Ogos tiba jua, hari yang berlalu begitu pantas, tidak terasa sementelah rutin seharian yang sentiasa sibuk dengan anak2 dan segala macam urusan seharian.
Bulan Ogos yang sentiasa mengingatkan akan perasaan kasih dan sayang.
Hidup tanpa kasih sayang diibaratkan umpama sepohon pokok yang semakin menua dan mengering tanpa disirami dan dibaja. Akan layulah pokok itu tanpa keduanya lalu mengering dan mereput.
Teman, sahabat, cinta hati, suami dan ayah kepada anak-anak, anugerah istimewa yang Allah kurniakan. Mungkin tak sempurna , malah ada yang memandangnya kurang serba serbi tapi kehadirannya melengkapkan kekurangan diri sendiri. Begitu juga yang sebaliknya, saling memerlukan untuk menghadapi hari2 yg mendatang selagi menumpang di bumi Allah.
Harapan setiap insan, berada di puncak pelangi yang indah...tentulah terpaksa melalui pahit getir sebelum tiba ke puncak dan turun naik kehidupan seperti roda yang sentiasa berputar..adakala di atas dan ada masanya di bawah...supaya kita lebih menghargai apa yang ada kini setelah segala suka dan duka diharungi bersama. Tidak perlu ada rasa bangga diri atas segala pinjaman Allah..malah sentiasa bersyukur dgn segala limpah rahmatnya.
Terima kasih Allah atas kurniaMu, permudahkanlah suamiku memimpin kami, isteri dan anak2 ke jannah, in shaa Allah. Semoga Allah sentiasa memberi hidayah taufikiyah buat kami sekeluarga, menjadikan kami dlm golongan orang yg beriman dan tidak meninggalkan solat. Doa yang sama buat adik beradikku dan suamiku sekalian terutama ibubapa mentua yang dikasihi.
Terima kasih suami, 21@28 tahun yang berbagai 'perisa' walau adakala, perangai yang di luar jangkaan dan tidak boleh diterima oleh akal fikiran..
Buat Angah Azie n nora, selamat menyambut ulangtahun kelahiran.
Selamat Ulangtahun perkahwinan buat mak n apak@ 52 tahun, Mamat & Tasha, Naza & Ali dan zura & zali. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya.
No comments:
Post a Comment