Wednesday, March 11, 2015

Lambaian Kaabah - Makkah Al-Mukarramah (7)





Sebuah perjalanan  ibadah dan pengabdian diri yang penuh peghayatan yang amat manis terhadapNya. Setiap waktu solat beramai-ramai berulang ke Masjid...

Kadang-kadang jika terlewat, terpaksa solat di luar di celah-celah lautan  manusia. Sejuk lantai terutama waktu subuh menyucuk-nyucuk hingga ke tulang sum-sum,  seeloknya bawa sejadah sendiri.





Yang paling manis tentulah berpeluang tawaf sunat, solat di belakang maqam Nabi Ibrahim, hijr Ismail dan menyentuh kaabah. Amat tenang rasanya setiap kali menatap kaabah yang berada di hadapan mata, yang selama ini nenjadi kiblat seluruh umat Islam.


Mungkin terlalu penat dan cuaca yang tak menentu, demam pula bersama che' suami..terganggu sedikit rasanya amalan. Tapi alhamdulillah...mujur cuma sehari dua sahaja, berkat doa, amalan meminum zam-zam, juga ubat yang dibekalkan sahabat baik, Zuraini. Digagahkan juga diri..rugi rasanya kalau diikutkan sangat hati yang tak larat tu.

Sarah Yasmin dan Amirul, anak-anak yang baik dan patuh, setia menolak kerusi roda nenek dan menjaga nenek-nenek setiap waktu solat. Sejuk mata memandang, semoga Allah sentiasa merahmati anak-anak ini.

Kota Makkah kota yang penuh cinta katanya sebab di sinilah juga Adam dan Hawa ditemukan semula setelah diturunkan dari syurga (bertemu di Jabar Rahmah). Tapi yang pasti cinta pada Allah yang semakin mendalam dirasakan..Alhamdulillah


No comments:

Post a Comment