Kali ni nak cerita kisah anak-anak. Nak jadi cerita, 3/4 minggu yang lepas, kami sekeluarga ke Port Dickson. Ianya tak dirancang, pergi pun sebab menggantikan 'adik kesayanganku' tu, Aida yang tak jadi pergi sebab kononnya anaknya Hakim terlibat dengan sukan di sekolahnya. Jadi dari dibiarkan orang lain menggunakan kemudahan tu, kitorang pun pergi lah jugak. PD pun bukannya jauh sangat dan yang pentingnya..harga pun tak mahal mana, tutup sebelah mata aje.
.
Sri Pena, tempat yang kami pergi tu sebenarnya Training Centre untuk Staff NSTP & TV3, berkonsepkan apartment 2 bilik. Jadi Iman awal-awal lagi sibuk nak mengajak kawan-kawannya ikut serta. Akhirnya ayahnya membenarkan setelah segala pujuk-rayu dan bodek dengan segala tahap kerajinan yang melampaui batas digunakan.
Hari Sabtu yang sejahtera tu, selepas Iman balik dari kelas tambahan di sekolah dan setelah bersiap lebih kurang kitorang pun bertolaklah. Tapi sampai di pekan Sg Buloh, singgah pulak bengkel dulu, tayar Unser tu perlu ditukar, sebelum berjalan jauh. Di pendekkan cerita dalam pukul 6 lebih, sampailah kat PD.
Memandangkan hampir maghrib, kami tidak membenarkan mereka ke kolam mandi. Dan ayahnya terpaksa bersetuju setelah dipujuk..mandi malam, dengan alasan ramai yg mandi waktu malam kat situ. Dan mereka ni pandai menjaga waktu solat (walaupun qasar/jamak), jadi tak tergamak ayahnya untuk berkata tidak (bodek lagilah tu..) Sarah & Danish yang masih kecil tidak dibenarkan mengikut abang & kakak-kakaknya mandi..apalagi, merajuklah si Sarah. Danial ditugaskan untuk menjaga anak dara2 tersebut. (Iman & 2 orang kawannya, juga Shasha).
Dalam pukul 10 pm selepas mandi dan makan (malam tu makan kat bilik aje..tapau), mereka sibuk pula nak gi main ping-pong. Tapi pulang dengan hampa kerana menurut petugas di situ ada pengguna di situ yang telah menghilangkan bola ping-pong tersebut. Sempat juga aku bersyarah kat diorang ni.."itulah sebabnya kita kena sentiasa bertanggungjawab terutama jika menggunakan barang awam..dalam kes sekarang ni ha...kan dah tak boleh nak main..."
Keesokan harinya seawal pagi (7.15 am) selepas solat, kami breakfast kat tepi laut. Pastu apa lagi agendanya...mandi, makan & mandi.
amboi ni lawan tokeh nampak... dah berjela2 dah dia...waa.. sempat ye cakap kita....
ReplyDeletehe he he kah kah kah
ReplyDelete