Sunday, May 9, 2010

Salam & selamat sejahtera,

Panas dan hujan yang tidak menentu lewat kebelakangan ini membuatkan klinik-klinik kerajaan mahupun swasta dipenuhi ramai pesakit. Mahu tidak mahu, ditakdirkan aku juga turut terlibat dengan keadaan yang agak merimaskan & tidak selesa ini. Ianya bermula dengan anakku yang sulong, Danial. Rabu malam, 2 minggu yang lepas, mula dengan batuk-batuk kecil aje. Keesokannya demam panas menyerang. Selalunya aku akan kalut sikit kalau Danial ni batuk/demam sebab takut lelahnya akan menyerang. Jumaat , demamnya masih tak surut, malah dah berjangkit pula ke ayah & dua adik perempuannya, Iman & Shasha. Nasib baik weekend. Aku pun sebagai seorang isteri dan ibu yang berhemah ( he he he) cuba membantu mana yang boleh disamping terpaksa membuat kerja kerja rumah yang banyak dan tak habis-habis tu. Masa tulah nak membasuh baju 2/3 kali, menyidai, melipatnya..dah jadi macam kedai dobi pulak rasanya, ish, ish,ish. Ahad tu Sarah dgn Danish pulak demam, cuba bayangkan...suami & 5 anak yang tak sihat yang perlu di jaga makan minum & keperluan seharinya. Hmm..yag mengakibatkan aku terpaksa ambil EL pada hari Isnin tu, memandangkan semuanya masih demam dan MC pada hari Selasa tu (demam gak) . Hingga kini masih tak recover sepenuhnya...

Moral of the story, kadang-kadang tuhan akan memberi ujian-ujian kecil kepada hambanya..supaya kita tidak selalu leka dengan kurniaanNya di dunia ini, dan sentiasa mengingati Tuhan yg Esa. Lagipun seperti kataku kepada suamiku tempohari " kan ke sakit pening ni adalah proses penyucian dosa-dosa kecil..kena sabarlah.." dan rasanya aku faham dengan pandangan mata suamiku yang seakan berkata-kata ketika itu....

1 comment:

  1. tu la...nasib baik mama dia tak sakit.. kalau sakit.. camne tu...

    aida ingat lagi masa haikal kecik-kecik dulu.. masa tu aida pregnant kan hakim... kalau haikal demam, aida selalu berdoa kat Allah biarlah demam tu pindah pergi kat Babah dia.. hahah.. bukan pindah kat aida tau.. sebab aida kan pregnant.. kang memudaratkan plak...

    ReplyDelete