Semasa menulis tarikh, menanda di quran usai mengaji subuh tadi, teringat tarikh kelahiran adinda yang ke 5 dalam keluarga. Dilahirkan pada 18/8/1971, 45 tahun yang lepas di Mantin, Negeri Sembilan, Norasimah nama diberi. Zaman kecilnya, merupakan antara warna warni pelangi yang indah yang turut mencorak , menambah rencah perjalanan hidupku
Waktu kecil digelar juga jepun terbakar..(he he..jgn marah aa..nanti kena jual) gara2 matanya yg agak sepet, tapi kulit yang agak gelap kerana terbakar dek asyik mengikut kakaknya (sapelah kakak yang bertuah sgt tu...) bermain x kira waktu waima di tengah panas.
Membesar dengan baik di Seremban, bekerja sebaik tamat spm di kilang berdekatan. Kadang2 arwah abah akan menghantarnya ke tempat kerja memandangkan kerjanya yang mengikut shif. Seronok juga ikut menghantar dan menjemputnya terutama bila shift malam, bulan ramadhan..bermula 10 pm x silap..selalunya akan abis dlm 5 ke 6 am camtu.
Sekarang telah berkahwin dan baru berpindah, menetap di Sendayan. Terakhir berjumpa dirumahku semasa beliau dan adik beradik yg lain berkunjung menziarahi ke rumah syawal yang br berlalu.
Jangan x percaya..jepun terbakar tu dah cerah..dan matanya ntah camner jadi besar..mengalahkanku yg makin kecil..sejajar dgn proses penuaan...he he .(..yang masa rumaja agak besar..dan sering dikaitkan dgn Uji Rashid ..he he)
Pemergian arwah emak yang awal, di kala usia 48 tahun, setahun selepas pemergian Arwah Abah..turut cepat mematangkan kami 3 beradik sebenarnya, termasuk Nazri. Ketika itu aku berulang bekerja di Jalan Riong, Bangsar...selalunya..awal pagi, sesudah subuh dah keluar dan akan balik malam..paling cepat pun jam 8 pm.
Tugas Nora amat berat sebenarnya, harus masak untuk kami ber4. Aku akan mengambil alih tugas memasak di hujung minggu sahaja. Alhamdulillah , dipermudahkan Allah..krn selalunya arwah mak yang rajin..yang akan masak..dgn berbagai resepi istimewa..kami cuma membantu sahaja..
Alhamdulillah..bersyukur dpt memantau adik2 yang ber3..cuma kami saja yang tau bagaimana rasanya..kakak2 n abang masa tu sudah ada kehidupan sendiri.
Teringat juga , pernah dimasukkan ke hospital Seremban kerana sakit perut yang sampai sekarang tidak diketahui sebabnya. Dialah juga yang menemani diwaktu malam, tidur dikèrusi..mmg x dapat dilupakan saat itu..terima kasih nora atas masa2 itu dan masa2 yang telah kita lalui bersama..
Semoga waktu yang masih berbaki ini kita cuba isikan dengan perkara2 baik, amal ibadah yang baik, semampu mgkin..in syaa Allah. Semoga Allah mengampuni dosa2 kita..
Di ambang usia yang ke 45 ini...didoakan agar Nora sekeluarga sentiasa diberkati Allah, dikurniakan hidayah taufikiyah sentiasa, kejayaan dan kebahagian di dunia dan akhirat dan dimurahkan rezeki sentiasa....aamiiin!!
Terima kasih
ReplyDeleteAaminn..semoga yg trbaik utk kita semua ya...
ReplyDeleteeh x perasan ade msg..yeayy..berjaya gak!
ReplyDeleteaminnn...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete