Salam..
Cuti sekolah baru aje berlalu. Tak ke mana pun kali ni..Ke Seremban, visit kakak yang tinggal di sana dan memang dah lama tak jumpa. Sempat bawa budak-budak mandi-manda di Port Dickson dan yang nak dikongsi bersama kali ni..Muzium Tentera Darat Port Dickson. Jika sesiapa yang berkunjung ke Port Dickson atau dalam perjalanan ke Melaka, silalah singgah ke Muzium ini.
Excited sungguh Sarah & Danish di hadapan helikopter
Pertama kali berkunjung ke sana (itu pun, setelah beberapa kali dicadangkan oleh Alang...bukannya tak nak pergi, setiap kali ke sana asyik tutup aje...secara kebetulan aje) membuatkan diri amat teruja dengan persembahan yang ditonjolkan. Cantik, menarik & creative..mungkin tidak keterlaluan jika ungkapan ini di beri.
Masuk sahaja di kawasan muzium, kelihatan deretan kereta kebal, kapalterbang, helikopter, keretapi dan sebagainya yang digunakan semasa peperangan melawan Jepun & Komunis. Pengunjung dibenarkan masuk untuk melihat & merasai sendiri keadaan di dalam kereta kebal.
Melihat bangku-bangku kecil & keadaannya yang sempit membuatkan ku terfikir betapa besar jasa perajurit kita yang sanggup berjuang demi untuk mencapai kemerdekaan.
Memang banyak ilmu yang diperolehi. Jika berpeluang mungkin kami akan ke sana lagi (ada, lah alasan nak balik Seremban lagi, En Shamsul...he he he), memandangkan sebenarnya banyak lagi kawasan yang tak sempat kami lawati. Satu lagi kalau ke PD jangan lupa makan gulai masak lemak cili api daging salainya...hui kecur liur dibuatnya. (Malangnya kali ini x dapat nak makan sebab menurut penjual tu, mesinnya rosak)
No comments:
Post a Comment