Saturday, February 24, 2018

Padang & Bukit Tinggi, Sumatera Barat (3)

Puas bergambar, singgah makan tengahari di kawasan sawah padi, sejuk mata memandang.

Lauk pauk yang dihidangkan lazat dan harganya.pun berpatutan. Di sini lauk2 akan dihidang di atas meja. Kita perlu asingkan ke tepi yang mana tidak mahu, jika tidak semua akan dikira walau tidak disentuh langsung.


3.. Lobang Jepang

Sehingga kini tidak diketahui jumlah sebenar, ribuan orang yang terkorban untuk membina Lobang Jepang ini. Mereka menggelarnya lubang, bukan gua, disebabkan  lubang ini memang dibuat oleh Jepun waktu zaman penjajah dulu.


Lobang Jepang terletak di Taman Panoram, Kota Bukittinggi, Sumatera Barat. Terletak tidak terlalu jauh dari Jam Gadang yang berada di pusat kota, 15 minit jika berjalan kaki, bermakna tidak jauh juga dari hotel kami.

Menurut Firdaus, lubang perlindungan tersebut, konon mampu menahan letusan bom seberat 500 kg. Pembinaan  lubang ini  sejak  1942 dan selesai pada awal Jun 1944, lebih kurang  2 setengah ke 3 tahun dengan kedalaman 50 meter di bawah  tanah.Gambar : setinggi itulah anak-anak tangga yang harus dituruni. Mak yang sering sakit lutut menguatkan semangat juga sebab ktnyer kena tahanlah sakit, kalau x, tak boleh bjalan.

Untuk membina lubang ini, Jepun mengerah tenaga buruh paksa dari Jawa, Kalimantan dan Sulawesi. Tiada penduduk setempat yang digunakan, dikhuatiri rahsia akan terbongkar. Penduduk tempatan dihantar ke wilayah lain seperti Bandung dan Pulau Biak, utk membina terowong di sana.Gambar : Inilah kawasan dapur....cuba tgk sape yg belakang sekali... Depan sekali  Firdaus sedang menerangkan lubang yang digunakan untuk membuang mayat2 terus ke sungai.


Menurut Firdaus, ia merupakan salah satu lubang atau terowong yang terpanjang di Asia, lebih kurang 6 km dan tembus di sekitar kawasan Ngarai Sianok, Jam gadang yang terletak berhampiran Istana Bung Hatta, dan di Benteng Fort De Kock yang masuk di wilayah Kebun Binatang Bukittinggi.


Awal pertemuan pada awal tahun 1950, pintu Lobang Jepang hanya 20 cm dengan kedalaman 64 meter. Setelah diambil alih oleh  pemerintah  pada 1984, mulut lubang tersebut dibuat lebih selesa untuk dilalui. Sayangnya dinding telah di semen dan di bahagian dalam juga banyak divariasikan untuk memasang panel listrik sehingga kehilangan bentuk aslinya.

Pintu masuk utama melalui Taman Panorama dan untuk turun harus menuruni ratusan anak tangga sebelum dibawa ke bilik2 yang terdapat di situ. Untuk keluar pula ada jalan lain yang akan  tembus di tepi jalan.

Ada 21 lorong kecil yang fungsinya sebagai ruang amunisi, bilik pertemuan, pintu pelarian, bilik penyergapan serta penjara. 

Namun yang menyeramkan adalah ruang dapur, yg terletak bersebelahan penjara, berfungsi untuk membunuh tahanan, dipotong di meja lalu dibuang melalui lubang air ke bawah, lalu dihanyutkan oleh sungai. Di bahagian atas adalah menara pengintai.

Ia juga menunjukkan kontur dinding lubang yang dibuat tidak sekata. Fungsi dari cerukan adalah agar suara dalam lubang tidak bergema. Jadi jika ada tahanan yang diseksa maka suaranya  hanya sehingga lorong ini saja.  Dindingnya, jika terkena air akan semakin kuat.

Bahagian hujung penjara telah ditutup. Selain memenjarakan mereka yang melawan dan tidak mahu bekerja ia juga berfungsi untuk memenjarakan wanita2 tempatan sebagai pemuas nafsu Jepun. Mereka tidak diberi makan berhari-hari lamanya.

Sebelum dibuka untuk umum, penduduk sekitar banyak menjumpai tengkorak dan alat untuk menggali seperti cangkul, peralatan makanan yang dibuat dari tempurung kelapa dan buluh. Semua alatan ini ada dipamerkan di muzium.

Biasanya pelancong yang diiringi pemandu  akan dikenakan sekitar Rm10 atau Rp 100.000 seorang. Melalui research yg dibuat kemudiannya, boleh juga jika tidak mahu menggunakan khidmat pemandu pelancong tetapi harus menaiki 132 anak tangga semula untuk keluar.

Jika  mengunjungi Bukittinggi, amat disyorkan untuk ke sini, merupakan sebuah peninggalan sejarah yang tidak kurang hebatnya. 

Ok..cukup kisah lubang jepun...

Check in di Hotel Ambun Suri. Berjanji dgn Dodoi utk makan malam selepas maghrib. Rasa lega bila dapat meluruskan badan dan berehat.

Bebek goreng pedas merupakan menu utama malam itu. Pertama.kali merasa keenakan bebek goreng semasa ke jogjakarta..mak n Ila x makan..tetapi masakan padang memang tidak mengecewakan..sambal cili hijau n merah merupakan fevret semua terutama Ila.

Pulang ke hotel, di approach oleh  2 wanita menjual baju, telekung, kain batik.dan sbgnya. Membeli kain.batik, berkongsi dgn mak 4 helai Rp 170k. Ila membeli 3 helai baju rumah yg selesa dgn harga Rp 170k klu x silap..


bebek goreng berlada menjadi menu utama malam itu.
Danish bergambar di hadapan hotel. Bangunan di sekitar bumbung berkonsep minangkabau.
di penjuru sebelah hadapan hotel. mereka berniaga hingga lewat malam dan menutup hasil jualan dengan plastik dan kerusi kecil...penjual berada di sekitar sahaja kerana awal pagi sudah di buka.




No comments:

Post a Comment