ladang teh...sejuk mata memandang. |
Cuti sekolah sudah tiba dipenghujung. Awalnya memang tidak ada plan nak ke mana pun..maklumlah baru aje ke Penang ari tuh..tapi entah macam mana, pagi Sabtu tuh kitorang bersiap-siap setelah Che' Shamsul bermurah hati melayan permintaan anak-anak. Plan asal ke Trolak bertukar setelah sebulat suara bersetuju untuk ke Cameron Highlands. Mari kita ikuti perbualan di bawah :
Danish : Mama, kita nak pergi Trolak tu ada kolam air panas, kan?
Aku : Yalah..kenapa?
Danish : Kita nak mandi air panas, kena masuk soyang-soyang ke?
Aku : Taklah..ramai-ramai pun boleh..
Danish : Mandi boleh pakai baju ke?
Aku : Eh..memanglah pakai baju...(mula terpk hala tuju perbualan pendek tersebut)
Danish : Kalau nak masuk, kena bayar 10 yen ke 100 yen?
Confirm..pengaruh Hagemaru. Kan ke penduduk Jepun
gemar aktiviti mandi air panas dalam keadaan b***l...he he he..bayangkan macam manalah agaknya yang dia dok imagine keadaan kolam & orang yang mandi di kolam tersebut..ha ha ha
Danish agak kecewa pada mulanya kerana tidak jadi ke Trolak.
Aku terpaksa menerangkan keadaan yang sebenar & dia puas diketawakan oleh kakak2 & abangnya.
Malam tu, sejuk sungguh, ditambah pula hujan renyai. Suhu dalam sekitar 17 celcius - 18 celcius. Sejuk giler tu...tapi masih sempat keluar untuk minum teh dan makan jagung panas...sempat juga sambar sehelai dua t-shirt untuk Shasha dan Iman sebagai kenangan...
Di celah-celah pokok teh |
Pagi esoknya selepas breakfast di Brinchang, bersiap-siap untuk check-out pada pukul 12 tghari. Semua tidak melepaskan peluang untuk berjalan di sekitar Mardi..semua ada di sini..ladang teh, tanaman & bunga-bungaan yang cantik dan macam-macam lagi. Danish tidak ketinggalan melawat kandang arnab yang terdapat di situ. Shasha & Iman asyik dengan berjenis-jenis bunga ros yang terdapat di Taman Ros.
Cantik pemandangannya, kan... |
Sempat makan ais krim strawberry & strawberi bersalut coklat.. |
Singgah di pasar untuk membeli sayur & strawberry sebelum bertolak pulang. Danish kata, "Mama, bestlah...lain kali kita datang lagi ya.." "Ya, ya..InsyaAllah, lain kali kita datang lagi....."
No comments:
Post a Comment