7. Jam Gadang
Dodoi menurunkan kami di sekitar Jam Gadang dan berjanji akan datang semula apabila di hubungi. Rupa-rupanya banyak terdapat gerai2 yang menjual pelbagai cenderahati di sekitar. Danish, Iman dan Sarah sibuk membeli key chain.
Sempat juga membeli sepasang lagi telekung cotton paris putih untuk diri sendiri. Berhampiran terdapat juga kompleks membeli belah. Tidak puas rasanya melihat kerana waktu operasi sudah berakhir. Mak sempat membeli sehelai blaus batik yang cantik.
Dodoi tiba dan membawa kiriman bosnya..cer teka, cer teka.....
3 biji durian yg besar2...alhamdulillah..
kami mengambil keputusan dinner dgn durian je mlm tu sbb baru aje mkn lewat ptg td..masih kenyang..
Menyambung agenda shopping di kawasan sekitar hotel. Kali ni membeli kain batik dan pelikat utk ipar duai juga t shirt n blaus utk anak2. Mak dan Ila dah lama naik ke bilik utk berehat. Danish sampi tertidur duduk menunggu dan mula meragam bila diajak balik ke bilik..
Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment