Hiasan Dalaman & Senireka Masjid Nabawi yang memukau |
Selepas 7 jam penerbangan, transit di Abu Dhabi selama lebih kurang 3 jam sebelum berlepas ke Jeddah. 3 jam kemudian tiba di Lapangan Terbang King Abdul Aziz.
Urusan kastam mengambil masa yang agak lama. Menurut ustaz biasanya cuma 2 jam, tetapi kali ini kami terpaksa menunggu selama 5 jam sebelum menaiki bas yang telah lama menunggu untuk ke Madinah. Perjalanan dari Jeddah ke Madinah mengambil masa selama 5 jam. Alhamdulillah..
AL- MADINAH AL-MUNAWARRAH
.Bermaksud Kota yang bercahaya atau Al-Madinah Al-Nabawiyyah yang bermaksud bandar Nabi SAW.
King Abdul Aziz Airport, Jeddah |
AL- MADINAH AL-MUNAWARRAH
.Bermaksud Kota yang bercahaya atau Al-Madinah Al-Nabawiyyah yang bermaksud bandar Nabi SAW.
MAKSUDNYA : "Pahala solat dimasjidku ini adalah 1,000 kali lebih baik drp solat dilain2 masjid kecuali di masjidilharam."
Maka bermulalah edisi pembelajaran dan ibadah yang jitu dan indah. Seperti tidak percaya berada di masjid dan kota Rasulallah saw.
Drp Abdullah ibn Umar r.a, Sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya "Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kpd mereka yang mati di Madinah."
KELEBIHAN BERSABAR MENANGGUNG KESUSAHAN YG DIHADAPI DI MADINAH
Maksudnya "Mana2 individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah, aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat, atau aku menjadi saksi kepadanya."
Pemandangan Subuh di Masjid Nabawi |
KELEBIHAN BELAJAR DI MASJID NABAWI
Maksudnya "Sesiapa yg memasuki masjid kami ini untuk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya adalah umpama mujahid di jalan Allah dan sesiapa yg masuk dgn tujuan lain adalah umpama org yg melihat kecantikan barang orang lain. "
Pasar Tamar |
Subhanallah... cantik sungguh Masjid Nabawi yang tersergam indah.. sentiasa penuh dengan jemaah dari seluruh pelusuk negara. Payung gergasi yang akan mengembang awal pagi dan menguncup di kala maghrib menjelma..
No comments:
Post a Comment