Monday, December 27, 2010

Happy Birthday Opah



Assalamualaikum..

Cuti Krismas yang lepas sempat ke Port Dickson dengan Ibu mentua, Naza & family dan Zaidi & family. Kebetulan hari tu adalah harijadi Mak, Shasha dan Iman sempat membuat coklat buat Opah mereka. Lihatlah hasil kreativiti diorang nih...






Malam tu sempat keluar dengan mak, ke town, dengan alasan mak nak beli buah...he he he, buah ke mana, kitorang yang keluar ni, sempat la pulak menjamu selera dengan sate & lain-lain lagi...he he he...




Happy Birthday, Opah...kami doakan agar sentiasa diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki sentiasa dan agar Opah diberkati Allah sentiasa...juga semua yang terbaik buat kita semua...Amin!!

Monday, December 13, 2010

Renungan - Kisah Sebabak

Babak 1

Satu hari aku yang sedang sibuk melipat baju yang bertimbun-timbun tu didatangi Danish lalu berkata, " Mama, mama tau tak apa yang Danish fikir sekarang?" "Tak, apa yang Danish fikir?" balasku. " Tak fikir apa-apa pun..." jawabnya lalu berlalu menghampiri kakaknya yang sedang asyik menonton TV.

Aku sekadar terkebil-kebil sambil memerhati tingkahnya. Apa ke halnya ni...ish ish ish...confuse aku dibuatnya....


Babak 2

Ni kisah sebabak juga...

Lokasi : Rumah Alang, Seremban

Masa : Di waktu petang, di serambi rumahnya.

Kelihatan 3 beradik sedang asyik bersembang, tak habis-habis, dari satu topik ke satu topik yang lain. Nampak dari jauh memang menarik apa yang dibincangkan tu. Mereka di kelilingi 4 atau 5 anak-anak yang agak besar, turut mendengar celoteh ibu & ibu saudara mereka. Tiba-tiba Sarah bersuara, " mama, ada monyet..." sambil menunjuk ke arah pokok mangga yang berada tidak jauh dari kami. Pokok mangga ni ditanam oleh abang iparku sendiri..dan dah berapa kali berbuah menurut kakakku...cuma time kitorang pergi, tak pernah lah pula nak berbuah...he he he.

Maka semua mata tertumpu ke arah pokok tersebut...

Kelihatan Kak Teh (Anak alang yang berumur 9 tahun) sedang berdiri memanjat pokok tersebut sambil tersengih lebar. Riuh rendah dibuatnya dengan gelak ketawa petang itu. Sarah, Sarah...nasib baik Mak Lang tak marah tau...tapi memang menurut Alang, kekadang tu sesat gak monyet kat atas pokok tu...

Babak 3

Lokasi : Rumah

Masa : Maghrib

Kelihatan seisi keluarga sedang berjemaah maghrib. Danish yang sedang menonton TV di suruh perlahankan suara TV...Shasha yang secara kebetulan agak terlewat, sempat berjemaah bila masuk rakaat yang ke 2. Usai memberi salam, Shasha turut memberi salam, lalu ditegur oleh ayahnya. "Shasha, next time, kalau lewat, lepas orang bagi salam, berdiri semula, habiskan lagi satu rakaat tuh..." Maka, Shasha pun terus berdiri untuk menghabiskan rakaat yang ke 3 tuh???? He he he

Tuesday, December 7, 2010

Salam buat semua,

Berkesempatan ke Seremban baru-baru ni, berkunjung ke rumah kakakku yang ketiga, Kak Lang di Taman orkid, Seremban. Sempat bermalam di sana. Anak-anak seronok kerana dah lama tak berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka. Yalah, akhir sekali jumpa masa Raya hari tu. Pada sebelah malamnya sempat membawa anak-anak ke funfair yang terletak bersebelahan dengan Giant.

Aidil fitri yang lepas di rumah Alang. Alang yang bertudung hijau dan yg berkemeja gelap kat belakang tu adalah suaminya, Abang Nizam. Yang bertudung putih tu adindaku Nora manakala di sebelahnya anak sulung Alang yang berumur 16 tahun, Nadia.

Nadia di kanan sekali bersebelahan 2 orang mak saudaranya...dah lawan tokeh nampak...
Yang berbaju coklat kat belakang tu, Nazmi, anak ke 2 Alang yang berumur 15 tahun, merupakan kawan baik Danial..senang citer, dorang ni memang close sejak dari kecil lagi...serasi sungguh...

Nadia ni merupakan pembantu yang amat cekap kepada Alang dalam menguruskan rumahtangga...malah boleh dijadikan calon menantu yang amat sesuailah ....he he he

Shasha & Iman


Danial & Ami


terserempak pula dengan sepupu, Kak Lang, sempat bertanya khabar

Esoknya bersembang dengan Alang & Nora, tak habis-habis. Topik yang dibincangkan amat menarik, tentang kisah kitorang masa kecil-kecil dulu & tentang lelaki le, apa lagi. Membuatkan ku terfikir, manusia ni memang tak pernah puas...suka mengambil kesempatan. Jarang yang akan bersyukur dengan setiap anugerah yang Allah limpahi...sentiasa rasa tidak cukup...hmm...
Semoga kita dijauhi dari benda-benda camni..Amin!

Wednesday, November 24, 2010






Salam buat semua...

Cuti sekolah baru aje bermula..bermakna bermulalah episod buat ibubapa dengan ragam anak-anak di rumah. Biasalah diorang ni bila dah berkumpul reramai nie..macam-macam perangai, time baik tu baik sangat, yang tak tahan time bergaduh tuh..Rumah apatah lagi, kemas sekejap aje, dah bersepah semula..

Baru-baru ni, berkesempatan ke Tiara Beach resort di Port Dickson dengan Aida & family sempena cuti sekolah. Secara kebetulan Aida mempunyai kawan di TV3 yang menyewakan apartment 2 biliknya dengan harga yang amat berpatutan. Jadi ke situlah destinasi kami pada awal cuti sekolah yang lalu.

Plannya, pagi-pagi lagi nak bertolak, tapi beberapa hari sebelumnya, Shasha datang menghampiriku sambil berkata "Mama...kalau kita bertolak pergi PD tu pukul 1 tengahari boleh tak?" "Kenapa?" soalku. "Hari Sabtu ni kita kena gi sekolah, ada anugerah cemerlang..mama ngan Ayah pun cikgu suh datang.."tambahnya lagi." Kalau camtu, takpalah..." sahutku..Alhamdulillah..mana mungkin aku akan melepaskan salah satu hari pentingnya hanya kerana nak berjalan...biar betul..

Pagi Sabtu tu seawal 8 pagi, aku dah tiba di sekolah. Rupa-rupanya dah penuh kerusi yang disediakan di bawah khemah. Punyalah ramai orang hingga ada yang terpaksa berdiri. Danish yang menemaniku sibuk bertanyakan Kak Shashanya yang ditempatkan di tempat menunggu untuk murid-murid yang terlibat.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengetua, Pengerusi PIBG dan dirasmikan oleh jemputan VIP. Selepas itu dimulai dengan penyerahan sijil & hadiah bagi murid yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR yang baru aje berlalu. Diikuti dengan penyerahan sijil bagi pra sekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan seterusnya. hui...lama sungguh nak tunggu giliran Shasha yang berada d Tahun 4. Acara diselang-selikan dengan pertunjukan pentas seperti drama musikal, permainan kompang dan sebagainya. Paling membanggakanku, salah seorang tokoh yang terpilih telah mewakili permainan chess sehingga ke peringkat antarabangsa seperti di Cina, Vietnam dan sebagainya...

Pulang, sempat mengusik Shasha, " Tak teringin ke 2 tahun lagi Shasha pakai jubah & topi macam UPSR student tu?" Shasha cuma tersengih panjang. Mama doakan agar Shasha sentiasa berjaya di dunia dan akhirat, tapi kalau nak sesuatu tu usaha kena kuat sikitlah...




Balik, kitorang pun bertolak ke PD.

Tiara Beach Resort ni rupanya amat disukai kerana konsep waterparknya. Ala-ala Sunway Lagoon smalller version gitu....he he he.



Haikal & Dina

Sarah & Dina

Entah apa yang dibualkan dua beradik nie..

Lepas makan malam, ingat nak tengok movie yang disediakan..rupa-rupanya kitorang terlewat...dah habis

Seronok sungguh anak-anakku bila bertemu dengan sepupu2 mereka yang kecil & auntie favourite diorang tuh...mandi sampai semua dah gelap, especially Iman & Shasha..sampai bahagian belakang & muka diorang hingga kini terasa perit akibat terlalu lama mandi di tengah panas & tak memakai sun block terlebih dahulu..




p/s- gambar Shasha nantilah saya uploadkan..

Monday, November 8, 2010

Tahun 2010 hampir ke penghujung. Azam tahun baru? Masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. 2011..dengan lebih tanggungjawab yang perlu dipikul dan digalas jika perancangan yang dibuat berjalan dengan lancar. Semoga Allah mempermudah serta melancarkan segala yang perlu kulalui.

Semoga Allah sentiasa memberi kesabaran pada kami untuk meneruskan kehidupan di bumi ini. Kesabaran dalam mendidik anak-anak supaya menjadi anak-anak yang soleh dan berjaya di dunia & akhirat. Adakala mungkin kita tersasar..kesilapan itu adalah atas kelemahan diri sendiri..semoga Allah memberi ketabahan, kesabaran yang tinggi buat kami demi merealisasikan impian & harapan yang murni ini.

Cerita anak-anak memang tak habis-habis...ragam, asam garam yang pelbagai. Hari ini lain, esok mungkin tak sama.

Sekarang tentu semua ibubapa sedang sibuk menyediakan segala alat kelengkapan sekolah buat anak-anak. Mana nak beli baju sekolah, sekolah agama, beg sekolah, kasut sekolah, buku tulis, stationery dan lain-lain lagi. Itu belum yuran, registration fee dan macam-macam lagilah. Itulah tanggungjawab dan pengorbanan yang perlu kita lakukan demi anak-anak yang tercinta. Semoga pengorbanan kita ini akan mereka ingat sampai bila-bila...bukan balasan yang kita minta, cuma ingatan, kesedaran pada mereka untuk lebih menghargai pengorbanan ibubapa dalam membesarkan anak-anak. Supaya mereka sedar akan tanggungjawab yang perlu pula mereka lakukan untuk diri mereka sendiri khasnya dan ibubapa amnya. Belajar sehingga ke peringkat tertinggi yang mampu..demi masa depan.


Mengimbas kembali zaman persekolahanku sendiri dahulu membuatkanku cukup terharu dengan pemgorbanan kedua ibubapa. Membesarkan nak-anak yang seramai 8 orang bukan suatu perkara yang mudah. Arwah emak adalah seorang surirumah sepenuh masa manakala arwah abah yang dulunya bekas british army di Singapore yang telah bersara pada usia 30 an. Dan melalui zaman kemelesetan yang melanda Malaysia ketika itu. Selepas berusaha mencari kerja sepulangnya dari Singapore akhirnya berpeluang bekerja di Telekom sebagai driver.

Gaya hidup sebelum itu yang agak mewah terpaksa di adjust dengan cara hidup yang baru. Alhamdulillah berkat didikan ibubapa, kami anak-anak ini sentiasa mensyukuri setiap apa yang ada...tidak pandai berkeluh-kesah. Berapa sangatlah gaji sebagai driver pada masa itu...kami yang semakin membesar...seingatku, setiap bulan seguni bekalan beras yang perlu disediakan. Subhanallah...

Masihku ingat lagi, masa tu abangku yang ke2 diterima masuk ke ITM di Shah Alam. Betapa gembira dan bangganya kedua orang tua tu. Secara kebetulan emak dikurniakan sedikit kelebihan, apa yang dibuat InsyaAllah menjadi..ayam-ayam yang diternak pada mulanya secara suka-suka saja membiak dengan begitu banyak sekali. Jadi kami yang masa tu masih kecil, begitu seronok membantu menangkap ayam beramai-ramai (betul-betul macam cerita Lat, Budak Kampung yang disiarkan di TV) untuk dijual pada Apek yang akan menimbang berat ayam-ayam ni dengan dacing yang dibawa. Bila dingat-ingatkan kembali, dengan jumlah ayam dan duit yang diterima pada masa tu memang tak berbaloi...tapi sekurang-kurangnya dapat menambah-nambah untuk menampung serba sedikit perbelanjaan abangku tu nanti...

Alhamdulillah, sekarang anak-anak tidak perlu melalui apa yang telah kami lalui..Semoga urusan Allahyarham & Allahyarhamah sentiasa dipermudahkan di sana & moga mereka ditempatkan di tempat orang yang beriman dan beramal soleh...Amin!!

Sunday, November 7, 2010

Happy Birthday Sarah & Danial




Birthday Danial dan Sarah hari tu jatuh pada bulan November. Sarah 3hb November 2003 dan Danial 15hb November 1996. Genaplah unmur Danial 14 tahun dan Sarah 7 tahun pada bulan nie...just nak share gambar-gambar diorang...Mama sentiasa mendoakan agar kalian berjaya di dunia & akhirat, sentiasa diberkati & dilimpahi rahmatnya...Amin!!





Danish, seperti biasa, dia yang lebih...


Wednesday, November 3, 2010

Renungan Sejenak

Semalam, terpaksa balik menggunakan perkhidmatan komuter. Menaiki cab dari office di Jalan Klang Lama ke Mid Valley.

Setibanya di hentian komuter Mid Valley, tidak jauh dari tempat ku berdiri (tempat duduk semua dah penuh), kelihatan sebuah keluarga duduk di tempat yang disediakan. Aku yang mulanya memang tidak menghiraukan keadaan sekeliling, terpanggil untuk terus melihat aksi keluarga tersebut. Rasanya semua yang berada berhampiran juga melakukan perkara yang sama.

Keluarga ini mempunyai 6 orang anak yang masih kecil. Penampilan mereka, macam mana nak ku terangkan ya...anak-anak ini kelihatan amat comot dan rumusan yang kubuat, mereka ni mungkin orang susah yang datang dari kampung. Anak yang kecil sekali tidur di dalam stroller dalam keadaan telangkup..cuma memakai t-shirt dan pampers, tidak juga dikenakan seat-belt..yang serasa ku bila dia bergerak aje dikhuatiri terjatuh. Umur baby tu dalam 5 bulan. Ibu mereka bersaiz amat kecil & kurus manakala ayahnya pula agak tinggi dan gemuk. Beg haversack biru disandang di belakang dan sebuah beg beroda tidak jauh dari mereka.

Mungkin anak-anak itu mengikut ibu kerana semuanya bersaiz kecil. Anak-anak yang lagi 5 orang tu sibuk bergurau, malah anak yang ke 5, (berusia 3 thn, yang baru kuketahui kemudiannya) yang amatlah kecil saiz badannya (seperti Danish masa 1++ tahun) berlari ke sana sini, bermain lif dan sesekali menghala ke arah jalan tren. Seriau sungguh melihat keadaan ini. Ayahnya asyik membaca manakala ibu mereka mengambil sikap tidak acuh.

Tidak lama kemudian baby terjaga dan anak kedua (perempuan) segera mengangkat & mendukung adik kecilnya itu. Dia mendukung adiknya sambil berjalan ke sana ke mari. Ada satu ketika dia melepasi garisan kuning sambil menunduk untuk meninjau samada tren sudah tiba. Aku terjerit kecil masa tu..seriau sungguh rasanya, takut kedua-duanya jatuh ke landasan. Tidak lama kemudian tren pun tiba. Ibunya beratur di belakangku ambil tersenyum. "Saya sakit, tak boleh nak dukung anak" katanya lalu sibuk menyuruh anaknya yang sulung berumur 11 tahun untuk mendukung baby tersebut. Aku cuma mampu tersenyum mengangguk sambil berkata "ohh..." "Nak ke mana" tanyaku lagi. " Nak balik kampung di Perak, dari Ulu Langat...nak naik bas ekspress tak mampu..RM20.00 seorang..."

Tren tiba dan si Abang meluru masuk sebaik orang habis keluar. Aku yang berada di belakang si Abang yang mendukung baby dan adik perempuannya, tidak dapat membiarkan mereka begitu sahaja. Terpaksa juga meminta laluan dari orangramai untuk mereka dan secara kebetulan pula tren amat padat pada ketika itu, maklumlah..waktu orang habis bekerja. Alhamdulillah, terima kasih pada penumpang yang baik hati memberi tempat duduk pada mereka. Sebaik ibunya tiba aku bertanya mana suami & 2 anaknya. Rupa-rupanya, suami & 2 anaknya masih di stesen Mid valley kerana tren terlalu penuh dan mereka berjanji untuk berjumpa di stesen Putra. Kisahnya...

Kami bersembang. Dan ceritanya membuatkan ku termenung sejenak..
Rupanya mereka memang dari Ulu Langat, dan mungkin nak berhijrah ke kampung di Sg Siput atas masalah peribadi. "Itulah ni, nak balik ni pun, kawan-kawan bagi sorang 10/20 ringgit...tupun tak cukup lagi ni..tengoklah macam mana.." katanya sambil tersenyum. Maknanya mereka cuma bertawakal pada Allah ...
" Saya ni sakit.." Saya menyoal "sakit apa?" sambil memegang tangan baby yang sedang menyusu badan ibunya itu. "Tiroid dan asma.." ujarnya lalu menyelak tudung menunjukkan bengkak di leher.

Tidak lama kemudian tren tiba di stesen Putra..aku, sebelum itu berpesan berkali-kali pada si Abang supaya berhati-hati, dan si adik supaya memegang baju ibu & abang, jangan dilepas. Tapi, alhamdulillah..sesak pun..semua amat bekerjasama membantu keluarga ini. Lega bila nampak mereka berada di luar tren bersama dan sebelum tren berlalu aku sempat membalas lambaian ibu & anak-anaknya yang menunggu tren berikutnya pula yang membawa suami & 2 anaknya. Sungguh, betapa besarnya bagi mereka walaupun seringgit dua yang kita hulurkan. Mana tau, kalau tambang aje dah tak cukup..makan minum anak, apatah lagi...

MORAL OF THE STORY buat siapa yang tak berapa clear tu (u know who u are...he he he) ialah kita harus sentiasa bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala segala kurnianNya. Bagaimana jika kita ditempat mereka, mampukah kita menghadapinya. Tawakal jika kita ditimpa musibah, tetapi tentulah selepas habis daya usaha dan yang penting doa, doa & doa. Kerana bukankah agama islam sendiri menyeru agar umatnya berusaha, berdoa dan baru bertawakal kepada Allah. Tawakal bermakna penyerahan diri supaya Allah yang menentukan segalanya, tak perlu nak pening2 kepala pulak sampai stress bagai bila dilanda musibah. Ini, ada separuh orang, baru barang hilang sikit, dah tension giler, sampai menyusahkan orang lain...ish ish ish..Juga ada ketika mungkin kita akan susah, jadi jika berkesempatan, rajinlah bersedekah walaupun seringgit dua, bukan ke bersedekah amalan yang mulia..

Hmm...macam mana pula pendapat anda semua ya tentang keluarga itu ya?

Thursday, October 28, 2010

SUPERMAN

Suatu pagi dalam perjalanan ke office. Suamiku memandu sambil asyik mendengar lagu dari MP3 player yang dipasang. Sambil tu kami berbual-bual. Aku sibuk mencari cermin mata di dalam beg tangan. Kebetulan setelah lebih 10 tahun tidak memakai spec dengan alasan sakit kepala setiap kali memakai spec tersebut, akhirnya aku terpaksa akur. Power dah bertambah dengan silau yang agak tinggi...nak tak nak kena pakai...dan yang penting...dah buat mahal-mahal tu takkan tak pakai...he he he.

Suamiku yang sibuk berbual tu, menoleh ke arahku, sambil berkata, "Eh, tadi tak pakai, bila masa lak yang pakai ni. Tiba-tiba nampak lain. Patutlah Superman tu, perbezaannya cuma spec aje...memang nampak lain sangat..barulah faham kenapa sekarang..." sambil tersenyum-senyum.

Aku disamakannya dengan Superman.... biar betul..ish ish ish
Aku cuma mampu diam menahan segala rasa yang ada, sakit hati pun ada dan sebenarnya kelakar, tapi gelak dalam hati jele...he he he

P RAMLEE VRS MODEN

Perbualan ini diantara Sarah dengan Danish pada suatu malam yang sejahtera, betul-betul sebelum makan malam.

Sarah : Adik, tolong akak ambikkan air, letak kat dalam mangkuk. Akak nak basuh tangan.

Si adik ni pun menurut perintah. Sarah mencelupkan tangan ke dalam air lalu termenung beberapa saat (tengah dapat ilham lah tu...)

Sarah : Adik, duduk depan kakak sekejap.

Lalu si adik pun menurut, bersila di hadapan kakaknya.

Danish : Ada apa kak?

Sarah : Ok...wallet adik hilang,kan...cuba adik tengok dalam air ni...kalau adik tak nampak apa-apa, tu tandanya adik mulut becok..cuba adik tengok...adik nampak apa-apa tak?

Danish : Sambil melihat ke dalam mangkuk yang berisi air. " tak nampak pun..."

Sarah : Ayuk...mulut adik becok...

Lalu dengan segera Danish menjawab,

Danish : Eh, nampak, nampak....(sambil mengangguk-angguk kepala).

Lalu Sarah pun berlalu untuk makan dan Danish menghampiri mamanya (siapa lagi nak suap makan...aku le tu...he he he)

Aku yang berada berhampiran cuma ketawa dalam hati melihat perbualan pendek itu. Kelakar giler tu...nasib baik diorang tak gunakan perkataan macam petikan asal dalam cerita tu...anak luar nikah. Entah apa kena mengena yang dia terfikir perkataan becok tu, tak pastilah pulak.

Moral di sebalik cerita ni adalah, betapa, seniman Allahyarham P Ramlee, amat istimewa, masih dikenali ramai walaupun beliau telah meninggalkan dunia yang fana ini. Bak kata pepatah..Manusia mati meninggalkan nama. Jadi setiap apa yang kita lakukan di muka bumi ini kesannya tetap ada di kemudian hari, terutama di kalangan keluarga terdekat.

Juga, betapa cara anak-anak sekarang yang begitu berlainan dengan waktu kita membesar. Mereka begitu terbuka & creative dan kadang-kadang perbuatan mereka amat mencabar kita sebagai ibubapa. Jadi seharusnya kita lebih peka dan sentiasa bersedia diatas segala kemungkinan yang tiba.

Tuesday, October 19, 2010

Karipap oh karipap..

Sudah menjadi perkara biasa bagi ibubapa yang bekerja, masa amat terbatas. Selalunya di waktu pagi kita akan kelam kabut menguruskan anak-anak ke sekolah sebelum ke pejabat. Sarapan pun kadang-kadang tak sempat dan bekal perlu disediakan. Menu seperti nugget, potato wedges dan seangkatan dengannya sudah menjadi perkara biasa, malah kalau dibekalkan benda yang sama, makanan itu tidak akan dimakan. Kadang-kadang dibekalkan juga nasi lemak atau kuih-muih (yang dibeli), untuk dipelbagaikan menu.

Pagi tadi tengah kelam-kabut menyiapkan Sarah untuk ke sekolah, suamiku sempat menggoreng karipap frozen yang dibeli dari Naza. Jadi menu bekalan Sarah hari ni dah tentulah karipap. Sebelum masuk ke kereta, sempat aku mencapai sebiji sebelum menjamahnya. Hm...rasanya amat enak berperisa...bukan yang macam dijual diluar. Kulitnya agak rangup..isinya ada dua perisa...sardine & kentang. Yang isi kentang tu, (yang aku makan pagi tadi le..) cukup berperisa, didipendekkkan cerita, homemade product yang dibuat dengan penuh kasih-sayang (Ini kata-kata husbandku yang selalunya ditujukan pada benda-benda yang dibuat dengan hati yang ikhlas...jadi hasilnya tentu memberangsangkan..kan, kan,kan.) Dan kalau tak silap, tiada bahan pengawet yang digunakan.

Harganya amat berpatutan. Sepeket cuma RM3.50 (10 biji), kalau 3 peket RM10.00.

Jadi, bagi sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Naza di talian 019 3488171. Naza tinggal di Pantai Dalam sahaja. Kuih ini bukan sahaja boleh di makan untuk sehari-hari, bahkan kalau ada plan nak buat jamuan atau kenduri kendara, bolelah terus order kat Naza. Cuma seperti biasa gambar lupa nak ambil. Nanti kalau ada gambar saya upload ye...he he he

Sarah & Jelita

Baru-baru ini Sarah berpeluang mengambil bahagian dalam majalah Jelita keluaran November 2010. Bertempat di studio Berita Publishing, Sarah pada mulanya agak malu untuk berposing. Tapi, bila dah dapat mood, tak payah disuruh lagi, seperti biasa...




Sarah dengan pelbagai aksi...






Yang di bawah ni gambar Sarah dengan Danish...


Thursday, October 14, 2010

Kadang-kadang

Kadang-kadang kita lupa tujuan kita di hidupkan di muka bumi ini. Dengan tanggungjawab yang perlu dipikul. Tetapi selagi bernafas di bumi Allah ini, kita perlu melaksanakan segala-galanya sebaik mungkin.

Kadang-kadang kita lupa, tanggungjawab yang perlu kita pikul yang telah ditetapkan oleh Allah. Malah setiap agama juga percaya akan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Semua orang memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan institusi kehidupan, kekeluargaan, pekerjaan dan sebagainya. Cara hidup yang sihat mengikut agama masing-masing. Islam terbukti sebagai agama yang unggul, tidak menyusahkan penganut2 nya, cuma kadang-kadang kita lupa yang apa yang perlu kita lakukan sebagai penganut atau pengikut yang patuh cuma sedikit berbanding apa yang Allah sediakan sebagai ganjarannya. Amat sukar untuk membuat yang sedikit itu..

Kadang-kadang kita juga sering lupa, amanat yang Allah tentukan pada setiap makhluk di muka bumi ini. Mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain sehingga lupa tujuan utama kehidupan ini.

Kadang-kadang- kita lupa setiap dugaan atau ujian yang diturunkan Allah, tandanya Allah amat menyayangi hambaNya itu. Allah tidak akan menduga jika hamba itu tidak mampu untuk menanggung segala yang dialami. Sabar adalah kunci kepada semua perkara.

Kadang-kadang kita lupa, apa yang Allah beri hari ini adalah satu kurniaan atau anugerah. Masih tidak bersyukur sehingga wujudnya rasa tidak puas hati atau dengki dengan kelebihan orang lain. Kadang-kadang kita lupa perasaan dengki ini adalah suatu sikap yang amat buruk dan boleh menjerumuskan manusia ke arah yang lebih negative, seperti fitnah malah mungkin sehingga membunuh. Zikir dan tanamkan sikap sering bersyukur serta redha dengan segala ketentuan Allah, Insyaallah..perasaan ini akan sembuh.

Kadang-kadang kita lupa, apa yang ada hari ini, selepas apa yang telah kita lalui sebelum ini. Justeru itu, sesekali ada kalanya, kita perlu menoleh ke belakang untuk menilai semula apa yang telah kita lalui. Ada perkara yang perlu ditingkatkan kualitinya, ada yang perlu ditinggalkan demi untuk memastikan kita menjadi seorang hambaNya yang berkualiti serta patuh. Juga agar kita tidak mudah lupa diri dan terlalu taksub dengan apa yang ada sekarang.

Kadang-kadang kita lupa setiap dugaan atau kejadian ada hikmahnya yang tersendiri. Di setiap yang kita tangisi akan ada ketawa serta sinar di keesokan harinya. Seperti wujudnya pelangi selepas hujan yang lebat beserta kilat dan petir. Akan kekalkah pelangi itu selama-lamanya?


Sunday, September 26, 2010

AIDIL FITRI 2010 ( PART III)

Salam Sejahtera,

Hari Raya ke 7


Pagi tu tengah menyediakan sarapan untuk keluarga, dapat panggilan salah seorang kawan baik dari zaman muda remaja dulu, Cik Rosnah. Katanya dah nak sampai rumah nak raya...
Jadinye, rezeki dioranglah... nasi lemak special hari tu...he he he

Rosnah tiba bersama suami & 2 anaknya.Lamalah sembang bila dah lama tak jumpa. Yang pastinya, sebelum balik sempat berpesan kat suamiku..."Sham, nak datang inform 1 minggu awal..." kitorang gelak aje...dasat tu sampai seminggu...ish ish ish..(banyak yang tersirat di sebalik kata-kata tu...tak pa..kitorang faham...). Dan kitorang makin gelak besar bila menurut si Nasa (husband Rosnah) tahun ni cik Nahnya buat kuih raya....he he he, tak pa Nah...satu kemajuan tu...he he he
Bak kata Sham, sebelum oven yang 2/3 kat rumah tu rosak tak digunakan, baiklah buat sesuatu...ka ka ka...jangan marah ya Nah...


Malam tu sibuk menyiapkan baju untuk bekerja keesokan harinya. Iman pun sekolah kerana guru-guru sekolah perlu menyediakan dewan untuk UPSR pada minggu hadapannya.

Hari Raya ke 8

Dalam pukul 2 am camtu, masa tu baru aje nak terlena, suamiku kelihatan agak kelam-kabut. Rupanya dia baru aje dapat panggilan dari abangnya mengatakan yang ayahnya nazak. Subhanallah!

Hampir saja ditinggalkan oleh Sham kerana keadaan yang agak kelam-kabut itu. Sempat mencapai sepasang baju kurung untuk dipakai. Danish & Sarah yang masih dalam keadaan mamai di pimpin ke kereta. Danial yang masih belum tidur, dipesan supaya mengunci pintu & mengejutkan iman & Shasha untuk ke sekolah. Yang penting solat subuh & bacaan yasin untuk Atuk yang sedang sakit.

Rupanya Apak telah dihantar ke Hospital Universiti menggunakan ambulance. Jadi kami terus bergegas ke sana. Naza & Mamat (adik2 suamiku) sedang duduk menunggu di hadapan wad kecemasan, doktor x bagi masuk katanya. Menurut mereka apak tak sedarkan diri, semasa mereka cuba membawanya ke ambulance.

Selepas meminta kebenaran kami bergilir-gilir menjenguk apak. Keadaannya begitu lemah, dengan topeng gas di pasang dimukanya. Dapat kurasa dahinya yang berpeluh-peluh. Kedua kakinya sejuk walaupun berselimut. Dia dalam keadaan sukar untuk bernafas. Aku berbisik ditelinganya akan kedatangan ku, digagahi dirinya untuk membuka mata lalu mengadu sakit kepala. Sambil memicit tubuhnya, aku membisikkan kalimah Allah ditelinganya...dan dia membacanya perlahan-lahan. Alhamdulillah...

Dalam pukul 4 ++ am, Naza dan Abang Epol yang baru tiba pulang ke rumah, akan datang semula pada pagi berikutnya. Tinggallah kami dgn Mamat (adik ipar bongsuku). Sarah dengan Danish tidur dengan lena di atas kerusi di ruang menunggu. Hampir pukul 6 pagi , kami meminta diri dari Shila & suami yang baru tiba dari Ipoh untuk ke rumah mak yang 10 minit perjalanan sahaja, untuk solat Subuh, sambil berpesan supaya bergilir-gilir menemankan apak di dalam. Sebelum berlalu sempat kujenguk orang tua itu..dah beransur kuat sedikit nampaknya.

Sampai, terus solat dan membaca yasin khas buat bapa mentuaku. Sham yang masih belum tidur walau seminit pun, melelapkan mata sebentar, kerana paginya nak ke hospital semula.

Dlm 8++ am, Naza & Mak ke Hospital. 9 ++ kami ke sana (lega juga rasanya walaupun dapat tidur sekejap). Jumpa Din, Abang Epol, mak & Naza di sana. Alhamdulillah Apak dah dialihkan ke wad pemerhatian. Dah beransur sembuh...dah boleh bangun walaupun masih lemah lagi...alhamdulillah...menurut doktor..apak kena mild stroke, tekanan darah tingginya naik...

Makanya dah tentu-tentulah aku terpaksa ambil EL ari tu. Dalam pukul 11 ++ kami menta diri untuk pulang ke Sg Buloh...Anak-anak yang bertiga tu nak di jenguk juga keadaannya...
Sabtu, apak discharge...alhamdulillah. Dan dah tentulah weekend kami di Pantai Dalam .
Semoga apak dan mak sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah....Amin!

Thursday, September 23, 2010

AIDIL FITRI 2010 ( PART II)

Salam sejahtera,

Hari Raya ke 6

Senja di Bukit Melawati, Kuala Selangor

Selepas mengemas dan berehat, selepas zohor ke Tesco, membeli barang-barang dapur. Terus ke Bukit Melawati di Kuala Selangor. Kalau nak tahu, di situ merupakan salah satu tempat bersejarah yang sering dikunjungi.


Senja di Bukit Melawati, Kuala Selangor.


Sarah & Danish

Bergambar di meriam tinggalan sejarah berlatar belakangkan sunset

Dua hero dalam family (ayahnya? Tu...superhero...he he he)

Danial


Monyet berebut-rebut bila di beri makanan

Lihatlah aksi Sarah & Danish, orang lain tengok dari jauh aje, tapi diorang...

Wednesday, September 22, 2010

AIDIL FITRI 2010 ( PART I)

Salam Aidil Fitri...


Hari Raya tahun ni amat sederhana. Seperti biasa pagi Raya tu agendanya ke Masjid, sembahyang Raya. Lepas tu ke rumah mentuaku di Pantai Dalam. Riuh-rendah rumah dengan jeritan dan gelak-tawa anak-anak bermain dengan sepupu mereka. Manakala kami, para ibu asyik sembang tak henti-henti..dari satu topik ke satu topik.

Ibu & bapa mentuaku

Danish dengan aksinya yang tersendiri...comel,kan...

Atuk (bapa mentua) dikelilingi cucu-cucunya.

Pada sebelah malamnya kami ke rumah abang suamiku yang sulung, banyak betul makanan yang disediakan oleh kakak iparku...seperti biasa lupa nak ambil gambar..Antara menu masakan Kak Aishah ialah laksa, nasi jagung berlaukkan ayam masak merah, rendang, nasi himpit & kuah kacang, dadih & agar2 & etc..

Hari Raya ke 2

Plan raya yang last minute dan asyik bertukar akhirnya menjadi suatu perjalanan yang seronok dan indah untuk dikenang. Beginilah sebenarnya keadaan jika kedua orang tua yang kita sayangi tiada di dunia ini lagi. Sukar untuk mengumpulkan semua adik-beradik sekali. Masing-masing dengan agenda masing2. Minggu terakhir Ramadhan agendaku dengan Aida masih tidak nampak bayangnya lagi. Selepas berbincang, akhirnya persetujuan dibuat, siapa nak ikut kitorang beraya di hari Raya ke 2, confirm petang raya pertama.

Dipendekkan cerita, Raya ke 2 tu, kami sekeluarga, adindaku Nora, Hafiz dan Aida sekeluarga berkumpul di rumah Along di Rinching. Lepas tu bermulalah perjalanan kami ke rumah Mak teh di Beranang, Pak Cik di Ampang (adik arwah mak). Lepas tu ke rumah Aida (Pak Cik sekeluarga pun ikut), sepupu2 yang ada di KLni...last sekali untuk hari tu ke rumah baru Nazri d Puchong. seronok rasanya dapat berkumpul gini...

Macam familiar je kan, kisah kebaya pink nih...he he he

Yang ni, kat rumah nazri..macam-macam aksi yang dapat dilihat...ish ish ish

Tapi kesian kat Sarah..maklumlah sebulan berpuasa dan perut dikejutkan dengan makanan, air gas lagi..sakit perut & muntah2 untuk beberapa hari...

Hari Raya ke 3

Semua janji berkumpul di rumah Mak Cik (adik arwah abah) di Nilai pukul 11. cuba teka siapa yang sampai kul 11 kat situ...akak jugak...ish ish ish...Along jam kat Semenyih (kah, kah, kah), Aida jam kat Zoo ...he he he. Kekandaku Alang pun kali ni joint gak. Selepas tu kami ke Seremban menziarahi saudara mara di sana. Malam tidur di rumah Alang. Sembang sampai ke malam, x habis-habis. Budak-budak pun sibuk main bunga api sampai tengah malam.

Yang ni kat rumah Alang, sebelum keluar untuk berjalan raya...



Hari Raya ke 4

Selepas menziarahi pusara, sempat menyedekahkan surah Yasin buat yang tersayang..dan beraya lagi ke 2/ 3 rumah, kami pun pulang ke Sg Buloh. Aida, Along & Alang berjanji akan datang ke rumah keesokannya untuk beraya . Sampai rumah dalam pukul 10++ pm...


Hari Raya ke 5

Pagi-pagi esoknya, sibuk mengemas & menyiapkan serba sedikit menu untuk lunch..antara menunya, sambal tumis udang, ayam bakar, daging masak merah & sup cendawan (yang ni disediakan oleh En Sham kita), bihun goreng..air koktel laici + nata de coco...simple tapi menyelerakan...

Nak jadi cerita, Nazri, Azie (abang) dan Pak Cik pun joint juga...Hafiz & Nora pun ada...maknanya semua anak-anak arwah dapat berkumpul ari tu beserta adik arwah mak sekeluarga... alhamdulillah...gembira sungguh rasanya hari tu. Rasanya begitu juga yang lain-lain..kan, kan, kan (betul tak Da?)

Seb baeklah, depa ni pandai bawa diri...ada yang lari naik atas, kat luar...maklumlah penuh...he he he...dan satu lagi...seb baik makanan cukup...he he he

Inilah keluarga besar Allahyarham Hj Mansor & Allahyarhamah Hjh Azizah.


Kecoh betul bila nak bergambar ramai-ramai tu...

Adindaku Aida & family...he he he

Yang kat tengah tu abangku, Azie dengan 2 anaknya, diapit oleh Nazri dan Pak Cik

Birthday Iman yang kebetulan pada Raya ke 2, disambut sekali pada hari Selasa tu..Danish yang lebih-lebih seperti biasa, perasan bday dia..

InsyaAllah, semoga kita akan berjumpa lagi dalam masa yang terdekat ini...Assalamu'alaikum..