Assalamu'alaikum..
Satu pagi semasa breakfast dengan suami terchentaku tu, terbaca satu artikel yang terdapat di Mega, Utusan Malaysia. Kolum yang dimaksudkan adalah nuranilelaki. Tajuk yang diutarakan hari itu agak menarik untuk dibincangkan iaitu tubuh wanita yang menggoda lelaki (actual tajuk tak ingatlah pulak) Ni nak sembang pasal isi kandungannya buat tatapan semua. Diantaranya :
1) Tubuh atletik - Dikatakan perempuan yang memiliki tubuh sedemikian (sihat & segar) mampu memberi zuriat buat sang suami dan pandai berdikari (hmm...zaman daraku, sebenarnya, kalau ditatap semula gambar-gambar lama, tubuhku amat berbeza dari sekarang...ala-ala model gitu...he he he dan tak kira kurus ke, gemuk ke zuriat adalah pemberian Tuhan ...)
2) Dada - Lelaki amat gemar melihat di bahagian ini, selalunya suka yang penuh terutamanya wanita berusia 20 an. (? ?)
3) Pinggang - Pinggang ramping seperti kerengga yang sering didambakan oleh wanita terutama wanita zaman dahulu yang sanggup memakai korset untuk kelihatan ramping...
4) Punggung - semestinya yang bulat gebu gitu - selalunya lelaki akan melihat ke arah ini (ye ke), kalau tidak pun (dlm lain perkataan, yang baik/sedar diri sikit) akan menjeling sedikit..
5) Kaki - kaki yang kecil & panjang..yang selalunya di hiasi dengan seluar pendek, skirt pendek & sebagainya...
Tetapi bagaimanapun, menurut nuranilelaki, kesemua yang diatas, bagaimanapun tidak akan diambilkira jika perangai sang wanita tidak mencapai had piawaian. Maknanya sikap serta keserasian adalah perkara yang penting yang harus diutamakan..
Makanya, buat semua lelaki diluar sana..hargailah apa yang telah Allah kurniakan pada anda semua.. setiap wanita dimuka bumi ini adalah anugerah yang allah jadikan, buat peneman dimasa suka & duka, waktu senang & susah, penyambung zuriat di bumi Allah ini. Jangan terlalu suka mengambil kesempatan di atas kelemahan & kebaikan sang isteri ni..yang selalunya tidak berkira..apa saja demi keluarga tercinta..
Pesanan buat suamiku, juga pesanan semua isteri buat suami....wanita selalunya tidak memandang perubahan fizikal itu satu kekurangan (sebagaimana lelaki, seperti yang dibincangkan di atas), malah kami menerima seadanya (Nota buat En Shamsul : Awak tu masih sama aje macam dulu..cuma version tu dah bertambah..bukan 39 lagi, itu aje..he he he. )
No comments:
Post a Comment