Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang, Sumatera Barat tepat jam 8.10 pg waktu sana. Perbezaan waktu ialah sejam lewat dr waktu di Malaysia.
Tansport telah siap menunggu. Dodoi memperkenalkan diri dan bercerita serba sedikit sejarah Padang dan Bukit Tinggi.
Memulakan perjalanan ke Bukit Tinggi yang mengambil masa dalam 2 setengah jam jika tidak berhenti.
Singgah makan soto dan lontong di Kedai Soto Angkasa tidak jauh dari airport. Agak mahal bayaran yang dikenakan 395k rupiah lebih kurang RM120 untuk 8/9 orang.
1. Air Mancur Lembah Anai.
Terletak di tepi jalan sahaja dalam perjalanan ke Bukit Tinggi.
Tiket masuk sebanyak 3k rupiah seorang untuk dewasa (rm0.90) dan 2k (rm0.60) utk kanak2.
Menurut lagenda ia merupakan.tempat mandian bidadari. Katanyer sesiapa yang mencuci muka di sungai tersebut sentiasa awet muda. Sempat pula Si Dodoi bergurau, dilarang terjun kerana dikhuatiri keluar dari air nanti menjadi baby....
Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk mencuci muka..he he
Padang Pariamang terkenal dengan.sengkuang dan jagung. Lebih kecil size sengkuangnya lebih manis isinya. Di sepanjang jalan terdapat deretan gerai yang menjual sengkuang dan jagung.
Hentian seterusnya lebih menarik dan kami agak lama di sini...jommm
bersambung..
No comments:
Post a Comment