Monday, May 26, 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014


Bermula dari 24/4/14 hingga 4/5/15. Maka bermulalah agenda tahunan yang ditunggu-tunggu oleh penerbit, pengedar dan penjual buku. Bagiku pula, waktu ini adalah waktu yang harus digunakan sebaiknya untuk merapatkan lagi silaturahim dengan rakan langganan juga waktu untuk menambah rakan niaga yang baru.


Seawal Januari (setelah setahun bekerja dari rumah, cuma 2/3 kali saja sebulan ke office untuk membuat segala report) telah mula mencari contact baru, menghubungi perpustakaan2 utk membuat temujanji.

Walaupun banyak yang cancel order aku percaya pada rezeki yang telah diatur Allah..cuma kita perlu berusaha lebih sikit dan yang paling penting, DOA.










Alhamdulillah...wpun hanya 2 BUKU baru saja yang diterbitkan kali ini, syukur sang at jualan peribadiku tetap meningkat dari tahun lepas, malah ada yang masih belum confirm order. Berbaloi rasanya 11 hari itu walaupun penat yang amat sangat, keluar masuk pwtc, 9.30 am ke 7 pm setiap hari. Tidak ketinggalan juga ucapan dan terima kasih buat suami dan anak-anak yang memahami, maklumlah keadaan di rumah juga kelam kabut dan tidak berapa terurus.





Dan yang menariknya, kali ini Danial berpeluang menimba ilmu, bertugas di gerai. Kata Su, ' dulu sy pandang sbg anak, tapi sekarang rakan sekerja...byk bezanya..'




Monday, May 19, 2014

Vungtau, Vietnam



Merupakan kawasan persisiran pantai cari gali minyak.

Seawal 7.30 am Ahad itu sudah check out & menunggu Mr Tung di lobby. Menaiki teksi ke tempat menaiki bas untuk ke Vungtau. Tambang yang dikenakan sekitar Dong 350 bersamaan RM56 untuk 3 orang.





2 1/2 jam perjalanan, tiba, terus dibawa ke cafe hotel berhampiran untuk menghilangkan lelah dan dahaga.


Seterusnya kami dibawa mengelilingi tepian laut dgn menaiki Teksi. Tung juga menunjukkan jeti di mana feri yang mengorbankan seramai lebih 300 orang apabila tenggelam, berlepas.






Singgah sebentar di tepi pantai, sempat membeli souvenir untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Makanan laut merupakan sajian tengahari itu. Lala rebus, udang bakar, ketam kukus dan bubur nasi seafood antara menunya.



Berjalan agak jauh untuk mendapatkan bas untuk pulang ke hcmc. Tiba di Ben Tharn sekitar 4 pm. Thank u so much Mr Tung..





Menuju ke hotel  kerana beg ditinggalkan di lobby hotel. Flight dijadualkan 9 ++ pm jadi ada masa 2 ++ jam untuk bershopping. Sepasang jubah hitam buat Aida (jubah yang dibeli terdahulu agak besar buat Aida yg bersaiz xs...), sepasang jubah buatku dan sepasang kurung kapas buat mak mentua Aida. Alhamdulillah...





Selamat Tiba di KLIA 2 agak lewat Dr sepatutnya...merindui anak2 n x sabar untuk sampai ke rumah...

Jalan-jalan & shopping di Ho Chi Minh City


Subuh awal sejam dari Malaysia, 5.30 am sudah terang. Breakfast dengan menu seperti biasa, roti bakar n butter. Sham pula dgn nasi buburnya. Jadilah buat alas perut.

Malam di hcmc..masih sibuk dengan urusniaga
5.22 am di Ho Chin Minh City

Ikut plannyer hari ni adalah shopping day SBB esok Sham dah bpakat dgn rakannya, Tung nak ke Vungtau iaitu  bandar yang terletak di tepi laut, 2 1/2 jam perjalanan dr hcmc.

China Town Market

Menaiki bas nombor 1 di perhentian bas berhampiran Ben tharn market ke China Town Market, hasil pencarian Sham thru internet. Tidak perlu risau untuk turun di mana, terletak di hentian akhir...cuma perlu berjalan sikit utk ke pasar. Berbagai barangan dijual secara borong dengan harga yang murah. Tetapi jika mencari baju kurung lebih banyak di sekitar Ben Tharn.

Kedai-kedai yang menjual barangan secara borong..berhampiran China Town Market

Sepasang kurung berbunga merah terang buat Sarah, sepasang dua buat Iman n shasha dan sepasang kurung dan 2 helai jubah buat diri sendiri. Tidak lupa, sehelai dua t-shirt buat Danish, Danial & Sham.

Kelihatan seorang warga Vietnam sedang termenung menunggu pelanggan-senario yang biasa di lihat di sana.





Sunday, May 18, 2014

Ho Chin Minh City, Vietnam


Deretan jubah yang menggamit pelancong datang semula ke vietnam
telekung lycra yang menjadi trend terkini




Lunch hari tu dirai dan ditaja  oleh Mr Tung selaku head di Vietnam branch. Makanan seafood menjadi pilihan.










Tak sempat nak ambil gambar pun sebab sibuk memikirkan halal tidaknya makanan walaupun diberitahu tiada makanan berdaging di restoran tersebut. Udang galah grilled untukku dan Azreen. Sham turut mencuba tiram dan kerang yang dikukus.







Sebelah malam pula dinner di Halal Saigon yang terletak berhampiran masjid dan Sheraton. Tenggiri Asam pedas pilihsn Azreen, Sham dengan Fried century egg dan sayur/pucuk digoreng dengan udang. Balik terus ke pasar malam sekitar Ben tharn market dan kedai di sekitar hotel. Sempat membeli baju kurung buat mak, Iman dan shasha.

Thursday, May 8, 2014

Lagi...Ho Chin Minh City, Vietnam

Lama tak mengupdate blog kerana sibuk berpesta di PWTC. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 yang berlangsung dari 24/4/14 ke 4/5/14. Tapi sekarang bukan nak cerita pasal itu...

Nak cerita pasal  peluang ke sini yang tidak dirancang. Alhamdulillah walaupun last minute sangat,  tidak dilepaskan. Sehari dua sebelum ke sini flight ticket baru dibeli secara online. Tuntutan kerja che' suami yang tidak habis-habis dengan permasalahan dan penyelesaian.

Setelah 11 hari terkejar-kejar ke office dan pwtc..rasanya ianya merupakan  ganjaran kepada diri sendiri di atas usaha dan penat lelah. Tambahan pula selama itulah keadaan di rumah agak x terurus..rasa bersalah pula..masa perlu diperuntukkan buat yang tersayang.. yang penting bersempena birthday En Shamnya yang sepatutnya jatuh pada 25 may. Plan asal nk bercuti pada tarikh tersebut terpaksa dibatalkan kerana harus ke JB selama 4 hari kerana bertugas.

Seawal 4.40am keluar rumah dan tiba di Klia 2 sejam kemudian. Air asia , hari pertama beroperasi di situ..keadaan agak kelam kabut dan sesak. Mujur ramai petugas Air Asia  diletakkan di merata tempat untuk membantu. Sempat solat subuh sebelum ke boarding area.

Di kala ini berada di office di hcmc sementara sementara menunggu En Shammya habis meeting...