KEWUJUDAN ADAT PERPATIH DI NEGERI SEMBILAN
Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan
Naning adalah gabungan sekurang-kurangnya tiga system kemasyarakatan iaitu
Sistem Adat Minangkabau yang terdiri drp 3 sistem iaitu Adat (undang-undang) nan
Tigo, Adat Elok Baleh dan Adat Tuah Disakato, sistem Adat Tempatan Siak dan
Sistem Adat Tempatan Negeri Sembilan (Adat Benar).
Gambarajah Pembentukan Sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan
Pihak penjajah telah memperkenalkan undang-undang Inggeris
berdasarkan Common Law mulai tahun 1885. Bermula dari Tahun tersebut, penjajah
telah mengenepikan amalan2 & petua-petua dalam system perundangan Adat Perpatih.
Kemudian, dengan terkanunnya undang-undang syariah tempatan, sekali lagi perundangan
adat perpatih disisihkan. Disamping 2 perundangan ini, pendidikan Barat yang
telah diperkenalkan seawal akhir abad ke-18 secara langsung telah mempengaruhi
dan mengubah system nilai serta budaya masyarakat Adat Perpatih. Hari Ini
keseluruhan system Adat Perpatih telah diresapi oleh system Adat Melayu yg
datang dari luar wilayah adat perpatih dan budaya barat. Oleh itu, budaya Adat
Perpatih ini semakin menipis & pengamalannya lebih berkecenderungan untuk
berbudaya Melayu ala Barat.
BATU BATIKAM & BATU BALING
![]() |
Batu Bersurat |
sumber teks & gambar : Muzium Adat Jelebu
Negeri Sembilan
No comments:
Post a Comment