Thursday, June 10, 2010
Muhammad Danial - 15/11/96
Muhammad Danial, dilahirkan lebih kurang 14 tahun yang lepas. Seorang yang sentiasa cool & creative. Hobinya adalah bermain computer games, tak kira masa, sampai kadang-kadang lupa tanggungjawab yang utama sebagai seorang pelajar. Jadinya, suara mamanya yang amat merdu ni seringkali kedengaran di rumah, mengingatkan anak-anak akan segala-galanya... hmm...membayangkannya pun dah cukup penat,kan...
Danial ni kadang-kadang ikut mood jugak, kalau time okay tu, minta tolong buat apa pun.."ya mama", tapi kalau tak berapa nak ada mood tu.."kejap lagilah mama" lagi teruk kalau " Iman & Shasha tu tak buat pun..." (Dah start nak comparelah pulak..tak puas hati tu...)
Masih ingat lagi, masa mengandungkan Danial. Dua bulan selepas berkahwin, aku disahkan hamil. Tetapi malangnya keguguran selepas kandungan berusia 2 1/2 bulan disebabkan demam panas. Sedih...terpaksalah proses D&C dilalui. Mungkin tak ada rezeki masa tu.. Tapi tak lama selepas itu, aku disahkan hamil sekali lagi..Alhamdulillah..
Cuma sebenarnya, aku melalui alahan yang sangat teruk di early stage of pregnancy. (Ini berlaku pada semua pregnancy, cuma time Sarah & Danish kurang sikit aje..) Muntah yang berlebihan, makanan yang tidak boleh masuk ke perut..dan akhirnya berat badanku akan turun sebanyak 10 kg. Memang teruk masa tu, bayangkan, orang mengandung makin berisi, aku sebaliknya. Ini akan berterusan sehingga kandungan berusia 4 bulan (baru nak stable masa tu..).
Bila dah dehydrate, terpaksa keluar masuk hospital, untuk menambah semula air & garam galian yang dah hilang tu...
Semakin kandunganku membesar, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Cuma Dr. Malik telah berpesan awal-awal lagi, memandangkan sejarah arwah emak yang ada kencing manis (masa pregnant aje pun) jadi, dia schedulekan time bersalinku awal 2 minggu. Kami yang begitu baru dalam bidang ini cuma mengikut saja.( Yang kemudiannya baru ku tahu, tak perlu nak melalui proses induce tu. Yalah, bayangkan baby tu belum bersedia nak keluar kita dah paksa dia keluar...
Tiba hari yang dijadualkan tu, hari Khamis 14/11/1996 , sedikit pun tak ada rasa sakit nak bersalin. Lalu suamiku mengajak pulak ke Taman Burung, " manalah tahu, kata orang tua-tua banyak berjalan mempercepatkan proses.." Ish, ish..maka berjalanlah kami ke sana..nak melegakan diri sendiri pun ya juga..yalah, kan pengalaman pertama...takut giler tu..
Punyalah penat berjalan, baru menuju ke Pusat Rawatan Islam (masa tu kat Jalan Ipoh). Terus dimasukkan ke Labour room. Masa tu dalam pukul 2 ++ pm. Setelah dimasukkan ubat untuk mengeluarkan/mencuci perut (Ini dilakukan supaya waktu bersalin nanti tak bersepah/ kotor dengan najis) berulang-alik pula ke toilet. Setelah diperiksa, baru buka 2 cm..
Pemeriksaan dibuat oleh Dr Malik, masih 2 cm, Ubat induce dimasukkan lalu waterbag dipecahkan. Contraction pun berlaku, Tuhan aje yang tahu betapa sakitnya..dan setelah beberapa jam berlalu, masih 2 cm yang terbuka...
Akhirnya pagi Jumaat, dalam pukul 4++ pagi, lahirlah bayi lelaki yang comel dengan pipi yang gembol. Bayangkan berapa jam tu...(lebih 12 jam) Subhanallah..betapa leganya the moment baby tu keluar, hilang semua rasa sakit...kuasa Tuhan..
Tapi ada cerita kelakar masa tengah sakit tu...ibu & bapa mentua turut datang untuk memberi support, malah emak sempat menemani sekejap di labour room. Tapi yang bestnya adinda hamba si Aida tu, mana boleh masuk...entah macam mana agenda dia ngan Si Sham tiba-tiba muncul lak kat labour room. Tapi tak sampai 5 min kena suruh keluar..ka ka ka..(Tapi, memang sebenarnya kehadiran orang yang rapat dengan kita amat memberi semangat..). Dan Che' Sham nya, nasib baik tak koyak jaket jeans tu..he he he! Masa tu rasa sayang sangat kerana sanggup duduk kat situ lebih 12 jam untuk menemani...
Jadi, anak-anakku sekalian...bukan mudah proses kelahiran yang terpaksa dilalui..Hormatilah ibubapa yang sentiasa berkorban apa saja untuk anak-anak. Marah semua IBU & BAPA adalah sebagai pengajaran supaya kejadian yang sama tidak berulang..
Berbalik pada Danial tadi, selain taksubnya pada komputer tu, dia ada satu lagi kegemaran yang tidak berapa kusukai...menyakat adik..ish, ish, ish..
Harapan Ayah & Mama seiring iaitu bijak memilih kawan supaya tidak terjebak dengan kegiatan yang tidak diingini, sentiasa mempertimbangkan sewajarnya sebelum membuat keputusan, bijak membahagi masa..juga lebih tekun belajar, demi masa depan & solat jangan sekali-kali ditinggalkan kerana solat adalah tiang agama. Semoga selamat di dunia & akhirat...Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment