SELAMAT PENGANTIN BARU (3/3/12)
.
Bak kata suamiku Sham, "Abang Nizamlah yang menyambut tetamu, dia jugaklah yang ke depan ke belakang, untuk memastikan semuanya ok..(agaknya kalau diberi pilihan mesti dia lebih selesa memakai t-shirt dari baju melayu tuh..) Dia jugaklah yang sibuk menguruskan hal tok kadi, set date & time nak nikah..tu tak pening kepala memikirkan masalah tetamu..takut tetamu melebihi makanan yang disediakan..stress tuh..
Dan kepada ahli keluarga yang lain juga..terima kasih yang tidak terhingga..tanpa kalian semua, majlis tidak akan berjalan dengan lancar.Di sini juga, inginku mengambil kesempatan memohon maaf, jika ada kekasaran bahasa atau ada kekanda atau adinda yang berkecil hati sepanjang kita di sana. Al-maklumlah..tujuan kita di sana adalah untuk melancarkan segalanya.
Abang Isa juga yang selama nih susah betul nak ambil cuti (maklumlah..kerja shift) tetapi kali ini turut berada di sana hingga majlis selesai..alhamdulillah.
Suka sangat gambar ni..seri seorang yang bakal bergelar isteri |
Pagi Sabtu itu, sewal 5 pagi kami telah mula bersiap siap..maklumlah..ramai..kena bergilir-gilir mandi & bersiap. Ada juga pagi tu baru nak menggosok baju. Selepas bersarapan, kami bergerak ke masjid. Tepat 9.00 pagi seperti yang dijadualkan semua telah tiba. Tetapi Tok kadinya tiba dalam pukul 9.20 am. Sebab?? Tok kadi terlupa nikah kat masjid, walaupun dia sendiri yang request..dia pi kat umah pengantin lak..(berselisih jalan kot..) Nora sah menjadi isteri orang dengan sekali lafaz sahaja. Alhamdulillah...
Masa ni jugalah berpeluang untuk berjumpa dengan saudara-mara yang sudah lama tidak ketemu.

Tina diapit oleh 2 daripada gadis bunga telur...Iman & Nadia...he he he |
Mak Andak dikelilingi anak-anak buah |
Pengantin lelaki tiba disambut dengan paluan kompang yang kedengaran dari speaker Nazri. Ohh...lupa pulak nak citer..selain dari menyambut tetamu, Nazri juga ditugaskan untuk menjaga audio/alunan muzik daripada CD koleksinya sendiri. Malam sebelumnya, kitorang dah siap testing dah..budak-budaklah yang paling kecoh. Pengantin berarak masuk ke rumah. Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu, majlis menepung tawar dimulai selepas sedikit kata-kata aluan dariku untuk memulai majlis. Dimulai dengan keluarga sebelah perempuan, diikuti keluarga pihak lelaki dan sahabat handai.
Majlis ini diiringi oleh muzik gamelan dari Nazri..syahdu rasanya...punyalah ramai orang sampai nak berjalan pun susah. Tapi sempat juga menarik tangan Jirene (isteri kepada boss suamiku yang berasal dari Switzerland), untuk merasai pengalaman menepung tawar!
Petang, tetamu beransur pulang. Anak-anak yang selama ini buat hal sendiri aje, pulang dengan baju yang basah..rupanya sempat main air becak di taman. Semua mengambil peluang untuk berehat sebab malam nanti upacara memotong kek dan membuka hadiah akan diadakan.
bersambung.....
Sekalung tahniah diucapkan kepada kekandaku yang tersayang (hehheh.. ayat skema ateh) nora dan suami tercinta shafie, kami sentiasa mendoakan kebahagiaan buat kalian berdua, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. amin yarrabal alamin..
ReplyDeleteWalaupun penat berapa hari tidur tak menentu, tapi rasanya semuanya senyum kepuasan setelah semuanya berjalan lancar dan sangat seronok dapat berkumpul seisi sekeluarga...