8. Pagaruyung
Lebih kurang 8 am bertolak ke Pagaruyung selepas bersarapan di hotel. Singgah sebentar di Aur Kuning utk membeli sedikit buahtangan untuk yang tinggal.
Pagaruyung rupa-rupanya terletak di tanah tinggi juga.
Dalam.perjalanan mendaki bukit singgah sebentar di sebuah gerai yang banyak menjual kacang yg telah siap digoreng dan dibungkus dalam plastik kecil. Menurut Dodoi memang ia merupakan tempat penanaman kacang dan tebu. Dari air tebu juga mereka memproses gula melaka ( x ingat pula nama gula tu di sana)
Sambil menghilangkan dahaga, anak2 sempat bergambar dengan kerbau katanyer, yang kelihatan seperti seladang.
Tiba sudah tengahari, tidak sempat untuk melihat2 di dalam muzium. Padahal di sinilah segala info tentang asal usul Minangkabau boleh diperolehi. Sempat bergambar di hadapan muzium sebelum berpatah untuk ke airport. Perlu tiba dalam.pukul 2 pm memandangkan flight dijadualkan 4 pm.
Memandangkan masih sempat, singgah makan tengahari di Lamun Ombak sebelum ke airport.
Solat jamak di airport di surau yang disediakan di boarding area walau kawasannya agak terbuka...syukur alhamdulillah
Jika berpeluang, seronok juga kalau dapat ke sana lagi..
No comments:
Post a Comment