Muhammad Danish nama diberi sempena nama Nabi-nabi kita yang terdahulu. Dilahirkan pada 9/3/2006 dan memang amat dinanti-nantikan oleh kami terutama Sarah yang memang sayangkan baby.
Danish lahir 3 minggu awal dari yang doktor jangkakan. Masa tu aku masih di office, bekerja dengan penuh dedikasi..(perasan sendiri ..he he he). Tapi masa tu dah rasa sakit kat bahagian bawah bila berjalan, sampai terpaksa kirim kat Su tapaukan lunch. Masa tu x terfikir pun dah nak bersalin sebab awal lagi. Tapi bila suamiku mengingatkan mungkin dah sampai masanya, terkedulah pulak. Macam-macam yang difikirkan..petangnya dijemput suami dari office, terus bertanya samada nak terus ke Pusat Rawatan Islam (masa tu baru aje berpindah ke Jln Tun Razak).
Aku membuat keputusan untuk balik ke rumah dulu, bersiap lebih kurang & yang penting nak kena tengok anak-anak dulu. Sampai di rumah, terpaksa naik tangga ke bilik perlahan-lahan kerana memang bahagian bawah tu memang dah sakit...rasa macam kat bawah sangat dah..
Lepas mandi & solat (solat duduk aje..kat atas katil..kaki pun melunjur ke bawah..amat tidak sempurna rasanya masa tu...tapi sempat memanjatkan doa pada Allah agar dipermudahkan segalanya..) kami berdua pun terus ke hospital. Mujurlah masa tu ada maid yang boleh menemankan anak-anak dirumah.
Sampai di hospital lebih kurang pukul 10 pm ++, suamiku menurunkanku di wad kecemasan lalu beredar untuk mencari parking. Aku mula melangkah perlahan-lahan sambil cuba menahan rasa sakit tu..Mujurlah ada pembantu hospital yang dgn segera datang membawa kerusi roda, lalu menempatkanku di satu corner sementara dia membuat pendaftaran untukku. Alamak, malulah pulak masa tu.., macam tak berdaya sangat, siap facing tempat lain tu, tak nak orang nampak..sambil tu tercari-cari kelibat suami yang tak muncul-muncul lagi..
Di labour room, setelah pemeriksaan dibuat, rupa-rupanya pintu rahim dah terbuka 4 cm...patutlah..
Setelah segala proses yang perlu dibuat oleh nurse yang bertugas, berulang-alik pula ke tandas yang memang disediakan di dalam bilik. Hingga dilarang ke toilet lagi, lalu dipakaikan pampers..hmm..any comment ke? Juga segala wayar/ tiub yang perlu untuk mempercepatkan proses. Keadaan baby di dalam kandungan juga dipantau dengan menggunakan kemudahan yang tersedia.
Penguat semangat yang seorang tu sentiasa di sebelah, menemaniku. Lebihkurang pukul 2 ++ pagi, Dr Daud tiba menyambut baby di labour room sebelah. Selepas tu, singgah untuk melihat keadaan diriku untuk membuat pemeriksan..sambil berkata " Ni, lambat lagi ni..." lalu keluar..Entah nak dijadikan cerita, x berapa minit lepas dia pergi, perutku memulas-mulas seperti hendak ke toilet. Lantas menyuruh suamiku menginform nurse di luar. Suamiku yang pada mulanya agak keberatan (takut lambat lagi masanya) ikutlah juga..Kuasa Tuhan, masanya memang dah tiba..Dr Daud segera dipanggil (yang selepas tu baru kuketahui x sempat nak duduk pun selepas keluar dari bilikku..)
Alhamdulillah, seorang bayi lelaki yang amat dinantikan oleh suamiku (yalah selepas Danial, 3 perempuan). comel sungguh..sesungguhnya Allah mempermudahkan segalanya, syukur!
Shasha, Danial, Danish Sarah & Iman di mercu tanda Langkawi
Danish memang amat dimanjakan oleh kakak-kakak dan abangnya. Tapi yang paling manja tentulah dengan mamanya. Umurnya sekarang dah 4 tahun, kuat menyusu. Sekarang ni menjadi kawan baik ayahnya, peneman ke sana sini (maklumlah ayahnya kerja sendiri). Danish ni sebenarnya lewat bercakap. Dia mula pandai bercakap semasa umurnya 3 tahun. Menurut ibu mentuaku, rupanya Che' Shamsul tu dulu pun gitu jugak, tapi bila dah boleh bercakap, tak boleh berhenti pulak...Masa tak pandai cakap lagi tu, dia agak creative untuk berkomunikasi dengan menggunakan sign language yang direka sendiri..
(Gambar ni diambil waktu malam, dalam kereta, sila abaikan cahaya lampu tu ya...he he he)
Itulah dia Muhammad Danish..bijak, manja, lasak dan selalu mahukan perhatian terutama dari orang yang disayangi...Semoga Danish sentiasa berjaya di dunia & akhirat, dalam apa jua yang diceburi, doa ayah & mama sentiasa buat anak-anak yang tercinta..
No comments:
Post a Comment