Tuesday, March 10, 2015

Makkah Al- Mukarramah - Umrah Yang Pertama (6)

UMRAH


Merupakan acara kemuncak yang ditunggu-tunggu. Secara peribadi, merupakan proses penyucian jiwa dan permulaan bagi sebuah kehidupan yang lebih dihiasi dengan iman dan taqwa..in shaa Allah.

RUKUN UMRAH :

1)  Niat di miqat
2)  Tawaf 7 pusingan keliling kaabah
3)  Saie dari Safa ke Marwah, 7 kali pergi dan balik
4)  Bercukur atau gunting rambut di kepala
5)  Tertib

Berkumpul di bawah sebelum berjalan beramai-ramai ke Masjidilharam, diketuai Ustaz Roslan. Senak dan kecut perut yang dialami setiap kali menghadapi peperiksaan besar sejak sekolah datang lagi..
"Ya Allah..kau permudahkanlah segala urusan kami dalam mengerjakan umrah ini..sejauh ini aku datang untukMu meninggalkan segalanya..terimalah ibadahku yang serba kekurangan..."

2)  TAWAF

Ustaz membawa kami tawaf ditingkat 1 memandangkan rakan sebilik, makcik Jameah berkerusi roda, tidak dibenarkan tawaf di bawah. Alhamdulillah...

"Tidak ada tuhan yang disembah dgn sebenar-benarnya melainkan Allah yang maha Esa....." bacaan doa dimulakan sebaik pertama kali melihat kaabah. Allahuakbar...

Selepas niat tawaf dibaca, maka bermulalah tawaf bermula dari penjuru atau garisan Al-Hajar Al-Haswad sebanyak 7 pusingan. Sewaktu bertawaf sentiasa menjadikan Baitullah disebelah kiri, jika terpesong pusingan terbatal dan hendaklah diulang semula pusingan itu sahaja.

Kata Ustaz memadai berzikir yang pendek-pendek, tak perlu doa yang panjang seperti di dalam buku, yang penting fokus dan penghayatan.

Selesai tawaf, solat sunat di belakang maqam Nabi Ibrahim, jika tidak dapat di Lengkungan Hijr Ismail. Jika tak dapt juga di mana-mana berhampiran Baitullah dan tidak dapat juga dimana-mana di dalam masjid.
Disunatkan meminum air zam-zam, semasa minum disunatkan membaca doa:
Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya aku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat , rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit"

3)   SAIE'
Saie merupakan rukun ke 3 yang wajib disempurnakan. Bermula dari Safa dan berakhir di Marwah. 7 pusingan yang  jarak keseluruhan lebih kurang 3 km. Setiap kali tiba di bukit safa atau marwah harus menghadap kiblat dan membaca doa tertentu.

Ustaz Roslan sering mengingatkan di samping zikir yang dibaca penghayatan amat penting..kisah sejarah Siti Hajar yang berulang-alik dari Safa ke Marwah. In shaa Allah akan diceritakan kemudian..

Masih terbayang sokongan yang diberikan oleh semua yang kelelahan terutama Ustaz Roslan kepada Sham...alhamdulillah.
Jika penat boleh berhenti minum air zam-zam yang banyak disediakan di dalam tong-tong di sepanjang jalan. 

4)  TAHALUL

Tahalul (bercukur atau menggunting rambut) membatalkan segala pantang larang semasa dalam ihram. Syukur, alhamdulillah..

5)  TERTIB

Mengerjakan rukun umrah mengikut susunan satu demi satu.
Selesai dalam pukul 4 am..dalam sejam lagi masuk waktu subuh.  Solat fardhu pertama di masjidilharam..
Allahuakbar!


No comments:

Post a Comment