Monday, April 9, 2012

SATU MALAM DI KLCC





Suatu weekend..dah tak ingat bila (di awal tahun).acara tetap, seperti biasa menziarah mentua di Pantai Dalam. Lepas Maghrib, beransur pulang, dinner di Kg Bharu dan En Shamsulnya rajin pula "pusing-pusing" (bak kata Danish) sebelum pulang ke Sg Buloh.

Cantik pula KLCC ni di waktu malam, jadi kitorang pun stop jap..bergambar..

Cantik,kan gambar-gambar di bawah...









Sehingga bertemu kembali...



Friday, April 6, 2012

SECEBIS KISAH SEBAGAI PENGAJARAN

 MANA LAGI PENTING, SUAMI ATAU CUCU?

Pagi itu terpaksa menaiki teksi di hadapan Tesco Puchong untuk ke office di Jalan Klang Lama. Teksi pertama mengenakan bayaran RM35.00. Wau..dahsyat betul..lebih double pay dari yang sepatutnya. Teksi yang kedua pula asyik dengan suratkhabar dan katanya tengah tunggu client. Nasib baik sempat menahan sebuah teksi yang lalu. Ikuti perbualan di bawah.

Pemandu :  teksi tu tak nak pergi ke?
Aku        :  dia x pakai meter..lebih double dari yang sepatutnya..
Pemandu : lain kali jangan naik teksi yang berhenti di bus stop tu..tahan teksi yang lalu aje..

Pemandu itu bertutur dengan cara yang amat berhemah, walaupun tutur katanya agak seperti telor Indonesia..mungkin dah lama menetap di sini..fikirku.

Itulah permulaannya. Mula bercerita pasal anak-anak. Bertanya siapa yang menjaga anak-anakku jika aku bekerja dan sebagainya. Bercerita pula tentang anak-anaknya yang seramai 5 orang..semua dah bekerja kecuali yang bongsu, tahun ini akan menghadapi peperiksaan SPM. Dan mula bercerita tentang anak-anak yang bekerja di MAS, kerja shift, yang menuntut masa yang banyak. Dua anak & menantunya bekerja di sana, dengan masa yang tak tentu hala ditambah pula bila mendapat anak. Anak-anak dihantar ke rumah ibu (isteri pemandu) memandangkan sukar mencari orang untuk menjaga, tanpa meminta izin daripadanya terlebih dahulu. 2 bayi dari 2 anaknya tinggal bersama, dan mungkin seminggu sekali akan datang menjenguk..bayangkan..semudah itu meninggalkan anak tanpa memikirkan keperluan ibubapa sendiri..

Pemandu  : saya ni dah tua..dah 53 tahun. Inilah masa untuk beramal ibadat. Kita
                  kalau boleh, kalau masuk syurga tu, nak isteri masuk sekali..ini kalau
                  isteri dah sibuk, sampai keperluan saya sendiri dah terabai, macam
                  mana..nak masak pun tak sempat..kalau yang simple2 pun lepas isyak
                  baru  boleh makan, saya x kisah..beli aje, tom yam ke, dekat kedai yang
                  berhampiran..

 Aku        : Saya faham..memang penat menjaga anak-anak ni..

Pemandu  : Itulah dorang nih ha, sepatutnya minta izin saya dulu..siapa yang tak
                  sayangkan  cucu..sayang..  cuma kalau saya sendiri terabai..makan
                  minum, malam pun dia tidur dengan cucu (baru ku tahu yang cucu
                  tinggal ngan diorang)..saya ni  masih kuat..dia pula penat, asyik
                  menguruskan cucu..puan faham,kan..kita dah tua-tua nih..dah tak larat
                  dengan budak-budak dah... menangislah.. apalah..

Aku          : Saya dah tak ada org tua..tapi saya suka kalau mak sendiri jaga..lebih
                  teratur & kita x perlu risau apa-apa. Tapi kalau sampai menyusahkan
                  macam tuh..tak bolehlah...

 Pemandu : Betul...minta izin dulu..saya dulu anak2 kecil, insyaAllah saya diberi sedikit
                  ilmu..ajar anak baca iqra', sendiri..alhamdulillah..sekarang saya menjadi
                  imam di surau di Puchong ni..orang akan bertanya, isterinya mana Pak
                  Imam...saya nak cakap apa...di rumah dgn cucu2..sembahyang pun x
                   tentu..

Dia mula bercerita tentang besarnya tanggungjawab seorang suami. Baik macam mana pun jika isteri & anak-anak tidak menjaga solat & sebagainya..dia terpaksa menjawab di akhirat esok..dan akan dimasukkan ke neraka dulu sebelum masuk ke Syurga...Tazkirah di pagi hari..mengingatkan kita akan tanggungjawab masing-masing.


Yang pasti si pemandu mula terasa pernah menghantarku sebelum ini bila laluan yang kulalui semakin hampir ke destinasi.

Pemandu  : Rasanya saya pernah hantar puan sebelum ini..ya betul..di sini..tapi
                  yang saya hantar hari tu kelihatannya muda, ya..masih muda..jadi
                  saya tidak suka berbual..budak-budak..

Aku          : Mungkin ari tuh saya pakai seluar, hari ini baju kurung..(dalam hati..
                   huhuhu.. tua sangat ke aku? Tapi dulu dia ingat aku budak-budak......
                   he he he)

Aku mula merenung kembali perjalanan hidup kita sendiri, tanggungjawab suami, isteri..mendidik anak-anak..semuanya akan disoal di akhirat kelak. Mungkin secara tak langsung turut menyedar & mengingatkan kita yang mana lebih penting untuk didahulukan. Adakah ia turut memberi kesan & apakah pendapat anda semua tentang kisah ini?



Monday, April 2, 2012

ADAT PERPATIH


KEWUJUDAN ADAT PERPATIH DI NEGERI SEMBILAN


Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan Naning adalah gabungan sekurang-kurangnya tiga system kemasyarakatan iaitu Sistem Adat Minangkabau yang terdiri drp 3 sistem iaitu Adat (undang-undang) nan Tigo, Adat Elok Baleh dan Adat Tuah Disakato, sistem Adat Tempatan Siak dan Sistem Adat Tempatan Negeri Sembilan (Adat Benar).

Gambarajah Pembentukan Sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan





Pihak penjajah telah memperkenalkan undang-undang Inggeris berdasarkan Common Law mulai tahun 1885. Bermula dari Tahun tersebut, penjajah telah mengenepikan amalan2 & petua-petua dalam system perundangan Adat Perpatih. Kemudian, dengan terkanunnya undang-undang syariah tempatan, sekali lagi perundangan adat perpatih disisihkan. Disamping 2 perundangan ini, pendidikan Barat yang telah diperkenalkan seawal akhir abad ke-18 secara langsung telah mempengaruhi dan mengubah system nilai serta budaya masyarakat Adat Perpatih. Hari Ini keseluruhan system Adat Perpatih telah diresapi oleh system Adat Melayu yg datang dari luar wilayah adat perpatih dan budaya barat. Oleh itu, budaya Adat Perpatih ini semakin menipis & pengamalannya lebih berkecenderungan untuk berbudaya Melayu ala Barat.




BATU BATIKAM & BATU BALING

Batu Batikam & Batu Baling


Batu Bersurat
Replika Batu Batikam dan Batu Baling ini meriwayatkan sejarah awal tercetusnya adat terbesar di Alam Melayu iaitu Adat Perpatih dan adat Temenggung. Menurut kata penceritaan masyarakat turun-temurun, Datuk Ketumanggungan telah menyentakkan kerisnya kepad asebuah batu hamparan manakala Datuk Perpatih nan Sebatang pula menikamkan kerisnya kepada sebuah batu padu sehingga tembus sampai ke sebelahnya. Peristiwa itu menandakan perdamaian dan permuafakatan muktamad antara kedua-dua pihak bagi menghormati prinsip-prinsip kemasyarakatan. Batu Batikam terletak di Dusun Tua, Luak Nagari Lima Kaum, manakala Batu Baling di Sungai Tarap, tanah Minangkabau, Sumatera Barat.


sumber teks & gambar : Muzium Adat Jelebu
                            Negeri Sembilan