Saturday, August 20, 2011

Ramadhan

Assalamualaikum,

Agak lama tidak mengupdate blog dek kerana kesuntukan masa, ditambah pula di bulan ramadhan yang mulia ini. Masa bergerak begitu pantas sekali dirasakan. Dengan kerja di pejabat dan dirumah yang tak habis-habis.

Ramadhan sudah tiba ke penghujung. Walaupun Syawal semakin hampir, Ramadhan akan kita rindui. Aktiviti anak-anak yang setiap malam bertarawih di masjid dan membawa bekal 'moreh' lalu berkenduri pula dengan makanan tersebut. Dengan Danish yang tak habis-habis cukai kuih raya. Berbuka beramai-ramai dengan adinda dan kekanda yang tersayang. Main bunga api dan mercun oleh anak-anak dan sepupu-sepupu mereka di waktu tengah malam. Satu frasa yang akan dikenang hingga bila-bila oleh mereka.

Bulan ini juga merupakan bulan yang amat bererti bagi kami. 23 tahun merupakan suatu tempoh yang bukan sekejap. Kata-kata di bawah adalah sedikit petikan daripada kiriman suamiku, cukup membuatku berasa terharu, tersentuh dan bersyukur pada ilahi dengan anugerah yang Allah kurniakan. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaanku buat masa ini, tetapi aku rasa dia faham betapa besar & bererti dirinya buat kami sekeluarga. Semoga kasih-sayang kami kekal & sentiasa mekar mewangi sehingga ke akhirnya:


Thanks for all the good, bad,sweet, sour, hot, passionate, tough, trying times, etc throughout the 23 years we've been together....i love u then and after 23 years i still do.....hope 23 years from now i will be able to say it again.....i know it wasnt easy being with me but i knew to you i am everything....again thanks for being everything to me...n i do hope u would never regret accepting me as your companion thru life n death..

Semoga Allah sentiasa memberkati kami dengan rahmatNya, memberi kejayaan & selamat di dunia & akhirat. Juga mempermudahkan segala urusan kami di dunia mahupun akhirat kelak.
Tidak lupa juga kesihatan yang baik, kesabaran yang tinggi buat kami dalam apa jua keadaan termasuk membesarkan anak-anak. Semoga yang terbaik buat kita semua...

Alfatihah buat kedua orang tua kesayanganku, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat olehNya dan agar ditempatkan di tempat orang yang beramal soleh...Amin.