Wednesday, June 9, 2010

Perpustakaan & Muzium Selangor

Berlatarbelakangkan Perpustakaan Selangor

Cuti sekolah baru saja bermula dari 5/6/10 ke 20/6/10 (2 minggu). Siang-siang lagi Iman telah memberitahu yang minggu pertama cuti (sehingga hari Ahad) semua murid yang akan menduduki UPSR tahun ini diwajibkan menghadiri kelas tambahan yang diadakan di sekolah. " Kalau nak gi jalan, minggu kedua kita free. Apa plan kita cuti kali ni mama?" Hmm..aku cuma terdiam sambil berfikir..budak-budak sekarang.. tak macam kita dulu..



Di bahagian belakang perpustakaan, cantikkan pemandangan tasik dari situ

Jalan masuk ke perpustakaan

Sudah beberapa kali Shasha menyuarakan hasrat di hati nak pergi ke perpustakaan. Jadi di suatu hari yang indah tu, En Shamsul berkenan untuk menyempurnakan hajatnya tu. Mereka berlima dibawa ke Perpustakaan Selangor (Di Shah Alam). Pertama kali ke sana, membuatkan mereka amat teruja. Cantik & amat strategik tempatnya..bangunan 3 tingkat dan bersebelahan dengan Muzium Selangor (Juga 3 tingkat).

Sarah di muzium - di bahagian haiwan yang telah diawetkan

Iman, Sarah, Danish & Shasha

Menurut Iman, perpustakaan tersebut dibahagikan kepada bebarapa kategori. Untuk 12 tahun ke atas, kawasan nya begitu sunyi. Untuk bawah 12 tahun, faham-faham ajelah...bangku-bangku kecil & meja disediakan. Anak-anak yang berumur 3 -8 tahun, bukan boleh duduk diam (Ini termasuk Danish yg menurut Iman asyik suara dia aje yang kedengaran..). Tapi yang kelakarnya, bila petugas perpustakaan datang ke situ, semua orang akan senyap..bila dah pergi , bising balik...pandai pulak tu..he he he..

Sarah dengan diorama - sejarah Selangor

Shasha, Sarah dan Iman sedang berposing, Danish tengah fikir apa tu..

Sebelah petangnya mereka dibawa pula ke Muzium Negeri. "Penat, sebab besar sangat.." begitulah komen anak-anakku..tetapi menurut suamiku, agak menarik sebenarnya muzium tersebut. Terdapat section haiwan-haiwan yang telah di awet/ replika yang tentunya menjadi tarikan bagi kanak-kanak, Diorama yang terdiri dari replika/patung-patung kecil dipersembahkan dengan cara 3D, bergantung pada sesuatu situasi/sejarah/lokasi. Ini terbukti dapat menarik minat anak-anak untuk mengetahui dengan lebih mendalam sejarah tersebut.


Danish kata "mama inilah tempat spiderman..."


Sarah & Danish

Jadi sekiranya ibubapa tidak berkesempatan untuk membawa anak berjalan atau melancong, nah, ini adalah satu aktiviti yang menarik boleh dipraktikkan. Selain itu, Zoo Negara, Muzium Negara, Taman Burung, Akuaria & taman-taman yang menyediakan pelbagai aktiviti juga tempat beriadah juga antara tempat yang boleh di lawati. Jika di sekitar Kepong/Sg Buloh, Selangor, boleh ke Bkt Melawati untuk menjejaki tempat bersejarah , melihat monyet yang banyak terdapat di sana. Juga boleh melihat kelip-kelip yang banyak terdapat di sepanjang Sg Kuantan.

Tapi yang pastinya, selepas menjemputku di pejabat, semasa dalam perjalanan balik, Danish berkata dengan bahasa pelatnya tu , "Ni, nak gi mana ni, nak gi mah Opah ke?" Hmm....

No comments:

Post a Comment