Monday, September 4, 2017

Hanoi, Vietnam (3)


21.8.2017

Berpagi-pagian. Seawal 7 am sudah breakfast. Seperti biasa, menu yang selamat...roti n butter, buah-buahan beserta jus dan kopi.

8.30 bas telah sedia menanti untuk ke Halong Bay. Petang semlm Sham sempat menempah pakej untk ke sana selepas membanding 2/3 travel tour berhampiran hotel. Pakej terbahagi kepada 3 kategori, cheap, medium n VIP. Bermula dgn USD 30 seorang (lebih kurang RM 130) ke USD 50. Juga boleh dipilih untuk bermalam atau balik pada hari yang sama. Penuh pelancong mat saleh dan nampaknya kami berdua je dr Msia.

Terasa lama berada didalam bas dgn keadaan aircond yang tidak berapa sejuk. Bas dibawa dgn perlahan, sekitar 60 ke 70km/ jam dgn keadaan jalan yang tidak berapa baik. Jenuh..perjalanan selama 4 jam dan 4 jam untuk pulang.

Tiba di pelabuhan, menunggu seketika sebelum ke bot yang telah disediakan. Seafood merupakan menu untuk lunch  telah siap terhidang, dibahagikan kepada 6 org semeja...

Makan sambil.menikmati pemandangan indah. Kagum sungguh dengan ciptaan Allah..

Tiba, rupa-rupanya harus menaiki 220 mata anak tangga untuk tiba di gua...mujur tidak berjubah hari ini seperti semasa ke Gua Tempurung, Perak...he he

Singgah pula di sebuah teluk untuk berkayak. Sham mengambil keputusan untuk bersolat qasar n jamak di dalam.bot diwaktu ini memandangkan ramai yang turun berkayak..

Alhamdulillah, di penjuru bahagian hadapan bot, menunaikan kewajipan yang utama beralaskan majalah di bahagian.muka... Allahuakbar! Terima kasih Allah atas segala nikmatMu.

                     
6 orang semeja..hidangan seafood disediakan
gambar diambil dari atas semasa memanjat tangga naik bukit untuk ke gua.
nampak cam ok je dgn bground yang cantik di belakang. Hakikatnya Kak Ton berpeluh 1 badan dan badan pun bergetar sbb dh lama x exercise...he he... dan jangan x tau..2/3 hari betis k ton sakit ..h ehe

pancuran yang terhasil dr muka bumi
akhirnya...selepas menaiki 220 anak tangga....tiba jua ke puncak..sham di muka pintu gua
pancaran cahaya matahari menerobos masuk melalui lubang yang terdapat menghasilkan keindahan dan keunikan yg tersendiri

No comments:

Post a Comment