Wednesday, December 28, 2016

Penang - Ipoh - Gua Tempurung, Perak

Tiba juga di Penang tengahari Isnin itu walau asalnya tiada langsung plan nak ke sana memandangkan baru aje berhabis di Kota Kinabalu.  Cuti panjang di waktu Krismas dan Tahun Baru, rugi pula kalau tak ke mana..

Terpaksa menunggu selama 2 jam untuk menaiki feri bermula 12.30 tgh, 26 Disember itu. Tiba lebih kurang 4.30 pm di hotel selepas lunch dulu di restoran di town...apalagi, nasi kandar le..

Sedikit kekeliruan tentang harga, tidak seperti yg di siarkan di dalam iklan agoda. Perlu menambah RM300 daripada asal, untuk mendapatkan apartment 2 bilik untuk 1 malam. Jumlah keseluruhan RMxxx..abis lari bajet sebulan...

Malam itu cuma menapau makanan dan makan di bilik hotel sahaja memandangkan Danish dan Sarah yang demam panas.

Paginya Shasha pula terkena jangkitan. Plan untuk ke Bukit Bendera dan melihat lukisan mural di tembok yang sering dipromosi terbantut. 12 pm check out, dengan rengekan Sarah yang x sihat, merimaskan semua terutama driver pada hari itu.

Malam itu tidur  di Kledang Jaya, Ipoh. Rumah lama warisan datuk bff@sham yang telah lama tiada dan kini dipendekkan cerita kepunyaan Suhaila, adik Sham yang kini bekerja di KL. Di rumah inilah Sham dibesarkan oleh Datuk dan Opahnya sehingga Tingkatan 1 sebelum ke asrama di Sek Men Sains Taiping.

Singgah di Gua Tempurung dalam perjalanan pulang. Danish dan Sarah  yang semakin kurang demamnya turut serta walau masih lemah. Shasha menuggu di dalam kereta kerana tidak larat.

Dikenakan tiket sebanyak RM8 dan RM4 untuk kanak2 bawah 12 tahun.

Harus menaiki anak2 tangga yang disediakan.
Pemandangannya amat menakjubkan.