Tuesday, November 22, 2016

Jalan-jalan di Kota Kinabalu, Sabah (10)

Tiba di hotel, 4 bff ke kolam renang sementara yang lain2 mandi dan bersiap. 12.30 check out, sempat membeli ikan bilis dan udang kering untuk dibawa pulang. Sempat juga menambah 1 atau 2 cenderahati.

Lunch hari tu di kedai yang disyorkan oleh Nizam. Sedap dan harga juga amat berpatutan. Nasi ayam buat Akim dan Dina, Nasi Ayam Penyek dikongsi dengan Danish, Nasi Ayam Tagallang buat Iman, Nasi goreng Lalap buat Nizam, Shasha dgn mi gorengnya, Danial dgn soto dan Sham n Aida, nasi dgn ikan bakar, Haikal..x ingat pula. Beserta air kesemuanya dlm RM100. Alhamdulillah..

Masjid Terapung

Terus ke Masjid Terapung untuk qasar dan jamak  zuhur dan asar. Berbeza dengan di Penang yang dikelilingi air laut, di sini ia dikelilingi tasik buatan. Ktnyer ada bahagian yang hampir sama dgn Masjid Nabawi di Madinah. Alhamdulillah..memang berhajat sangat  merasai bersolat di sini..  Allahuakbar..

Pantai Tanjung Aru

Pantai Tanjung Aru merupakan antara destinasi pelancong yang berkunjung di KK.  Menikmati matahari terbenam memang mengasyikkan. Sempat membeli jagung, kek dan minuman sebagai pelapik perut.

Taman Perdana, Sabah.

Katanya disini terdapat air pancuran berirama, dgn.lampu yang berwarna-warni. Tasik yang terbentang di hadapan memang menenangkan dengan bangau/flamingo yang mengintip, mengikut gerak ikan yang terdapat di dalam tasik untuk dijadikan mangsa.

Kami tidak menunggu lama kerana air pancuran itu dijadualkan pada 7pm ke 9 pm..  perlu ke lapangan terbang, flight dijadualkan berlepas 9.45 pm. Sempat singgah membeli kfc dan makan di airport sebelum melalui imegresen.

Jamak n qasar maghrib dan isya di airport,  sebelum ke boarding area.
Alhamdulillah..selamat tiba di klia 2.
Tiba di rumah hampir jam 3 am...zzzzz


Di sebelah kanan, Masjidil haram di mekah. Tiada pula gambar masjid Nabawi di dalam simpanan.
Akim n Danish sempat welfie
Sarah dan Dina di Tanjung Aru
Sunset di Tanjung A
senja nan merah

Jalan-jalan di Kota Kinabalu, Sabah (9)

Snorkeling di Pulau Sapi

Seawal 7.30 am dah bergerak untuk ke kawasan jeti. Sebenarnya 3 pulau yang sering dikunjungi pengunjung untuk snorkeling selain Pulau Sapi, iaitu Pulau Manukan dan Pulau

Anak-anak amat teruja terutama Sarah, Danish, Akim dan Dina. Plan yang tertangguh dari hari pertama kerana keadaan dan waktu yang tidak mengizinkan. Sham berjaya membuat personal booking sebuah bot untuk kami yang seramai 12 orang. Rm480 sebuah bot termasuk alat snorkeling.... alhamdulillah. Kelebihannya kami boleh  pergi lebih awal kerana paling lewat 10.45 am harus pulang untuk check out. Jika menaiki perkhidmatan feri, bermula 9 am hingga 4 pm dari pulau.

Perjalanan selama 15 ke 20 min sahaja. Kami yang pertama tiba,  memilih bangku dan meja kayu di bawah pokok untuk meletak barang2.

Maka bermulalah perjalanan dan pengalaman manis kami :

1. Akim yang cuba menyesuaikan diri dgn alat di bahagian mulut dan bernafas dgn cara yang betul. Sesekali patah2 perkataan akan keluar dari mulut kecilnya "ish..alat ni busuklah..dah masuk mulut orang lain.."  he he. 3 atau 4 kali mengulang ayat yang sama, hingga babahnya bersuara, "dah sterilized dah benda ni..." baru dia diam dan si bff@ danish sibuk mengajar bersnorkeling.

2.  Dina mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri diajar uminya. Sukar baginya memasukkan alat ke dalam mulut dan bernafas melaluinya. Air pula kerap masuk di bahagian mata. Selepas diketatkan, air tidak masuk lagi. Akhirnya berkat usahanya yang bersungguh, dia berjaya! Dan terus hilang, snorkeling dengan Sarah..

3.   Shasha tiba-tiba naik ke pantai kerana terasa sakit di bibir bekas jahitan krn menggunakan alat snorkeling untuk tempoh yang agak lama.

4.   Roti yang dibawa cuma 2 bungkus.. dimakan dengan tuna..kerana sham x confident nak beli jenis2 yang lain..takut x halal. Yang tinggal cuma 2 bungkus. Sorang sikitlah jawabnya..mujur iman membawa buah-buahan yang di beli di pasar.

5.  Ha ha..nak gelak dulu ni...
Awalnya, memang plan cuma 2 ke 3 jam shj..tapi bila nk balik semua liat..terutama Nizam..he he. Siap jd trainer lagi untuk isteri kesayangan. Yalah..dah terer..he he
Jenuh Sham duk suh cepat, mengerah semua orang sebab bot dah sampai dan takut terlewat...

Monday, November 21, 2016

Jalan-jalan di Kota Kinabalu, Sabah (8)

Check in di Marina Cove, Kota Kinabalu, Sabah sudah lewat petang. Apartment berkonsepkan 3 bilik - 2 queen bed dan 1 bilik,  2 single  bed dengan harga yang amat berpatutan, RM300 semalam. Bilik bersih dan perabut yang terjaga. Dari balkoni kelihatan kapal dan bot yang berlabuh di laut yang biru. Segar dan nyaman..

Danish, Akim n Sarah sempat mandi sebentar di kolam renang ditemani ayahnya. Usai jamak dan qasar maghrib & isya', bersiap untuk ke Pasar Philiphines dan makan malam.

Berjalan beramai2 di sepanjang waterfront  hingga tiba di pasar. Ikan bilis, udang kering dan ikan kering banyak dijual di sini dengan harga yang murah dr di Semenanjung.

Terjumpa pula pomade (gel rambut yg popular terkini)..apalagi..akim n Danish..memang dah lama diidamkan..murah pula di sini..cuma RM10 setin yang selalunya berharga Rm35 ke Rm50....borong sorang 2 tin..

Pasar Philipines memang banyak menjual mutiara. Gelang, cincin, subang, brooch..dijual dgn harga yang murah dan banyak pilihan. Mutiara terbahagi kepada 2 iaitu air tawar dan air masin. Air tawar selalunya mutiara yang diternak manakala air masin yang terdapat di dalam laut..sudah tentulah air laut lebih mahal. Tapi memandangkan membeli untuk diri sendiri dan sedikit untuk kakak2 dan.mak mentua sebagai cenderahati, banyak yang dibeli air tawar sahaja..itupun dah cukup cantik sebagai perhiasan.

Tapi yang x bestnya..sibuk nak memilih, sekejap2 akim dan danish sibuk datang suh cepat kata dah lapar. Itu belum suami masing2 yang datang dgn muka yang x payah nak diterangkan..he he
Kena redho beli dalam.masa tak sampai sejam...ish ish.

Berjalan lagi di sekitar. Nizam yang dah 2/3 kali ke KK kerana bertugas mencadangkan berjalan ke atas lagi kalau nk makan seafood kerana di situ agak kotor..takut sakit perut pula.

Memang benar terdapat 1 kawasan yang bersih..gerai2 di situ semua menjual makanan seafood. Terdapat gerai makanan halal, x ingat apa nama gerainya. Sham membuat pesanan, yang lain redho je sebab semua dah lapar..

Ikan masam manis, udang telur masin, kangkung belacan dan 2 pinggan besar sotong butter. Portion setiap hidangan besar dan berlebih sebenarnya, nasib siapa yang larat meratah perlahan2.... habis juga akhirnya, itu belum air dan jus yang dipesan. Memang enak dan amat direkomen makan di sini.(nanti akan cuba dapatkan info ttg gerai). Harganya pun murah..jauh lebih murah dari bajet (bajet RM300) ..cuma RM200... alhamdulillah..

Balik..berjalan ke hotel, masing2 dah penat. Tambah2 danish yang sudah tertidur waktu makan..dan sedikit merengek sambil berjalan...aduii..he he

Tiba, walau penat, tetapi hati puas. Sibuk pula mengemas kerana pagi2 esok plannyer ke Pulau Sapi untuk snorkeling. Pukul 12 check out, takut terlewat tiba di hotel..kelam kabut pula nanti.

Pemandangan dari balkoni apartment
gambar yang sempat disnap shasha..semua dah lapar

Jalan-jalan di Kota Kinabalu, Sabah (7)

Muzium Sabah

Terletak di Jalan Kebajikan off Jalan Penampang, lebih kurang 4 km dari pekan Kota Kinabalu. Besar juga bangunannya, 3 tingkat. Boleh menaiki bas no 13 dengan tambang RM1 (sehala:) atau menaiki teksi RM10 (sehala).

Bangunan Utama

Rekabentuk bangunan utama direka berkonsepkan Rumah Panjang Rungus merangkumi "Ethnograpy , Natural History Ceramics, Archaeology and History Galleries" yang menunjuk  dan membuktikan kekayaan dan kepelbagaian kebudayaan dan sejarah   Sabah. Bangunan Utama juga merupakan dewan untuk tujuan pameran2 sementara

Tiket masuk- RM 2.00 warganegara

                    - RM15.00 bukan warganegara

Warganegara sahaja: 

Pelajar beruniform - Percuma

Tetamu kurang upaya - Percuma

Warga Emas & Pemandu Teksi - Percuma

Waktu Operasi - 9.00 am ke 5 pm


Kampung Warisan

Tiba, kaunter telah ditutup. Tiket masuk ialah RM5 seorang. Memandangkan tiada petugas di kaunter, kami terus masuk diikuti sepasang warga Jepun. Cuma ada 1 atau 2 sahaja gerai menjual cenderahati yang masih dibuka. 

Di sini terdapat banyak rumah2 contoh warisan Sabah seperi rumah panjang muluk, rumah panjang iban dan sebagainya. Di dalam rumah panjang terdapat banyak bilik2 kecil yang terdapat pangkin untuk tidur, dan tempat memasak. Setiap bilik kecil dihuni oleh sebuah keluarga. Ada juga terdapat rumah buluh dan rumah yang dipenuhi tengkorak bergantungan di bumbung.

Jalan-jalan di Kota Kinabalu, Sabah -(6)

Aquarium, Universiti Malaysia Sabah           

Singgah makan sebelum meneruskan   perjalanan ke UMS. Dikenakan bayaran Rm5 seorang dan percuma untuk 17 tahun ke bawah kalau x silap. Terletak di dalam  kawasan UMS, di tepi laut. Sebaik masuk di   pintu utama, tertarik dgn senireka yang kreatif. Pengunjung terasa seolah-olah berada di dasar laut.

Di dalam turut tersedia bilik penerangan dengan video tersedia terpasang, maklumat tentang sejarah aquarium. Di satu sudut terdapat berbagai jenis dan warna tapak sulaiman dan pengunjung dibenarkan memegangnya dengan perlahan.

Sarah dan Dina tidak melepaskan peluang untuk memegang Tapak Sulaiman
Senireka yang kreatif dan mengagumkan

Iman berada di dasar laut...