Tahun ni jatuh pada Jumaat 1.8.17, penghulu segala hari..alhamdulillah..
Khamis sempat merendang 2 ekor ayam, membuat kuah kacang dan merebus sedikit nasi impit. Entah macam mana pada pagi raya rendang cuma tinggal sedikit...
Selepas solat raya bersiap untuk ke rumah Naza di Rawang, mak n apak disana jadi semua berkumpul di sana.
Kali ini rendang, lemang, kari kambing dan mi sizling menjadi menu utama. Bubur durian pun ada...Sesekali berjumpa dengan ipar dan biras seronok bersembang tak henti2, 'mengupdate' berita terkini. Alhamdulillah mak n apak sihat nampaknya.
Selepas solat Jumaat dalam 3.30 pm bergerak ke Seremban. Hajatnya nk menziarahi pusara arwah mak dan abah. Sehari dua sebelumnya Nora ada mengajak bermalam di Sendayan kalau turun ke Seremban. Alhamdulillah, ke situlah destinasinya selepas permintaan diperkenankan oleh King of the house...hee hee
No comments:
Post a Comment