Entah kenapa terlupa entri raya tahun ni.
Ramadhan yang amat dirindui berlalu, syawal disambut dengan ria.. Ramadhan yang amat sederhana dan seperti biasa bulan yang ditunggu2 oleh Danish...lesen besar tuk ke masjid, bermain dan bertawarih katanyer. Semoga Allah menerima segala amalan yang serba kekurangan...!.ketiadaan Iman krn melanjutkan pelajaran mengurangkan lg kemeriahan..
Seperti biasa, selepas solat sunat Aidilfitri, menjamah sedikit lemang dgn rendang daging yang dibuat petang semlmnya..bersiap untuk ke Pantai Dalam.
Tiba, ramai yang sudah ada di sana. Seronok berkumpul sesekali, bersembang reramai...memang sukar untuk dihimpunkan sekali kecuali alasan yang 1 ni..itupun ada yang tak berjumpa juga..
Menu istimewa Naza...nasi pelangi, rendang daging dan laksa menjadi santapan.
Tapi entah macam mana tak ada langsung gambar raya di sana tahun ni..ish..jenuh mencari warna baju yang sedondon katanyer walau last minute...
Berkesempatan berkunjung ke rumah Aida, Kak Sab & Angah dan Nazri pada raya ke 2,.berjumpa dgn 2, 3 ibu saudara di rumah dan terserempak di jalanan dan menziarahi kubur kedua orang tua. Mohon maaf pada kakak2 dan adik ..yang tidak berkesempatan ke sana disebabkan kekangan masa.
Walaupun begitu Aidilfitri 2016 tetap mewarna dan mencipta momen2 indahnya yang tersendiri...semoga silaturahim dan ukhwah yang terjalin berkekalan hingga ke jannah.
Kunjungan adik beradik ke rumah pada Sabtu itu kecuali Hafiz memang amat dinanti2. Tiba, agak lewat petang kerana rombongan cik kiah singgah banyak rumah sebelum sampai di Sg buloh..he he..
No comments:
Post a Comment