July 27, 2010

Assalamu'alaikum...

Agak lama tidak mengupdate blog..sibuk dengan hobi baru, kerja dan kerja rumah yang tak habis-habis. Baru-baru ni terlibat dengan ASDEX 2010 -Anjung Seri Decor Exchibition bertempat di Wangsa Walk Mall di Wangsa Maju. Pelancaran dirasmikan oleh isteri kepada Ahli Parlimen kawasan Setiawangsa, Datin Sri Nooriah Ana Razak. Bermula dari Jumaat (23/7/10) hingga Ahad (25/7/10).

Berbagai aktiviti yang diadakan khas untuk peminat setia majalah kegemaran ramai, Anjung Seri.


Chef Anuar sedang menunjukkan kepakarannya.




Salah satu favourite corner di booth Anjung Seri


Pertandingan Menghias Kek

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan berjaya menarik tumpuan pengunjung. Pada sebelah petangnya diadakan pertandingan mewarna.