Assalamu'alaikum...
Setiap dari kita yang hidup di bumi Allah yang maha luas ini pastinya melalui frasa-frasa kehidupan yang tersendiri. Bagiku setiap sesuatu kejadian itu ada hikmahnya yang tersendiri yang telah ditetapkan oleh Allah. Dan sebagai hambanya kita harus redha dengan segala ketentuanNya...InsyaAllah...Mei tiba lagi. Seperti tahun-tahun yang lepas, kedatangan Mei ini sebenarnya sebagai penentu atau mengukur sejauh mana pencapaian kita untuk tahun ini, tak kira dari segi kerjaya mahupun peribadi. Yalah, hampir setengah tahun berlalu, sesekali kita harus toleh ke belakang untuk menilai kembali, adakah cukup apa yang telah kita persembahkan kepada syarikat juga komitment atau tanggungjawab kita terhadap Allah yg Esa, serta keluarga yang tercinta. Jika tidak, inilah masanya untuk memulakannya..
Mei juga menjadi agenda yang bersejarah buatku kerana tarikh lahir suamiku juga jatuh pada bulan tersebut. Walaupun telah berkali-kali suamiku menegaskan apalah bezanya hari tersebut dengan hari-hari yang lain, dan berkali-kali juga akan kukatakan padanya “tak apalahlah..tanpa hari tu, awak tak akan lahir ke bumi Allah ni tau…itulah sebabnya hari tu hari yang istimewa dan harus dirai bersama orang yang tersayang…” dan selalunya dia akan terus terdiam..malas barangkali nak bertikam lidah.. he he he
Membuatkanku terfikir…alamak nak bagi hadiah apa ya…memandangkan tarikh tersebut hampir tiba..Hidup bersama selama 15 tahun, itu tak termasuk zaman bercintan-cintun 7 tahun. Hmm..22 thn merupakan masa yang panjang…tapi mungkin dengan keadaan hidup yang serba sibuk..membuatkan ianya seperti baru aje berlalu. Merenung anak sulungku yang telah berusia 14 tahun..Tuhan aje yang Maha Mengetahui bagaimana perasaan seorang ibu, membesarkan anak dari besar 2 jari telapak kakinya sehingga sekarang tinggi dari mamanya. Terima kasih Tuhan atas Anugerahmu..suami yang bertanggungjawab & penyayang serta 5 anak-anak comel yang perlu kami bentuk dan sering kami doakan akan kesejahteraan, agar menjadi anak-anak yang soleh…Amin.
No comments:
Post a Comment