Monday, June 12, 2017

Ramadhan Al Mubaraq - 2017

15 June 2017

Ramadhan sudah tiba dipenghujungnya. Saya percaya semua umat Islam berebut2 melakukan amal ibadat sebanyak yang mampu. Rugilah jika masih dlm keadaan yang sama, tiada usaha ke arah yang lebih baik. Moga Allah tetapkan iman dan terus istiqomah.

Bercerita tentang amal ibadat, ianya sesuatu yg amat meluas sebenarnya. Membaca al quran merupakan salah satu dari cabangnya. Selalunya Ramadhan ramai yang mengikuti tadarus samada di masjid2 atau persendirian, dipantau oleh yang mahir seperti ustazah yang mengajar mengaji dan sebagainya.

Allah janji pahala 2x ganda bagi yang sukar membaca ..yang penting usaha tanpa kenal penat dan rasa malu. Bukankah belajar itu dituntut oleh Islam. Tiada had umur untuk memulai atau melakukan sesuatu.

Jangan sesekali merasai yang kita lebih baik dari orang lain walhal Islam itu merangkumi banyak aspek..seperti akhlak yang baik, bertarawih, solat2 sunat yang lain, rawatib, tasbih, hajat, taubat, tahajud, bersedekah dan sebagainya. Membaca Al- quran adalah salah satu drpnya.

Bagiku pula, syukur kerana Allah memberi peluang untuk turut serta bertadarus tahun ini. Sekian lama bekerja, memang tidak berpeluang mengikuti mana2 kumpulan sebelum ini.  Bacaan yang biasa2 sahaja, alhamdulillah, banyak ilmu yang dapat dipelajari..terutama tajwid..memanglah kalau baca sendiri, tiada siapa yang menyemak..kesalahan yg sama akan berulang.

Kata ustazah, kita x payah kejar khatam quran..yang penting kualiti.. alhamdulillah..
Berbeza dengan tadarus yang dijalankan di masjid2, mereka akan dibahagikan kepada kumpulan2 kecil seramai 5/6 orang, dan akan dibahagi- bahagi pula juzuk yg perlu dibaca. Maknanya tidak membaca al quran sepenuhnya...dalam 15 hari mungkin sudah boleh khatam.

Berpeluang pula ke Tadarus perdana  di Shah Alam pada Sabtu lepas, dhuha, tasbih dan hajat..disusli doa yang sangat menusuk kalbu.. subhanallah.alhamdulillah, Allahuakbar. Majlis khatam quran diadakan selepas zohor berjemaah.. Semoga Allah sntiasa mengurniakan hidayah taufikiyah dan terus istiqomah...aamiin...

Jangan kata pula Kak Ton x buat perkara lain. Dalam waktu yg sibuk..sempat juga mencari baju raya anak2 n bff, mencuri masa di hujung minggu....baju Kak Ton je x jumpa lg..sebab fokus cari baju Shasha yg agak cerewet memilih. Habis area Shah Alam, Masjid India dan sebahagian Sg Buloh di redah..alhamdulillah..di Sg Buloh juga yg berkenan di hati..

Sebut pasal kuih raya pula..mmg x buat tahun ni..time quality katanyer.. almaklum..klu nk membakar mengambil masa yang lama..masa yang ada setiap hari agak terhad..secara kebetulan pula oven rosak..he he..mungkin beli aje 2 atau 3 jenis sudah memadai..

Sebut tentang Raya, tentu x boleh lari dr bunga api dan mercun..siapa lagi yang paling excited..dah tentu Danish. Rajin mengajak ke bazar2 ramadan..sambil menyelam minum air..sempat membodek membeli mercun. Bertarawih waktu yang dinanti-nanti, solat sambil bermain..

Allah beri kesempatan juga berbuka bersama2 Nazri dan Hafiz yang baru pulang dari mengerjakan umrah di awal Ramadhan. Mereka demam dan batuk2 dek perubahan cuaca yang sgt panas di Mekah (45° Cke 52° C) dan kepenatan. Kulit sedikit terbakar keduanya, akhir berkomunikasi dgn Nazri, telah mula bekerja dan beransur sembuh..alhamdulillah.

Sempat juga menziarah n berbuka bersama kesayangan, mak dan bapa mentua di Pantai Dalam. selain Ila n Amnan, Cheah dan anak2nya pun ada. Berbual dan berjemaah  Maghrib bersama. Semoga mereka berdua sentiasa di dalam.limpah rahmat Allah.

Dapat juga ke sana, sekali 2 lagi menemani apak yg keseorangan berbuka dirumah  di hujung minggu..alhamdulillah.

Berbuka  di rumah Aida Sabtu lepas...bersilaturahim sambil beribadat bersama..sempat merai hari lahir Haikal yang ke 15 tahun..moga menjadi anak yg soleh dan berjaya di dunia n akhirat..

Masya Allah, nikmat mana lg yang kau cuba nafikan?

Tapi yang pasti bangun pagi ari ni untuk menyediakan sahur..badan rasa agak lemah dan sakit2..tekak pun sakit, mungkin berjangkit dari Sarah yang demam dan batuk..pergerakan agak perlahan..mujur kelas tadarus dibatalkan pagi ni...memberi ruang untuk berehat..

Tapi plan next week nk masak dendeng dengan nenek..harap2 jadi ya Aida..moga Allah beri kesembuhan segera dan dikurniakan kesihatan yang cemerlang...

Langkawi (2)

Malam itu sempat membeli birthday kek buat bff (early celebration) di area Chenang, berhampiran hotel. Eh! murah pula kek Secret recipe di sini, masih harga lama, RM86 dan x de cukai pula..alhamdulillah..

Singgah makan di gerai . Di sini chicken chopnya murah dan sedap..RM5.50 je..murah bangat. Nasi gorengnya pun berperisa.

Sementara menunggu makanan sampai, bday boy meniup lilin n memotong kek. Salah seorang makcik di gerai melatah bila Sarah ingin menambah pesanan minuman. " Eh! Apa? Nak bagi makan kek?" Aduh, Makcik...memang ade plan nk berkongsi sedikit, tapi bila dah melatah gitu, segan pula rasanya. Apapun...rezeki kita rasa sorang sikit ya...alhamdulillah..

Buat bff..Happy bday..walau baru berkesempatan menulis dan ntah bila pula akan disiarkan story ni...

Selamat Hari Lahir. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan dan kejayaan yang cemerlang di dunia n akbirat.
Dikurniakan ilmu yang bermanafaat, umur yang panjang lagi barakoh, rezeki yang seluas- luasnya serta halal, agar boleh berbagi pula pada yang memerlukan.  Dikurniakan kesihatan yang excellent dan disembuhkan dari segala jenis penyakit.
Dijauhkan dari segala penyakit hati..hasad dengki, takbur, riak dan ujub.

Banyak lagi yang nk ditulis tapi tak tertulis pula. Moga Allah menggerakkan hati supaya mampu dan berusaha membimbing anak2 dan isteri ke jalan yang diredhai dan jannah in shaa Allah.

Esok plannya cuma nak berjalan2 di sekitar dan apa lagi...shoppinggg..