Kalau hari tu cerita pasal Shasha, hari ni pasal Nur Iman Bisyarah (Sarah) pula. Thn ni umurnya baru 7 tahun. Amatlah berbeza perangainya dari Shasha. Di ni cam Baby sikit.
Dilahirkan pada bulan Ramadan, 2003. Kedatangannya amat dinanti-nantikan oleh semua kerana masa tu Shasha sebenarnya, cepat besar (the way dia carry diri dia tu..x macam umurnya) Sebenarnya hari ke 2 berpuasa perutku dah mula sakit-sakit. Dah masuk labour room tapi tak jadi pulak nak bersalin..balik rumah...dah tentu-tentu tak puasa hari tu, sebab 2/3 kali nurse & doktor check, masih belum terbuka pintu rahim. Last-last balik rumah.
Lebih kurang seminggu lepas tu, masanya tiba. Masih ingat lagi masa tu, lepas Dr Daud buat pemeriksaan, dalam pukul 6 pm, dia sibuk ambil order makanan dari nurse-nurse kat situ utk berbuka puasa.."alah...lambat lagi ni...malam nanti ni.." lalu keluar. Nak jadi cerita tak sampai 1/2 jam lepas tu perutku memulas-mulas seperti hendak membuang air besar.
Staff nurse yang bertugas hari itu amat tenang mengawal keadaan. Dengan segera menalipon Dr Daud dan menyiapkan segala kelengkapan untuk menyambut kelahiran. Nak dijadikan cerita Dr Daud terkandas dalam traffic jam. Dgn nada yang amat perlahan Staff nurse tersebut melarang aku dari meneran sambil berkata, "Ni tak sempat tunggu doktor ni..tapi tak apa, saya pun boleh sambut." Tak lama kemudian baby pun lahir di sambut ole staff nurse tu. Dr Daud tiba selepas baby keluar lalu terus mengambil alih untuk mengeluarkan uri. Menurut Staff nurse tu, tak perlu dijahit, memandangkan cuma luka-luka biasa saja yang ada. Menurut suami yang sentiasa disisiku, rupanya semasa staff nurse tu melarangku dari meneran tu, kepala baby dah kelihatan dan dia cuba menahan dengan lembut menggunakan jari..alhamdulillah semuanya selamat..hilang segala sakit masa tu, dan amat teruja bila melihat baby yang comel tu.
Sarah & Danish kalau ke pantai, tak sah kalau tak bermain pasir!
Danish dengan aksinya yang tersendiri. Inilah kawan baik Sarah di rumah.
Danish dengan aksinya yang tersendiri. Inilah kawan baik Sarah di rumah.
Sekarang Sarah dah 7 tahun, dah Tahun 1. Masih berebut botol susu dengan Danish..macam Baby. Paling manja dengan ayahnya. Satu lagi, masa mengandung, kalau makan kat kedai atau gerai, maka semua kucing yang ada di situ akan mengerumuniku...dan Sarah terbukti seorang yang penyayang. Pantang nampak binatang comel atau baby di mana-mana, mesti dia akan leka.
Masih terlalu awal untuk menilai, tetapi dia rajin berusaha..semoga Sarah tetap dengan sikap penyayang dan rajin berusaha...mama dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak..
anak saya pun namanya nur iman bisyarah jugak skrg umurnya akan mencapai 5 tahun pada 1/12 ini..orangnya sangat lemah lembut tetapi ceria..kalau pergi kt tempat orang dia nampak diam tapi kalau dah betul-betul kenal dan biasa dengannya boleh tahan juga bila bersambeng dengannya.rambutnya panjang lurus sedikit perang, kulit agak cerah..muka bujur telur..bibir kecil tetapi mata agak luas juga..itulah dia.
ReplyDeleteOh ya? si Sarah ni, amatlah manja orgnya dan penyayang. Tapi kememe (suka nangis...) tu yang x larat..., btw salam perkenalan..
ReplyDeleteterima kasih..salam perkenalan juga..oh ya panggilan anak saya kt rumah shara..tapi kt tadika cikgu dan kawan2 panggil iman..dia ni suka bergaya bila depan kamera,,dan hobi suka main game barbie kt pc.obses sgt apa2 pasal barbie doll..sara disana macam mana..?
ReplyDeleteSarah pun sama..suka benda yang cantik2 & cute..kalu gi shopping complex, kita sibuk cari baju..dia akan kat satu corner, membelek2 barang-barang perhiasan yang cantik & comel..Baru-baru ni, ada kucing melahirkan kat belakang rumah...anak kucing tu dia ngan danish wat cam anak patung...yg best partnya, ibu kucing tu diam aje bila diorang'mengerjakan ' anaknya...he he he. Kita doakan agar mereka menjadi anak yang soleh, juga agar sentiasa selamat di dunia & akhirat...
ReplyDeleteBtw, camner persiapan raya?
ya lah..semoga anak2 kita menjadi anak yg soleh dan brjaya dlm hidup mereka..amin...
ReplyDeleteoh ya...persiapan raya,sederhana sahaja sekadar cuba penuhkan permintaan anak2,biasalah kan ....kita ni mmg dahulukan anak2, kita sendiri belum beli baju raya lagi..anyway..selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yg bakal tiba..kalau ada masa jejak lah saya dlm facebook zarina zakaria....(gambar saya tengah dukung adik perempuan shara umur 1 1/2 tahun dekat ICT syah Alam..
ReplyDeletesamalah..sederhana aje..yang penting anak2. InsyaAllah...saya akan cuba jejak..btw f/b sy, norliza mansor, singgahlah ye (gambar profile sarah & Danish)
ReplyDeleteselamat hari raya aidil fitri.