Menerusi jendela rumah kelihatan anak2 berjalan ke sekolah, loceng hampir berbunyi menandakan waktu belajar akan bermula.
Berehat sebentar melepas lelah sebelum mula membuat kerja2 yg sepatutnya. Alhamdulillah..tidak lagi terikat dengan waktu pejabat yang sangat padat dan panjang..yang sentiasa pula diberi task2 baru yang menyesakkan...bila diamanahkan harus pula cuba melakukan yang terbaik. Berpeluang membuat perkara2 yang tidak dapat dibuat sepanjang 26 tahun bekerja.. alhamdulillah.. sungguh cantik aturanNya yang telah dibuat perjanjian sejak dr loh mahfuz lg..
Alhamdulillah..usai solat subuh, mengaji dan mmbaca yasin, melihat anak2 ke sekolah..hati x henti2 memuji akan kebesaran Allah..semoga terus diberi kekuatan olehNya untuk melakukan yang terdaya, sebanyak mungkin..semoga terus istiqomah dalam mendalami dan mencari ilmu...
Ketiadaan suami tercinta atas urusan kerja di luar daerah selama 3 hari memberi ruang untuk terus bermonolog..
Kejahilan masa lampau yang amat merugikan..astaghfirullah..semoga Allah mengampuni dosa2 ku juga suami, kedua ibubapa dan anak2 ku...kurniakanlah kami syurga tanpa hisabmu..
Kehidupan yang memang tidak boleh lari dari keduniaan cuba diseimbangkan dgn amal ibadat yang di hujung jari cuma..Allahuakbar! Yang kumohon cuma kekusyukan, dan kekuatan dlm menjalani ibadahMu.
Allahu Rabbi..dalam meniti usia yang semakin senja..hati sering berkata2..cuba memperbaiki dan menambah apa yg boleh walau kudrat ternyata tidak sekuat dulu!
Semua orang sibuk dengan kehidupan seharian yang pelbagai urusannya, walaupun dia hanya seorang pelajar. Masa yang ada cuba digunakan sebaik baiknya bergantung pada keutamaan seseorang, walau ada kala turut tersasar dr yang dirancang. Perubahan rancangan walau sedikit akan memberi impak yang besar tanpa disangka. Perbuatan yang x disengajakan ada kala menghiris perasaan orang lain atas kepentingan diri sendiri...bukanlah satu sikap yang terpuji...
Subuh tadi, tiba2 teringat..
28/7/81 hari yang istimewa..masih terbayang2 lg arwah mak yg sakit nak melahirkan dan terpaksa di hantar dengan ambulan ke Hospital Seremban. (masa tu tinggal di Kuala Pilah).
Alhamdulillah..seorang bayi yang comel lahir. Bayi terpaksa di letak di dlm inkubator kerana lahir tidak cukup bulan, selapas 2.minggu baru dibenarkan pulang.
Mohd Hafizi b Mansor, yang dikasihi semua orang terutama arwah abah , yang menjadi peneman di kala waktu usia emasnya.
Semoga Hafiz sentiasa dirahmati Allah..dipermudahkan urusann, diberi hidayah taufikiyah oleh Allah swt. Semoga hidupnya lebih diberkati, dgn hala tuju yang dipermudahkan Allah sentiasa...semoga semua yg terbaik untuknya dan kita semua...amin!
...Semoga kita terus mendapat hidayah dariNya dan menjadi insan yang lebih baik...
ReplyDelete..dan semoga Allah permudahkan segala urusan dan jauhkan dari sebarang kesulitan... Amin Yarrabbal Alamin
...Semoga kita terus mendapat hidayah dariNya dan menjadi insan yang lebih baik...
ReplyDelete..dan semoga Allah permudahkan segala urusan dan jauhkan dari sebarang kesulitan... Amin Yarrabbal Alamin
baru perasan ada message..
ReplyDeleteIn shaa Allah kita semua diberi hidayah taufikiyah oleh Allah swt..
semoga kita dan keluarga tergolong dalam golongan yang tidak meninggalkan solat, tiada perasaan riak atau bangga diri..dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan...