Saturday, July 2, 2011

KEM MOTIVASI SKOR STRAIGHT A




Pada 25/6 & 26/6 yang lalu, Berita Publishing berganding bahu dengan Rebutia Excellent menganjurkan Kem Motivasi Skor Straight A. Bertempat di Melaka Tropical Fruit Farm, program bermula seawal 8 pagi. Seramai 62 peserta yang mengikuti kursus (termasuk 50 peserta adalah anak-anak
yatim tajaan MK Land).

Iman dan Danial pun kali ni turut serta.
Jumaat malam tu, selepas kerja kami terus bertolak ke rumah Alang yang berada di Seremban. Sampai dalam pukul 10++, Danish, Sarah, Shasha dan Arfan sampai ke 2 pagi baru teringat nak tidur. Iman & Danial tidur awal kerana takut terlewat..maklumlah, kami perlu tiba di sana sebelum 8 am, jadi seawal 6.15 am, selepas solat subuh kami pun bergerak ke sana.


Aktiviti agak padat, pada hari pertama habis dalam pukul 11 pm, selepas supper, aku turut menghantar Iman dan rakan-rakannya ke asrama yang disediakan.
Esoknya seawal 4.45 am sudah keluar ke asrama dan ke surau untuk aktiviti qiyamullail. Penerangan yang disampaikan oleh En Nizam amat menarik dan mudah difahami. Sebelum Sembahyang tahajud pelajar (& mak pelajar..he he he) di ajar terlebih dahulu, cara sembahyang (termasuk membaca niat dan sebagainya) seringkas yang mungkin semampu pelajar untuk dipraktikkan sendiri di rumah nanti.
Selepas berjemaah tahajud, penerangan tentang solat hajat pula diberi. Begitulah juga, usai solat hajat dan penerangan ringkas tentang solat witir sebagai penutup.
Majlis disambung pula dengan kuliah dan solat subuh berjemaah. Alhamdulillah …
Peserta diberi masa 30 minit untuk berehat & bersiap. 7 am, aktiviti luar bermula dan berakhir sejam kemudian. Selepas minum, peserta perlu ke dewan semula untuk meneruskan pembelajaran.
Di akhir kursus, penyampaian sijil dan sedikit cenderahati diberi kepada semua peserta.
Semoga ilmu yang diperolehi digunakan sebaik-baiknya...InsyaAllah...