Tuesday, May 25, 2010
Nur Iman Balqis - 11/9/98
Ini kisah anakku yang ke 2, Nur Iman Balqis. Nama di pilih sendiri oleh suamiku. Nur Iman bermakna cahaya keimanan manakala Balqis adalah nama permaisuri yang terkenal dengan kecantikannya yang akhirnya menjadi isteri Nabi Sulaiman. Dilahirkan pada hari Jumaat, 11/9/98.
Semasa baby, dia amat disenangi oleh semua..baik dari raut wajah mahupun dengan keletahnya. Comel sungguh..masih ku ingat lagi 2 minggu sebelum waktu yang telah ditetapkan oleh doktor, aku telah mengalami tanda-tanda sakit untuk bersalin. Sesampai di hospital, terus masuk ke labour room. Setelah dipecahkan water bag oleh Dr Salleh, Tuhan aje yang tahu bagaimana sakitnya ketika proses penguncupan itu berlaku. Suamiku yang terchenta itulah sebenarnya peneman dan penguat semangat selama ini, yalah, bukan waktu senang aje, susah pun kena lah sama-sama...Yang kelakarnya, nak dijadikan cerita, memandangkan hari tu hari Jumaat, En Shamsul ni terpaksa break pulak...orang tengah sakit giler, dia ni nak kena pi sembahyang Jumaat pulak...ish ish, haru sungguh.
Orang yang ditinggalkan seorang ni, bukannya berani sangat, walaupun tanpa redho dia pergi tu..sempat pulak terfikir, macam mana kalau bersalin sebelum dia balik..dah stress pulak dengan masalah yang satu tu siap berdoa agar dia sempat sampai. Sebut pasal doa..sebenarnya bila dah sakit, doa yang dah hafal pun tak ingat..itulah salah satu tugas peneman kita ni...mengingatkan serta sering menenangkan kita. Tapi di Pusat Rawatan Islam (masa tu di Jln Ipoh), setiap labour room ada di tampal poster ayat-ayat tertentu untuk kita baca bagi mengurangkan rasa sakit tu. Indirectly...memang amat berguna & berkesan kaedah itu..Juga kalau bernasib baik, nurse2 di situ akan mengingatkan agar mambaca surah-surah tersebut.
Akhirnya selepas sembahyang Jumaat, baby selamat dilahirkan dengan suamiku di sisi... Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kurniaannya...comel sungguh!
Iman sekarang dah 12 tahun, dah besar. Seorang yang bertanggungjawab dan amat suka bercakap dan bercerita. Kalau makan orang lain dah habis, dia masih tak habis-habis, asyik berbual dengan Shasha. Dia juga yang diharapkan untuk menyiapkan Sarah (makan, mandi & berpakaian ) apabila transit waktu tengahari sebelum ke sek Agama. Tahun lepas Iman telah menduduki UPKK (Sek Agama) dan telah mendapat 6A 2B..tahniah dari mama & ayah. Tahun ni Iman akan mengambil UPSR. Mama & ayah sentiasa doakan agar Iman berjaya dengan cemerlang tapi kena study hardlah..kena kurangkan facebook, games dan apa jua aktiviti yang kurang berfaedah tu...dengar dan hormat orang tua, juga sembahyang harus diutamakan..baru lah berkat hidup ini...Juga doa agar semua yang terbaik buat kita semua..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment