Thursday, April 18, 2019

Pangkor 2019

Lama x mengupdate blog....agak sibuk kebelakangan ni dek berbagai aktiviti harian.

Nora tnya, apasal dah lama x menulis...jawaban klise...sibuk...dan sebenarnya suatu ketika ada masalah teknikal utk upload gambar, jadi..terus " terbantut"....he he




Sementara tgh ada mood dan belum start pegang buku apa2...baik curi masa skt, berkongsi kisah ke Pangkor, baru2 ni...alahai..tarikh pun dah lupa...29/3 ke 31/3/19.


Macam biasa ..semuanya last minute...sukar nak menghimpunkan semua anak2 utk bercuti...mujur Danial semester break seminggu, sama spt cuti sekolah, Iman pula mengambil cuti  ditempat praktikal. Shasha yg awalnya ponteng klas sejam jumaat tu, nasib baik klas cancel...


Jumaat pagi baru decide nak pergi mn..sabar je. Singgah Tg Malim mengambil Iman dan Shasha yg tiba awal mlm semlm, bermlm di rumah sewa Iman.

Sampai di Lumut dah  tengahari. Membeli tiket feri di kaunter masuk.. dewasa RM14 seorang dan RM5 utk kanak2.


Kali ni en suami memilih utk tinggal di kawasan penempatan.penduduk tempatan pula utk sedikit kelainan.






Tiba di jeti yg pertama, Mr Kelvin dah sedia menunggu utk dibawa ke hotel. Singgah membeli seekor siakap, kembung, udang dan sotong utk majlis barbeku mlm nanti.





Fishing House amat sesuai utk yg inginkan kedamaian dan kaki pancing. Amat berbeza percutian kali ini..dengan bilik yang terletak di atas air dan di mana2....., laut?


Malam, selepas Maghrib terus ke dapur yang disediakan utk menyiang dan memerap stok mentah yang ada.
Sham menyiang siakap utk dikukus, Iman dan Shasha memotong bawang dan persiapan yg lain manakala Danial, Sarah n Danish sibuk menghidupkan api. Arang boleh dibeli di situ sahaja ...



Alhamdulillah...walau pada mulanya agak sukar nk menghidupkan api, sampai adik suh goreng je kembung tu..(cepat boleh mkn ktnyer..)akhirnya menjadi 1 pengalaman buat anak2 sbb rasanya last wat bbq masa dorang kecil...Kali ni semua turut membantu..alhamdulillah...
Jom tgk gambar2 kt sana..