Wednesday, March 11, 2015

Makkah Al-Mukawarrah - Doa Istimewa Dari Kaki Jabar Nur (8)


Tiada yang lebih mengharukan dan rasa syukur yang teramat  apabila selesai menunaikan umrah buat kali ke 2 dan ke 3. Hadiah istimewa buat Allahyarham ayahanda dan allahyarhamah bonda. Semoga mereka ditempatkan di kalangan para soleh dan solehah. Moga Allah menerima segala ibadah yang serba kekurangan.

Sabtu malam, perancangan awal untuk mengadakan kekah Danish dan tahlil arwah di hotel ditukar ke tempat yang lebih istimewa..di kaki Jabar Nur iaitu diatas bukit itulah terletaknya Gua Hira' iaitu tempat Rasulullah saw sering berkhalwat dan mendapat wahyu yang pertama. Syukur alhamdulillah atas rahmatMu ya Allah..

Kalau tak silap ada lebih 80 jemaah hadir. Solat Maghrib dan Isya' berjemaah serta sedikit ceramah tentang Makkah dan tawaf wida' sebelum doa dan tahlil dibacakan..

Semoga arwah mak dan abah ditempatkan di kalangan para soleh n solehah. Doa juga ditujukan buat arwah busu, mak ngah dan opah. Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa mereka..kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku semasa kecil...


Allahuakbar! Maha suci Allah..yang menjadikan setiap sesuatu itu bersebab. Sejuk yang amat ditambah angin yang bertiup, menambah rasa syahdu yang tidak bertepi...

Hidangan istimewa malam itu tentulah Nasi Arab dan Nasi Mandy kambing dengan lauk pauk dan buah-buahan yang pelbagai. Sibuk menapau makanan dengan Yasmin untuk nenek, Zura dan Zali yang tidak hadir.
Balik, walaupun penat tapi dengan hati yang puas..alhamdulillah...







No comments:

Post a Comment