Ni saje nak share sempena harijadiku pada Mac lepas..dikelilingi kawan-kawan rapat serta keluarga yang tercinta, terasa amat dihargai .....
Tahun ni jatuh semasa Pesta Buku 2010. Memanglah kalau diberi pilihan kalau boleh nak bersantai aje hari ini, sambil berfikir & merenung kembali perjalanan hidup ini serta perancangan di masa hadapan, apa yang perlu diperbaiki dan sebaliknya. Tetapi memandangkan komitment pada kerja terpaksalah diabaikan perasaan yang 'melampaui batas' itu. Dipendekkan cerita hari tersebut, pagi di office & tengaharinya ke PWTC.. beberapa appointment yang telah dibuat kena diteruskan dong...pendek kata dengan penuh dedikasilah...orang tak kata pun, perasan sendiri aje..he he he
Terima kasih sangat kepada adinda-adinda ku, Sue (sedap sangat lunch ari tu..), Zura (walaupun agak confused yg mana personal & treat...he he, Zura camnapun semuanya sedap termasuk maggi kat gerai Din tu..yalah rasanya 2/3 kali kita makan,kan..dan yang penting masa yang kita dapat sembang panjang hari tu amat menenangkan setelah stress degan kerja & perangai orang), Bala (bila nak pekena ikan bakar kat kuchai lama lagi) juga ucapan-ucapan dari kawan-kawan thru phone dan email & facebook. terima kasih semua...
Tapi yang paling istimewa tentulah dari suamiku yang terchenta tu...Tak tahulah masa bila pakatannya dengan Sue & Chef Amir..Balik-balik sibuk suruh ambil barang kat kereta..dan termenung panjanglah pula orang yang mengambilnya tu...masa bila pula dia tempah...ish ish ish
Disamping tu, pendekkan cerita, hadiah paling berharga buat diriku adalah hasil dari penat lelah kerja kuat tanpa fikirkan imbuhan tu, amatlah berbaloi (walaupun b'day tak sempat nak dinner dengan husband & anak-anak juga selama 10 hari tu penat giler turun naik dari office ke PWTC, juga terima kasih yang tak terhingga kepada En Shamsul yang sanggup bersusah payah selama 10 hari tu termasuk transportation & menguruskan anak-anak) Satu rekod pencapaian peribadi juga sebenarnya disamping dapat membantu syarikat menambah jualan..RM71,000 ...alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala-galanya..Amin!
Melihat wajah kawan juga boss, ketika itu, sukar nak diceritakan...tapi sempat juga berbisik "kalau ada rezeki tahun depan, nak berhenti sebelum bookfair le...tension wooo..." he he he
Walaubagaimana pun, terima kasih buat adinda ku Zura, atas hadiah tu...suka sangat!
SLAOASJZI JSKAIOZLAPLS SJASJKIAKLAOZXMS SKAKSNSNHAJM SHASHKASHUWJXHSKSAJ SJAJWUWHJJSAJSKAJSK KDMHSJAJSAJSHJD KAJWJHNJDH JAUXJAKIZM,AZOIMZMAJIXMAXMJS SMSJSDMJNSHJ JSAKJSNSMN SSAJASNS SJAJSHHWAJSAHW JSASUNXSAM,J JJ AJIASKSKAHNSXJNSHA HSJASYIWKOSPALSIWM SSKALSNXJSKHA SJWJJSKWKAIQWOW
ReplyDeleteJDLEL'WUJKERIJ32PKQP'QJWPK4P3;KRKKWOOOQQJWUI3JNDSI3
NJAIAOWLXPSM
SLASKXNZKLKAAIXKSOSLMS HSGYJWWGHDGSJAY SHALYWKQHJJWALYAHDSHBS ISJEHSNEGJHSJA SHAIGWJGDJWUDIHWHKWHDKUEOWEJ KAOLQPSAK AJKD,WJDKA WJQWIHSJKSWUWKU UQIAOAo8
??????
ReplyDelete