Sabtu lepas, sesudah subuh bergerak memulakan perjalanan ke Kuantan. Niat utamanya, en suami berhajat untuk menziarahi kawan sekolah, yang sedang sakit, koma beberapa hari akibat sakit jantung. Walau dah sedar beberapa hari selepasnya, rasa tanggungjawab atas nama persahabatan..itulah yang menggerakkan kami ke sana.
Singgah minum di Bentong, nasi dagang dan nasi lemak manjadi pilihan.
Tiba, mendapat berita yang beliau sudah keluar hospital dan tidak dapat pula untuk dihubungi. Jadi sementara menunggu, kami singgah makan di Mabiq , Tg Lumpur. Mendapat coverage yg meluas di internet, memang tidak mengecewakan. Tempoyak patin, pais patin dan gulai lemak cili api daging salai menjadi menu utama. Harganya pun amat berpatutan.
Cuma agak terkilan kerana aku meletakkan standard yang tinggi gulai tempoyaknya memandangkan tempat asalnya di sini..tapi secara peribadi Tempoyak Catering di Shah Alam lebih terasa kelazatan dan keenakannya.
Check in di hotel, Sarah dan Danish sempat mandi sebentar di kolam. Selepas asar bersiap untuk ke rumah Azman.
Panjang sembang Sham dgn kawan lamanya. Ramah isterinya melenyapkan rasa yang berbagai atas musibah yang menimpa. Menurut Ina, ketiga2 saluran ke jantung suaminya tersumbat dan dijadualkan menjalani pembedahan pada awal November. Allahuakbar...besar dugaannya, semoga Allah permudahkan segala urusannya dan diberi kesembuhan dengan kadar segera.
Pulang, singgah pula di rumah sahabat sekolah lamanya di Bentong, Khusaini. Sempat tumpang solat dan minum petang sebelum pulang ke Sg Buloh. Alhamdulillah semoga ukhwah yang terjalin sentiasa diberkati Allah..
No comments:
Post a Comment