Sunday, March 15, 2015

Ziarah Wida' & Perjalanan Madinah ke Makkah (5)


Kebiasaannya ke masjid dengan rakan-rakan sebilik tetapi pagi itu solat subuh bersama suami tercinta. Solat Subuh berjemaah di dataran masjid sahaja kerana tidak dibenarkan masuk oleh gadis Arab yang menjaga pintu. Setiap kali masuk ke masjid beg akan digelidah untuk langkah keselamatan.

Berjumpa dengan Sham di tiang di hadapan pintu masuk untuk membuat ziarah wida'.

ZIARAH WIDA' (ZIARAH SELAMAT TINGGAL)

Setiap yang hendak meninggalkan Madinah disunatkan berziarah selamat tinggal kepada Rasulullah saw sebagai menghormatinya dan keluar setelah selesai berziarah.
Sham masuk melalui pintu Babussalam untuk ziarah kali terakhir.

Berdiri membelakangkan kubah hijau ( dibawah kubah terletaknya maqam Rasulullah saw), menghadap kiblat, segala salam dan doa dipanjatkan..

Sedih hendak meninggalkan kota yang amat mendamaikan ini. Ya Allah , janganlah jadikan ziarahku ini ziarah yang terakhir...

MAKKAH AL-MUKARRAMAH

1)  BERNIAT IHRAM DI MIQAT

Awal lagi sudah bersiap mandi sunat ihram. Disunatkan juga memotong kuku dan mencukur segala yang perlu dan berwangi-wangian. Bas memulakan perjalanan dalam 2 pm dijangka tiba 5 jam kemudian. Berhenti di Miqat Masjid Bir Ali yang terletak kira-kira 11 km dr Masjid Nabawi untuk solat sunat  dan berniat ihram. Maka bermulalah segala pantang larang yang 13.


Singgah di kawasan R & R untuk solat qasar n jamak maghrib dan isya' dan makan malam. Nasi Arab, hidangan kami malam itu.

Alhamdulillah selamat tiba, kumpulan kami yang seramai 11 orang termasuk Ustaz Roslan turun dulu di hotel Mira Ajyad sebelum bas bergerak ke hotel lain.

Ustaz memberi masa sejam lebih untuk check in dan berehat sebentar sambil nembersihkan diri sebelum ke masjidil haram untuk mengerjakan umrah yang pertama.


No comments:

Post a Comment