Tuesday, August 31, 2010

Berbuka Puasa

Salam Ramadhan...

2 minggu lepas, selepas pakatan besar-besaran dengan adindaku Aida, kami berbuka puasa di rumah kekandaku yang sulung, Along di Rinching, Selangor. Menunya amatlah membuka selera...
Kari ikan tongkol, ikan goreng berlada, sayur campur dan yang paling istimewa sambal gesek (cili api ditumbuk, kadang-kadang orang letak ikan bilis sikit..pastu perah limau...yummy) lawannya tentulah ikan masin & ulam-ulaman. Ikan bakar pula disponsor oleh Aida...punyalah banyak...6 ekor...tapi yang bestnyer, habis...ish, ish, ish...Dengan air yang berjenis-jenis...tebu, soya, oren..
Tu tak kira kuih muih lagi...

Sayangnya lupa pulak nak ambil gambar...tapi agenda berbuka tu perkara kedua. Yang pertama, tentulah seronok berjumpa adik-beradik tercinta nih...sesekali jumpa...bak kata suamiku pada anak-anakku "Mama bila dah jumpa adik-beradik dia tu, ayah pun dia lupa...asyik sembang je..."
He he he...bukan apa, sesekali jumpa, mestilah banyak benda nak diupdate. Melihat perkembangan anak-anak buah juga suatu lagi perkara yang boleh diambil kira. Anak-anak pula sibuk bermain dengan sepupu diorang...

Sebut pasal anak-anak, teringat cerita Along pasal anak-anak yang sedang meningkat remaja. "Anak-anak kita ni lain Teh (nickname aku dalam keluarga lah tu..)...masa kecil, lain masalahnya, bila dah besar macam dorang ni (Along , anak yang eldest dah 17 tahun, 16, 14 dan 7 tahun)..macam-macam perangai..dengan Tina yang moody, dengan Shafiq...hmmmm.. .susah...kalau berkeras kang takut memberontak..lari..kang susah pulak..."
Kami yang masih meratah-ratah lauk tu terdiam mendengar cerita Along...macam-macam..
Benarlah kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

Pesanan buat Tina kalau Tina terbaca coretan ini, fikir dulu sebelum membuat apa-apa atau bercakap..kadang-kadang cara kita menjawab kata -kata Ibu itu..sukar nak diceritakan tapi, hati ibu...sering terluka dengan sikap dan kata-kata anak-anak..
Susah-payah Ibu & ayah membesarkan...
Jika ditakdirkan arwah atuk & nenek masih ada..tentulah kami berebut-rebut untuk memberi yang terbaik untuk arwah.. Al-fatihah untuk keduanya...

Dipendekkan cerita kami pulang pulang dengan hati yang puas...InsyaAllah, Hari Raya nanti kita jumpa lagi...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Thursday, August 19, 2010

Malam Gala Jelita 2010

Pada 6hb Ogos 2010 berlangsungnya Majlis Malam Gala Jelita 2010 yang dianjurkan oleh Berita Publishing. Bertempat di Legend Hotel, Kuala Lumpur. Wajah-wajah Jelita yang menjadi "cover' untuk Majalah Jelita selama setahun dipertandingkan.


Inilah wajah-wajah jelita yang dipertandingkan. Pengacara untuk acara ini ialah Amyza & Sharifah Shahira.

Keberangkatan tiba...barisan artis masuk ke dalam dewan.


Persembahan yang mengasyikkan dari ASWARA


Norman Hakim...datang ngan siapa ek?


Sarimah, Irma & Fauziah


Erra, Ziela & Datin Umie Aida

Persembahan yang mantap dari Nurul

Nurul dengan gayanya yang tersendiri

Datin Normala Shamsudin

Pemenangnya ialah....Erra juga turut memenangi Pakaian Terbaik.

Wajah yang pernah menjadi topik hangat suatu ketika dulu...

Pemenang yang bertuah untuk cabutan bertuah..


Red Carpet...


Tapi dalam banyak-banyak gambar...inilah Model Of The Year...he he he...(kawan baik - Bala & Eddie)

Gambar Sekitar Pelancaran Buku Terokai Rahsia Coklat-Chef Amer

Seperti yang dijanjikan, walaupun lewat, gambar-gambar sekitar Pelancaran Buku Terokai Rahsia Coklat oleh Chef Amer.



Keberangkatan tiba...

Detik yang dinantikan...Coklat, coklat, coklat...

Gubahan bunga yang diperbuat dari coklat oleh Chef Amer

Suasana dewan


hasil yang diperbuat dari coklat oleh Koko Malaysia

Yang di depan tu adalah pokok koko dan buah koko (abaikan gambar model-model kat belakang tu ya...he he he)

Wednesday, August 18, 2010

Salam Ramadhan..

August datang lagi...August yang memang banyak agenda dan kenangannya yang tersendiri. Ramadhan tahun ni juga jatuh pada bulan August. Pada bulan inilah, 22 tahun yang lalu termeterainya persahabatan antara dua insan atas nama cinta. Pada bulan ini juga 15 tahun yang lalu perhubungan ini direstui dengan ikatan yang sah, atas nama suami-isteri..

Dia...seorang yang amat sederhana...dalam apa keadaan sekalipun..sentiasa berfikiran positive tak kira apa masalah yang melanda..seorang yang outspoken..terutama kalau apa yang diperkatakan itu benar..Usia yang semakin matang, turut mempengaruhi setiap langkah dan tindakan yang diambil. Membesarkan anak-anak yang seramai 5 orang itu memang menguji kesabaran. 5 kelahiran.. dialah yang sentiasa di sisi dari labour room hingga habis pantang, termasuk memasak dan menyediakan makanan dan turut membantu menguruskan baby dan anak-anak yang lain...Sentiasa menyokong tindakan serta langkah orang yang tersayang selagi tidak bercanggah dengan prinsip dan agama.

Dia, cuba yang terbaik untuk menjadi teladan pada anak-anak..segala yang dibuat demi isteri dan anak-anak. Kasih-sayang yang dihulurkan tidak berbelah-bagi..InsyaAllah..

Dia..adalah suamiku..orang yang dipertanggungjawabkan oleh Allah, memimpin, mendidik, kami, isteri & anak-anaknya. Semoga, sempena bulan yang penuh barakah ini, kasih-sayang kami akan lebih bersemarak dengan segala aktiviti, amal ibadah yang dilakukan bersama, hingga ke akhirnya. Semoga Allah sentiasa memberkati kami, mempermudahkan segalanya, dimurahkan rezeki sentiasa, juga selamat di dunia & akhirat. Juga doa kami seiring agar dikurniakan anak-anak yang soleh. Terima kasih Tuhan atas Anugerahmu!

Wednesday, August 4, 2010

Baru-baru ini terjumpa teman lama (B). Memang dah lama tak jumpa. Bila terjumpa tu, biasalah..sampai tak cukup waktu nak mengupdate kisah terbaru diri masing-masing. Tapi ada satu kisah yang agak menarik tentang si B ni yang boleh dikongsi, sebagai renungan semua.

Alkisahnya si B ini rupanya terlibat dengan jualan barangan melalui internet : facebook, blog dan sebagainya. Hmm, memang menjadi trend sebenarnya sekarang ni, malah baru-baru ini baru aje terbaca di suratkhabar kisah kejayaan 8 sahabat berniaga dengan cara begini...Yang nak di ceritakan di sini sebenarnya ialah sikap masyarakat sekeliling yang kadangkala sukar nak diceritakan. Menurut B, pada awal pembabitannya dengan perniagaan kecil-kecilan ini, (produknya terdiri dari baju kurung & tudung), bukannya mudah. Memang dia akui dia memerlukan sokongan dari keluarga juga teman-teman yang rapat. Tapi malangnya salah seorang teman rapatnya (C) agak sukar diramal sikapnya. " Eii...apalah kau ni...kalau macam ni kualiti yang kau ada, macam kain buruk aje, corak pun macam zaman 60 an...macam mana nak maju..." Tetapi bila kain atau tudung yang dicemuh itu menjadi rebutan, " Eii...diorang ni takde taste...barang murah..."

Pada mulanya B berasa kecil hati dengan kata-kata C itu. Tetapi selepas berbincang dengan suami dan beberapa orang teman..mereka sepakat membuat kesimpulan, sebenarnya C cuma irihati dengan temannya itu. Jika niatnya baik ingin membantu, dia akan menegur dengan kata yang lebih baik seperti "aku rasa kau boleh mempelbagaikan lagi koleksi kau dengan corak-corak yang lebih cantik & bermutu..."

Jadi, moral of the story...memang sukar mencari kawan yang sanggup bersusah senang bersama. Seingatku..aku pernah mempunyai seorang kawan sebegini suatu waktu dulu, cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan keakraban kami seperti dulu..dan kawan yang selalu mengkritik memang berada di mana-mana (kawan masa senang aje). Juga jika mahu membuat sesuatu berusahalah dan semangat tu kena kuat sikitlah...

Oh ya, lupa pula..perniagaan B sekarang semakin maju berkat doa, usaha & doa dari teman-teman dan keluarga yang tersayang...tahniah kawan!