Alhamdulillah, Aidil Adha tahun ni disambut dengan sederhana walau rianya tetap dirasa.
Ahad itu, mak dan 4 anak2nya beserta keluarga tiada dirumah kerana bercuti di Port Dickson, beraya di sanalah gamaknya krn akan pulang pada hari selasa.
Sham tidak senang duduk memikirkan apaknya yang keseorangan di malam raya. Jadi selepas merendang daging dan menanak pulut.. malam itu, lepas isya' kami berkemas2 untuk ke Pantai Dalam, menemani apak di malam raya.
Danish & Sarah amat teruja. Dlm 11++ pm, Naza tiba dgn Mamat n Tasya. Alhamdulillah..
Tasha sibuk memasak ayam pedas, Naza pula dgn nasi minyak dan juga rendang dagingnya. Walau menu sama rasa tetap berbeza.
Bermaafan dan menjamu selera selepas solat raya adalah satu kemestian dan antara momen yang dinanti2kan. Kak Aishah yang rupa2nya bercuti, tiba tidak lama kemudian diikuti Eda sekeluarga. Alhamdulillah...
Tengahari beransur untuk ke Seremban menziarahi pusara arwah mak & abah. Terkesan pula di hati dgn kata2 apak kepada Sham yang sebak & amat terharu dgn kata2 apak kpdnya. Walau sedikit yang kita rasa, besar makna bg mereka. Alhamdulillah..in shaa Allah, sesibuk mana pun akan kami luangkan masa...
Alhamdulillah sempat menghadiahkan yasin beramai2, sebelum ke rumah Alang. Pesanan buat anak-anak, seringlah kunjungi, ziarahi kami apabila kami tiada nanti..doa anak2 yang soleh, moga mampu membantu ibubapa di alam sana.
Rendang ayam, lontong dan sambal bilis antara menu istimewanya..sedap bangat sambal bilis Alang..
Terus ke rumah baru Nora di Sendayan. Malam tu, tidur di rumah Nora, sembang x abis2..maklumlah sesekali berjumpa. Ayam kicap Nora laris sekali ...
Selepas sarapan keesokannya, bersiap untuk ke KL kerana Sham harus menghadiri meeting pd 3 pm di pejabat. Sempat singgah di PD menjenguk mak dan yang lain..yang jaraknya cuma 15 min ke 20 min sahaja dr umah Nora.
No comments:
Post a Comment