Sunday, May 7, 2017

Ho Chi Minh City, Vietnam 2017 (2)

29 April 2017


Sg Mekong

Breakfast seawal 7 am (8 am waktu Msia). Roti dgn butter, buah2an telur rebus dan tentunya kopi..yang paling selamat untuk dimakan.

8.30 am transport tiba, bersama dgn 5 orang lain bertolak ke Sg Mekong. Jam teruk menyebabkan tiba lewat dr kebiasaan yg memakan masa dlm 2 jam.lebih.

Terus ke bot yang disediakan utk ke pulau. Terasa segar bila menyedut air kelapa disediakan buat semua. Hentian pertama adalah kilang membuat gula2 kelapa. Pemandu pelancong menerangkan segala proses yang berkaitan.

Tiba2 hujan lebat pula. Tetap meneruskan perjalanan dgn memakai baju hujan. Seorang tua berbangsa vietnam dengan ular sawa besar yang telah dibuang bisanya membuatkan semua teruja dan mengambil peluang untuk bergambar...ish..idok le teman..geli beno rasenye...he he

Berjalan di dalam hujan di bawah pokok2 lebihkurang 100 m, rupa2nya kereta2 kuda telah sedia menanti. Malas nk berpecah, kami sumbat juga semua di dalam sebuah kereta. Sarah siap minta maaf dkt kuda sbb muatan agak beratt..he he

Selepas melalui pekan, sampi ke penghujung..berjalan dalam 50 meter, bot sudah sedia menunggu...10 minit di dlm bot, tiba di tempat hasil ternakan lebah. teh o disediakan. Semua diberi untuk mencuba royal jelly dan madu, dijual juga royal jelly dgn harga RM44 sebotol kecil.

Menaiki bot semula dan dibawa ke tempat warga vietnam mencari rezeki dgn menghibur pelancong dgn menyanyi menggunakan alat muzik tradisional. Buah2an dan minuman dihidang sambil bakul2 kecil bg sesiapa yg ingin menderma diedarkan.

Berjalan sejauh lebih kurang 80m untuk.menaiki sampan yg dikendalikan oleh  2 org, seorang perempuan tua dihadapan dan pemuda di bhagian belakang. Inilah pengalaman yang wajib sebenarnya bg pelancong yg berkunjung  ke vietnam.  Berkayuh sejauh 2 km, tiba di bot yang telah sedia menunggu untuk membawa kami ke sebuah restoran makanan halal.

Makanan telah diubahsuai rasanya ikut selera Malaysia. Udang, ikan masak sos , taugeh, sup antara menunya. Sempat solat di surau yg disediakan. Pertama kali dtg lebih kurang 5 taun lepas..tiada makanan halal disediakan..cuma vegetarian bg yg muslim..sekarang semakin maju dan kemudahan untuk yg beragama islam diutamakan. Merupakan destinasi terakhir sebelum menaiki bot semula untuk ke jeti sebelum pulang ke hotel.

Monday, May 1, 2017

Family Trip to Ho chi minh city, Vietnam 2017

28 April 2017

Alhamdulillah...

Sekali lagi tiba di sini, kali ini sekeluarga, secara kebetulan Airasia sedang mengadakan promosi..lebihkurang RM300 seorang pergi balik, alhamdulillah..

4.30 am sudah bergerak ke KLIA2 memandangkan flight dijadualkan 7.15 am. Sempat solat subuh sebelum ke boarding area, agak kelam kabut..memang pun merupakan penumpang terakhir yang tiba..

Menaiki teksi ke Hotel Thanh Long Tan  yang terletak di sekitar Ben thanh Market dgn tambang lebihkurang 120,000 dong. Alhamdulillah dibenarkan check in awal kira2 10 am waktu Vietnam (11 am waktu Malaysia).

Berehat sebentar sebelum ke Restoran halal berhampiran untuk lunch. Sempat singgah di 7 eleven membeli stok minuman hingga malam. Berjalan di sekitar pada sebelah petang, melihat2.

Malamnya, selepas dinner maka bermulalah agenda shoppingggg..he he
Telekung kiriman Aida dan diri sendiri,  menggantikan yang sedia ada yang sudah uzur, tudung neelorfar..melihat2 juga jika ade  kurung yang menarik untuk anak2, alang dan kakak. Walau penat, Danish masih mahu ke pasar malam di area Ben tharn..

Esok, plannya ke Sg Mekong seharian...in shaa Allah mlm esok masih sempat membeli ...x puas memilih dlm.masa yg singkat. Sarah  dan Danish sibuk menapau kopi ais dan kebab halal yang dijual warga tempatan dgn menaiki motosikal. Kopi Vietnam merupakan antara yang berkualiti di dunia. Memang ummpphh..


Subhanallah..Indah sungguh ciptaan Allah..
Bumi Vietnam dr udara
Kepadatan penduduk yg tinggi..

Tuesday, March 14, 2017

Selamat Melayari Bahtera Berumahtangga - Emma & Aliff

4.3.2017

Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat Angah Azi dan Kak Sab diatas pernikahan anak kedua mereka,  Emma dengan jejaka pilihan hatinya, Aliff.

Pernikahan dijadualkan berlangsung pada 9.30 pagi di surau berhampiran di Danau Kota.

Tiba tepat 8 am di rumah Angah Azie, sebelum Sham ke klas di UUM, KL. Cantik Emma yang sedang disolek dan diandam jurumekap.

Tiba di surau, Alang, Nora dan Aida sedang bersarapan. Pihak lelaki pun dah tiba sejak 9 am lagi. Nazri, Hafiz dan Along tiba tidak lama kemudian

Dengan sekali lafaz, Emma menjadi halal bagi Aliff, alhamdulillah..
Jam 10.55 bergegas ke dewan kerana tetamu jemputan bermula 11 am. Allahuakbar..

Meja dikaunter kosong menandakan  belum ada sebarang persiapan, bunga telur atau goodies. Jam menunjukkan 11.10 minit dan tetamu sudah mula hadir. Disinilah indahnya silaturahim dan bidan terjun...walaupun tiada briefing yang dibuat..he he

Walaupun ada juga yang tidak berani nak memulakan, keputusan harus dibuat segera. Semua bekerja dengan pantas mengeluarkan barang2 dari bilik Vip dan menyusunnya di atas meja walau masih samar-samar dengan agihan hadiah. Alhamdulillah semuanya lancar...

Selamat Pengantin baru Emma n Aliff.
Semoga dengan penyatuan ini akan menghasilkan generasi yang soleh dan berilmu. Moga kehidupan baru kalian sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang yang berkekalan oleh Allah swt.

Perkahwinan bukanlah suatu pengakhiran indah sebuah percintaan tetapi merupakan suatu perjalanan yang baru bermula yang penuh dengan rasa tanggungjawab, toleransi dan tahap kesabaran yang tinggi!! Bukan seperti yang selalu kita bayangkan yang terdapat dalam novel-novel dan drama swasta di tv...

Jom kita nikmati gambar-gambar di bawah :


Monday, March 13, 2017

Bangkok Feb 2017 (3)

Pada sebelah malamnya sempat ke Pasar Malam yang terletak kira-kira 20 minit berjalan kaki. Kurus akak kalau duk sini lelama sbb memang banyak berjalan..he he

Deretan kedai2 dan gerai2 yang banyak membuatkan pening juga nak mula dari mana...akhirnya bff ke bahagian makanan dulu..dan agak terkejut kerana banyak gerai menjual makanan halal. Tomyam poktek menjadi pilihan menu kali ini.

Terdapat pula galeri barangan dan kenderaan antik, apa lagi, peluang jgn dilepaskan..he he..

Sampai di hotel agak lewat, selepas membersihkan diri dan bersolat, takut pula kalau tertidur kerana flight dijadualkan 6.30 am, bermakna harus checkout 4.30 am camtu..kalau terlajak, alangkah...

Alhamdulillah..segalanya lancar as plan..sempat solat subuh di  airport (subuh masuk dlm 5.20) sebelum berlepas ke boarding area...

Elvis Presley di kaunter..he he
Tom yam poktek menu malam itu.

Tuesday, February 21, 2017

Bangkok Feb 2017 (2)

18 Feb 2017

Pagi ni memang x de plan ke mana pun. Subuh di sini awal sejam dari Malaysia, 5.12 am camtu...
Lepas subuh cuma brsantai sambil menonton tv. Dalam 8 am kami keluar menaiki uber ke stesen tren Ho Myat. Di sini sistem pengangkutan uber digunakan secara meluas juga dan lebih mudah dr teksi kerana mudah dijejaki dan lebih efisyen. Dikenakan tambang sebyk bht 85 (dlm rm9 ++)

Menaiki  dari ARL  stesen  Hua Mak ke  Pratunam, dikenakan sebnyak bht25  seorang sahaja.

Berjalan melihat kawasan yang terkenal dgn jualan secara borong...sempat membeli sehelai 2 buat kenangan. Memandangkan x sempat breakfast..tercari2 juga jika terdapat gerai menjual mknn halal. Akhirnya terjumpa juga walau agak tersorok...alhamdulillah

Pulang, singgah pula di Sentral Square yg terletak berhampiran hotel. Dari situ berjalan sahaja ke hotel..sham singgah pula makan mi sup di gerai halal berhampiran hotel.

Di stesen bts. Kelihatan dr jauh masjid menandakan ramai penduduk yg beragama islam di kawasan sekitar.

Sedang menggoreng nasi yang dipesan..siap boleh cakap kelantan lg...

Keadaan di sekitar gerai, bersebelahan dgn gerai tidak halal...kena tahanlah...

mi sup di bangkok..rasanya x boleh lawan vietnam punya...
Bukan gadis Thai tu yang nak dihighlight ya..nampak x dekat papan tanda tu..logo halalnya..

jangan jeles...hati berbunga2 je..he he

Friday, February 17, 2017

Bangkok Feb 2017


17 Feb 2017

Ke sini lagi untuk yang ke sekian kalinya. kali ini tidak ke tengah town seperti selalu, berada agak di pinggir bandar lebih kurang seperti di One Utama Damansara dengan KL, dengan alasan lebih dekat ke office..10 minit perjalanan sahaja jika menaiki teksi.

Tujuan utama seperti biasa untuk menemani che suami yg bertugas yang kala ini berada di Pattaya bersama rakan dr cawangan bangkok menghadiri kursus.

Penat menonton tv (yang adakalanya movie Inggeris pun bercakap dalam bahasa Thai dan tiada sarikata), akhirnya duduk di balkoni menulis sambil menikmati pemandangan kolam renang yang aman dan damai...Alhamdulillah..

pemandangan malam dari tingkat 8
Good morning, Bangkok !
unik..di bahagian tengah cafe terdapat buaian menggantikan kerusi
Lunch ari ni..hot chocolate yg berharga bht70.lebih kurang Rm8 ...seb baik ade bun bilis sebagai pengalas perut...he he
hias dalaman cafe agak menarik
Alhamdulillahh...