Thursday, October 28, 2010

SUPERMAN

Suatu pagi dalam perjalanan ke office. Suamiku memandu sambil asyik mendengar lagu dari MP3 player yang dipasang. Sambil tu kami berbual-bual. Aku sibuk mencari cermin mata di dalam beg tangan. Kebetulan setelah lebih 10 tahun tidak memakai spec dengan alasan sakit kepala setiap kali memakai spec tersebut, akhirnya aku terpaksa akur. Power dah bertambah dengan silau yang agak tinggi...nak tak nak kena pakai...dan yang penting...dah buat mahal-mahal tu takkan tak pakai...he he he.

Suamiku yang sibuk berbual tu, menoleh ke arahku, sambil berkata, "Eh, tadi tak pakai, bila masa lak yang pakai ni. Tiba-tiba nampak lain. Patutlah Superman tu, perbezaannya cuma spec aje...memang nampak lain sangat..barulah faham kenapa sekarang..." sambil tersenyum-senyum.

Aku disamakannya dengan Superman.... biar betul..ish ish ish
Aku cuma mampu diam menahan segala rasa yang ada, sakit hati pun ada dan sebenarnya kelakar, tapi gelak dalam hati jele...he he he

P RAMLEE VRS MODEN

Perbualan ini diantara Sarah dengan Danish pada suatu malam yang sejahtera, betul-betul sebelum makan malam.

Sarah : Adik, tolong akak ambikkan air, letak kat dalam mangkuk. Akak nak basuh tangan.

Si adik ni pun menurut perintah. Sarah mencelupkan tangan ke dalam air lalu termenung beberapa saat (tengah dapat ilham lah tu...)

Sarah : Adik, duduk depan kakak sekejap.

Lalu si adik pun menurut, bersila di hadapan kakaknya.

Danish : Ada apa kak?

Sarah : Ok...wallet adik hilang,kan...cuba adik tengok dalam air ni...kalau adik tak nampak apa-apa, tu tandanya adik mulut becok..cuba adik tengok...adik nampak apa-apa tak?

Danish : Sambil melihat ke dalam mangkuk yang berisi air. " tak nampak pun..."

Sarah : Ayuk...mulut adik becok...

Lalu dengan segera Danish menjawab,

Danish : Eh, nampak, nampak....(sambil mengangguk-angguk kepala).

Lalu Sarah pun berlalu untuk makan dan Danish menghampiri mamanya (siapa lagi nak suap makan...aku le tu...he he he)

Aku yang berada berhampiran cuma ketawa dalam hati melihat perbualan pendek itu. Kelakar giler tu...nasib baik diorang tak gunakan perkataan macam petikan asal dalam cerita tu...anak luar nikah. Entah apa kena mengena yang dia terfikir perkataan becok tu, tak pastilah pulak.

Moral di sebalik cerita ni adalah, betapa, seniman Allahyarham P Ramlee, amat istimewa, masih dikenali ramai walaupun beliau telah meninggalkan dunia yang fana ini. Bak kata pepatah..Manusia mati meninggalkan nama. Jadi setiap apa yang kita lakukan di muka bumi ini kesannya tetap ada di kemudian hari, terutama di kalangan keluarga terdekat.

Juga, betapa cara anak-anak sekarang yang begitu berlainan dengan waktu kita membesar. Mereka begitu terbuka & creative dan kadang-kadang perbuatan mereka amat mencabar kita sebagai ibubapa. Jadi seharusnya kita lebih peka dan sentiasa bersedia diatas segala kemungkinan yang tiba.

Tuesday, October 19, 2010

Karipap oh karipap..

Sudah menjadi perkara biasa bagi ibubapa yang bekerja, masa amat terbatas. Selalunya di waktu pagi kita akan kelam kabut menguruskan anak-anak ke sekolah sebelum ke pejabat. Sarapan pun kadang-kadang tak sempat dan bekal perlu disediakan. Menu seperti nugget, potato wedges dan seangkatan dengannya sudah menjadi perkara biasa, malah kalau dibekalkan benda yang sama, makanan itu tidak akan dimakan. Kadang-kadang dibekalkan juga nasi lemak atau kuih-muih (yang dibeli), untuk dipelbagaikan menu.

Pagi tadi tengah kelam-kabut menyiapkan Sarah untuk ke sekolah, suamiku sempat menggoreng karipap frozen yang dibeli dari Naza. Jadi menu bekalan Sarah hari ni dah tentulah karipap. Sebelum masuk ke kereta, sempat aku mencapai sebiji sebelum menjamahnya. Hm...rasanya amat enak berperisa...bukan yang macam dijual diluar. Kulitnya agak rangup..isinya ada dua perisa...sardine & kentang. Yang isi kentang tu, (yang aku makan pagi tadi le..) cukup berperisa, didipendekkkan cerita, homemade product yang dibuat dengan penuh kasih-sayang (Ini kata-kata husbandku yang selalunya ditujukan pada benda-benda yang dibuat dengan hati yang ikhlas...jadi hasilnya tentu memberangsangkan..kan, kan,kan.) Dan kalau tak silap, tiada bahan pengawet yang digunakan.

Harganya amat berpatutan. Sepeket cuma RM3.50 (10 biji), kalau 3 peket RM10.00.

Jadi, bagi sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Naza di talian 019 3488171. Naza tinggal di Pantai Dalam sahaja. Kuih ini bukan sahaja boleh di makan untuk sehari-hari, bahkan kalau ada plan nak buat jamuan atau kenduri kendara, bolelah terus order kat Naza. Cuma seperti biasa gambar lupa nak ambil. Nanti kalau ada gambar saya upload ye...he he he

Sarah & Jelita

Baru-baru ini Sarah berpeluang mengambil bahagian dalam majalah Jelita keluaran November 2010. Bertempat di studio Berita Publishing, Sarah pada mulanya agak malu untuk berposing. Tapi, bila dah dapat mood, tak payah disuruh lagi, seperti biasa...




Sarah dengan pelbagai aksi...






Yang di bawah ni gambar Sarah dengan Danish...


Thursday, October 14, 2010

Kadang-kadang

Kadang-kadang kita lupa tujuan kita di hidupkan di muka bumi ini. Dengan tanggungjawab yang perlu dipikul. Tetapi selagi bernafas di bumi Allah ini, kita perlu melaksanakan segala-galanya sebaik mungkin.

Kadang-kadang kita lupa, tanggungjawab yang perlu kita pikul yang telah ditetapkan oleh Allah. Malah setiap agama juga percaya akan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Semua orang memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan institusi kehidupan, kekeluargaan, pekerjaan dan sebagainya. Cara hidup yang sihat mengikut agama masing-masing. Islam terbukti sebagai agama yang unggul, tidak menyusahkan penganut2 nya, cuma kadang-kadang kita lupa yang apa yang perlu kita lakukan sebagai penganut atau pengikut yang patuh cuma sedikit berbanding apa yang Allah sediakan sebagai ganjarannya. Amat sukar untuk membuat yang sedikit itu..

Kadang-kadang kita juga sering lupa, amanat yang Allah tentukan pada setiap makhluk di muka bumi ini. Mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain sehingga lupa tujuan utama kehidupan ini.

Kadang-kadang- kita lupa setiap dugaan atau ujian yang diturunkan Allah, tandanya Allah amat menyayangi hambaNya itu. Allah tidak akan menduga jika hamba itu tidak mampu untuk menanggung segala yang dialami. Sabar adalah kunci kepada semua perkara.

Kadang-kadang kita lupa, apa yang Allah beri hari ini adalah satu kurniaan atau anugerah. Masih tidak bersyukur sehingga wujudnya rasa tidak puas hati atau dengki dengan kelebihan orang lain. Kadang-kadang kita lupa perasaan dengki ini adalah suatu sikap yang amat buruk dan boleh menjerumuskan manusia ke arah yang lebih negative, seperti fitnah malah mungkin sehingga membunuh. Zikir dan tanamkan sikap sering bersyukur serta redha dengan segala ketentuan Allah, Insyaallah..perasaan ini akan sembuh.

Kadang-kadang kita lupa, apa yang ada hari ini, selepas apa yang telah kita lalui sebelum ini. Justeru itu, sesekali ada kalanya, kita perlu menoleh ke belakang untuk menilai semula apa yang telah kita lalui. Ada perkara yang perlu ditingkatkan kualitinya, ada yang perlu ditinggalkan demi untuk memastikan kita menjadi seorang hambaNya yang berkualiti serta patuh. Juga agar kita tidak mudah lupa diri dan terlalu taksub dengan apa yang ada sekarang.

Kadang-kadang kita lupa setiap dugaan atau kejadian ada hikmahnya yang tersendiri. Di setiap yang kita tangisi akan ada ketawa serta sinar di keesokan harinya. Seperti wujudnya pelangi selepas hujan yang lebat beserta kilat dan petir. Akan kekalkah pelangi itu selama-lamanya?