Terpanggil untuk menulis tentang perkara yang sering dibincangkan di media sosial, fb, watsapp dan sebagainya, peranan anak2 terhadap ibubapa dan sebaliknya
"Sayangi dan hargai mereka selagi ada" ungkapan yang sering diperkatakan. Memang mudah untuk menuturkannya tetapi sukar untuk mempraktiknya. Kasih sayang dan tanggungjawab itu amat meluas dan subjektif maknanya dan diukur dengan keutamaan setiap individu.
Bagi yang agak berduit, mungkin keutamaannya, sejumlah ringgit dihulur setiap bulan. Jika bersedekah sesekali atas nama orang tua sudah memadai..
Ada juga yang berjumpa orang tua untuk meminjam wang dan berjanji untuk memulangkannya pada masa tertentu tapi sampai sudah tidak membayarnya atas alasan anak beranak tak perlu berkira..mengambil kesempatan di atas kelemahan orang tua, suatu sikap yang amat tidak terpuji.
Yang bertelur sebiji riuh sekampung pun ada. Memberi sedikit dan banyak mencanang supaya semua tahu kebaikannya. Dah tentulah cerita yang kecil diperbesarkan.
Bersederhana dalam.serba serbi adalah dituntut. Membantu bila diperlukan, meneman bila kesunyian, sekadar menjenguk sebagai pelepas rindu..
Bukankah Agama Islam sendiri menegaskan 3 perkara yang apabila kita melihatnya, kita mendapat pahala :
1) Melihat Kaabah
2) Melihat laut
3) Melihat wajah ibubapa
Maka, duhai semua..luangkan sedikit waktu, jenguklah ibubapa. Rebutlah peluang yang telah Allah janjikan.
Suami, ajarilah isteri dan anak-anak menghormati orang tua. Hormat bukan sekadar hormat dan tidak melawan kata, hormat dgn sering membawa keluarga mengunjungi, bukan berseorangan, terutama hari-hari penting seperti Hari Raya, harijadi dan sebagainya.
Luangkan masa, carilah masa, jika tidak minggu ini, minggu hadapan. Jadikan ia satu keutamaan, pasti tiada alasan lagi. Seperti juga kita bekerja, kerja-kerja yang penting harus didahulukan. Kadang-kadang lebih sanggup berjumpa kawan-kawan dr menjenguk ibubapa sekali sekala.
Bertanya kabar walau sepatah dua kata cuma....mungkin sesekali merancang percutian seluruh keluarga jika bekemampuan..mendengar celotehnya walau beribu kali diulang ceritanya... dengarlah dgn penuh minat..itulah antara nikmat yang Allah aturkan.
Percayalah..orang tua amat menghargai dan rasa disayangi. Tiada yang lebih bermakna bila melihat gembira di wajah tua mereka.
Isteri, ingatkan suami yang selalu lupa, selalu sibuk dengan tugas seharian akan tanggung jawab yang satu ini. Ingatkan juga tanggungjawab anak memberi sedikit wang sebagai saguhati ikut kemampuan tanda penghargaan melahir dan membesarkan kita. Sesekali membawa makanan atau membeli makanan kesukaannya. Bersabar dan melayan baik setiap kerenahnya... mendengar dgn penuh minat segala cerita pengalaman dan nasihat2nya..
Ibubapa kita tidak muda lagi..wang ringgit mungkin satu keperluan tetapi kurang penting buat mereka yang hidup mungkin tidak berapa lama lagi. Masa yang diluangkan bersama, adalah lebih berkualiti dan dapat menggembirakan mereka di waktu ini.
Jadi, buat semua...fikir-fikirkan, muhasabah diri, cuba tingkatkan kualiti diri..hidup di dunia hanya sementara, jangan cepat melenting dengan teguran..Jangan menyesal sebelum terlewat. Tidak rugi mencuba bukan?
No comments:
Post a Comment