Tuesday, May 25, 2010

Kita mulakan hari ini dengan bacaan Bismillahirrahmannirahim...

Segala pujian bagi Allah, Tuhan yang mencipta sekalian alam..segala yang ada di langit dan bumi yang maha luas ini. Yang menjadikan setiap kelahiran, kehidupan dan kematian itu suatu kenangan yang sukar kita lupakan di setiap hati sanubari setiap insan. Dan telah tertulis, malah perjanjian telah dibuat sebelum kelahiran lagi, telah ditentukan perjalanan hidup setiap orang. Tiada yang mampu kita lakukan kecuali doa, doa, doa dan doa serta usaha yang tidak ada batasannya, InsyaAllah....


Mempunyai 5 anak di zaman yang serba maju ini sebenarnya padaku adalah suatu anugerah yang Allah berikan. Anak-anak sentiasa diingatkan agar sentiasa mengutamakan tanggungjawab terhadap yang Esa walaupun ia tidaklah semudah yang orang sangka. Seorang teman pernah terniat untuk menggugurkan kandungan bila mengetahui yang dirinya berbadan dua. Walaupun sukar, secara halus cuba juga kutanyakan sambil menasihati " Kan ke, cara tu salah, berdosa tau, tak apalah..dah rezeki Tuhan nak bagi, terima sajelah...sayang, kat luar sana, ramai yang nakkan baby, tapi u ni nak buang pulak..sayang...tak kiralah apa orang nak cakap, satu pasukan bola ke apa ke, hanya kita yang akan menghadapinya..."

Bila ditanya kenapa dia berfikiran sebegitu reasonnya, cost of living yang tinggi sekarang ni..takut x mampu nak besarkan anak. Hmmm....rasanya setakat makan, InsyaAllah, walaupun lauk yang tidak seberapa, bak kata pepatah, sikit sama sikit..setiap anak tu ada rezekinya yang tersendiri ......Alhamdulillah, sahabatku ini tidak jadi meneruskan niatnya itu, dan anaknya itu rasanya sudah berumur 6/7 tahun ..dan sudah mempunyai seorang lagi adik..

Itu cerita pertama. Ini kisah seorang lagi teman yang telah bergelar hajah. Membesarkan 3 anak seorang diri merupakan satu dugaan yang berat. Beliau merupakan ibu tunggal dulunya, walaupun ramai kawan sekerja yang tidak tahu (dengan alasan tidak mahu orang mengambil kesempatan). Alhamdulillah, 3 anaknya telah besar sekarang..akhir yang kutahu anak sulungnya telah menamatkan pelajaran di ITM, telah berkahwin dan bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur. Lupa pula, hajah telah mendapat jodoh ke 2, menamatkan zaman bujangnya sepuluh tahun yang lalu...Alhamdulillah...

Tetapi, hajah pernah berpesan padaku.."Anak-anak ini, masa kecil susahnya lain, bila dah besar..lain Za, pening kepala , kena banyak sabar..."
Apa yang ku alami..memanglah...anak-anak tengah membesar..tidak dapat dinafikan..perbelanjaan yang tinggi (yang amat dikhuatiri kawanku yang pertama), anak-anak turut dihantar ke sekolah agama (walaupun tidak wajib..sekurang-kurangnya mereka diajar asas agama, fardhu ain dan sebagainya..Hafazan Yasin turut dipraktikkan. Dan hasilnya..terbukti, Anak sulungku, Danial, dan Iman (yg ke 2), hafaz surah Yasin dan Shasha (10 thn), dah hafaz sampai ayat 50. Syukur pada Tuhan atas segalanya...

Di samping tu, di zaman sekarang ni menghantar anak tusyen adalah perkara wajib. Yang mana semuanya melibatkan kos...Ibubapa cuba sedaya upaya menyediakan apa yang termampu demi anak-anak..Besar harapan kami agar anak-anak belajar (ikut kemampuan), berusaha (yg penting berusaha), mendengar kata orang tua dan yg penting menjaga waktu sembahyang.

Anak-anak semakin membesar dan semakin banyak agendanya yang tersendiri. Mohon Allah sentiasa memberi kesabaran dan di permudahkan segalanya. Nasihat semua MAMA buat anak-anak, tolong FIKIR sebelum membuat apa-apa, jangan sampai melukakan hati mama & ayah yang bersusah payah membesarkan, memberi didikan. Jika inginkan sesuatu, atau bermasalah berbincanglah dengan ibubapa yang sentiasa memberi tunjuk ajar & panduan. InsyaAllah jika ibubapa redha, segalanya akan dipermudahkan oleh Allah.

Allah Maha Besar!!

No comments:

Post a Comment