Sempat bergambar beramai-ramai di Muzium Adat, Jelebu |
Malam itu, selepas Maghrib, upacara memotong kek & membuka balutan hadiah dimulakan tanpa kehadiran Azie & family.
Kek yang cantik itu, dipotong & dibahagikan kepada semua.
Sorakan dan tepukan diberikan tanda sokongan apabila hadiah dari ahli keluarga dibuka. Gamat sungguh, macam-macam aksi dapat dilihat. Rasanya itulah klimaks event kitorang weekend tuh.
Gambar-gambar dari kamera dan video kamera pula dipasang. Haa...masa inilah acara kutuk mengutuk dan sorakan diadakan..gambar mak jugak yang banyak..sebab??
Abang Isa memang suka nak mengenakan orang dengan pelbagai aksi yang diambil. Mungkin nasib menyebelahiku hari itu kerana mungkin dah lewat malam, semua dah penat..he he he..
Malam itu, kami menyusun atur tempat tidur kerana pengantin perlu tidur dibilik pengantin. Maknanya alang & family kena tidur di luar...he he he. Dipendekkan cerita, alhamdulillah...semua ok..walaupun kalau orang luar tengok..tidur cam sardin...he he he..
Budak-budaklah yang paling seronok.. |
Kelakar giler...he he he |
Pagi Ahad itu, dalam pukul 11.45 am gitu, kami bertolak ke Jelebu, sedikit jamuan menyambut dan merai pengantin diadakan bersekali dengan majlis cukur jambul.
Lihatlah aksi diorang nih di Muzium Adat, Jelebu. Mesti petugas di situ terkejut dengan kunjungan 8 buah kereta secara tiba-tiba....
Cuba tgk Iman kat tgh2 tuh..pose maut tuh...
Buat Nora & Shafie - Semoga ikatan perkahwinan yang baru dimeterai ini akan kekal abadi. Juga agar dikurniakan anak-anak yang soleh, dilimpahi keberkatan dan kemuliaan oleh Allah Taala.
Antara peristiwa penting di sepanjang majlis :
1) Disebabkan musim hujan, ada yang mencadangkan supaya mengikut petua orang tua-tua iaitu mencampakkan baju pengantin yang belum dicuci ke atas bumbung. Mungkin secara kebetulan, hujan renyai yang turun seketika berhenti bertukar dengan cuaca yang panas terik..alhamdulillah
2) Bilik pengantin banjir...he he he..sejuk pengantin..harap berkekalan hingga ke akhirnya.
3) Alang mendapat pujian yang bukan sedikit dari sedara-mara bila melihat betapa cantik & kreatifnya langsir jahitannya..siap ada yang nak menempah...itu belum tempahan dari Iman untuk majlis perkahwinannya nanti (Iman baru berusia 14 tahun!!). Siap dah booked colour biru lagi tuh...
4) Mak Long dan Pak Su yang tinggal di Taiping yang dah lama lost contact, dan baru-baru ini dapat dihubungi semula, hadir ke kenduri tersebut. Alhamdulillah...
5) Aida yang agak tensi dengan kenyataan-kenyataan tentang berat badan...he he he
6) Pak Cik Nazri yang menjadi geng & favourite anak-anak sedara yang semakin remaja & dewasa.
7) Buat sesiapa yang tak perasan, Nizamlah sebenarnya yang memulakan agenda "tepuk tangan" masa majlis membuka balutan hadiah..masih tak boleh lupa wajahnya masa tuh..kelakar sungguh...he he he
8) Ami yang dok ikut Tina dengan harapan banyak gambar kali ni (Tina yang ambik gambar guna kamera Nazri), rupa-rupanya cuma ambik gambar lantai & badan orang tanpa kepala sebab x tau adjust guna Pak Longnyer video camera. Hancus!!
9) Semasa pangantin baru aje duduk di pelamin, anak-anak buah kecil Nora duduk betul-betul didepan pelamin. Hakim sempat membelek kasut yang dipakai Nora sambil menggeletek dan mengusap kaki Nora yang memakai stoking..alahai..nasib baik Andak tak terjerit terkezut...
10) Aida yang duduk disebelahku semasa majlis pernikahan terpaksa lari ke belakang bila Hakeem wat perangai...Sabar!!
11) Dalam keadaan yang serba sibuk dan kalut itu, tiba-tiba Kak Seb datang menghampiriku dan bertanya "Teh, ni barang hantaran nak tukar ke?" Sudah...dah lupa langsung tentang barang hantaran tuh..kalau tak..bayangkan..pengantin bawa pulang barang sendiri...he he he
12) Di waktu itu jugalah tetiba sebahagian duit hantaran yang diletakkan di dalam album diserahkan padaku..sudah..mana plak nak letak nih..akhirnya disorokkan dalam almari alang dan minta tolong Ami tengok-tengokkan..kot hilang, naya tuh..siapa nak disalahkan..
12) Danish demam..hingga ke hari Selasa berikutnya masih belum bersekolah..
13) Alang & Along yang kecoh dengan "Jalik" - seorang kanak-kanak lelaki yang tiba-tiba sahaja bermain & mengikuti anak-anak buah kecil yang lain, menghantar sehingga ke kereta - yang kemudiannya baru diketahui, sebenarnya adalah anak petugas di muzium...he he he
14) Jangan tak tau, acar buah buatan Kak Seb yang telah diasingkan sedikit, telah selamat sampai ke Sg Buloh...he he he. Sorry Kak sab, mungkin weekend nih baru ke Pantai Dalam.
15) Sambal Tumis telur rebus (telur kenduri Nora...he he he) menjadi menu utama di minggu ini... (2 kali tuh dalam minggu nih...he he he)
16) Kek pisang along merupakan favourite Danish..jangan tak tahu, kitorang siap dibekalkan sebuku sorang untuk dibawa pulang.
17) Sembang dengan Alang dilewat malam (orang lain suma dah tidur, jadi kitorang terpaksa berbisik-bisik) tentang kisah silam, menjadi sesuatu yang abadi untuk dikenang..
No comments:
Post a Comment